Showing posts with label Pena Cikgu. Show all posts
Showing posts with label Pena Cikgu. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

Warkah Buat Anak Didik Ana

Subhanallah...
Alhamdulillah,
Allahhu akhbar!
Lapan hari kembara menuntut ilmu...berkursus dan bermesyuarat menyebabkan ana rasa terlalu lama meninggalkan maktab. Paling menyentuh hati, ada anak didik yang mengutus surat meluahkan resah rasa hatinya. Jadi,dalam kesempatan yang ada, ana balas warkah tersebut.Ringkas,namun harapannya titipan ini menjadi penguat semangat untuknya.InsyaAllah.

Bismillahirrahmanirrahim…
La hau lawala qu wata illa billah…
La taqaf wala tahzan, Innallahhamaana…
Assalamua’laikum wbth…
Khas titipan tinta tanpa suara buat anak didik kesayangan cikgu,Munirah.
Apa khabar hati dan imanmu tika ini?
Moga  nur Ilahi dan hidayah-Nya menyinari taman hatimu…J

Maaf andai lewat cikgu mengutus surat ini. Apapun,jazakallahhukhair atas surat yang Munirah beri pada cikgu.InsyaAllah,pintu bilik kaunseling ini dan pintu hati cikgu sentiasa terbuka untuk mendengar luahan rasa hati  Munirah.

Munirah yang disayangi kerana kasih kurniaan daripada Allah SWT untuk kita semua,
Awak bertuah miliki umi dan abah serta keluarga yang Allah pinjamkan buat awak sekarang.
Hargai mereka dan tunjukkanlah wajah paling ceria dan bahagia di hadapan mereka. Semoga senyuman dari  bibir itu bisa merawat rawan dan duka dihatimu lantaran kelelahan diri Munirah menggalas amanah di medan ilmu ini.

Munirah yang istimewa,
Hargai dan syukuri apa jua pengalaman dan detik usia yang kamu lalui. Usah berkeluh –kesah atau kecewa. Pengalaman akan jadi guru terbaik dan masa akan jadi penawar bagi orang yang sabar. Kuatkan pasak keyakinan dan cinta-Mu kepada Allah. Pasti  Allah akan membimbingmu  mengecap nikmat bahagia di dunia dan akhirat.

Munirah yang tabah,
Allah timpakan ujian kerana sayangkan hamba-Nya.
Allah rindu mendengar suara kita merintih dan bermunajat pada-Nya,
Allah suka mendengar lunak dan sayu  suara kita mengalunkan kalamullah dan zikrullah.
Allah mahu tinggikan darjat dan martabat kita disisi-Nya.

Munirah,
Ayuh bersama saling kita mendoakan. Sandarkan harapan dan impian hanya pada-Nya.Moga Allah memberi kebahagiaan dan ganjaran terbaik disisi-Nya atas segala lara yang kita tempuhi di dunia fana ini. Derita umi pasti terbayar.Moga itulah tiket untuk  umi Munirah melamar syurga dan redha Allah.InsyaAllah.

Monday, March 19, 2012

Saya Mahu Pulang...

Bismillahirrahmanirrahim...
Lahaulawala quwatailla billah....

"Saya mahu pulang"itulah dialog anak didik ana yang diiringi linangan air mata dan sedu sedan.Tangan digenggam erat.Bukti menahan perasaan dan beban di jiwa.

"Saya tidak suka tinggal di sini. Saya tidak dapat sesuaikan diri."ulas mereka tanpa diminta. Ana layan rintihan hati mereka.Hujah demi hujah dan bait kata mereka mencari alasan ana dengar. Sesekali ana persoalkan semula.

Jika benar kamu mahu pulang ke tempat asal.ke tempat yang pernah kamu lalui dulu,silakan. Cuma sebelum itu,berfikirlah sejenak dan bertindaklah.

Dalam membuat keputusan,letakkan kehendak Allah di hadapan.Fahami takdir Allah. Carilah hikmah di tempat kamu menetap kini.Bukan asyik mengenang memori dan menjalin harapan pada hari lalu yang tidak mungkin di ulang lagi.

Yakinlah. Allah Maha Tahu akan kemampuan diri-Mu.Apa jua yang berlaku itu pastilah atas kehendak-Nya. Kita punya usaha,Allah pula Maha Kuasa. Usaha kita juga terjadi dengan rahmat pertolongan-Nya.

Anak didik cikgu.Benar, kita mahu pulang. Semua kita akan pulang kepada-Nya,bukan pulang mengulangi hari- hari usia pinjaman Ilahi yang berlalu pergi...

Jika mahu pulang,pulanglah sebagai syuhadak kebangaan makhluk di langit dan kebahagiaan makhluk di bumi lantaran pernah memiliki anak pejuang yang mati di jalan deen Ilahi...

Allah...Allah...hu Ya Allah....
Allah...Allah...hu Ya Allah....
Allah...Allah...hu Ya Allah....

Thursday, February 9, 2012

Kita Milik Mutlak Allah...

Lahaulawala quwatailla billah...
kita milik mutlak Allah SWT...
Kita milik-Nya.Apa jua yang ada hanya pinjaman.
Berita salah seorang rakan kepada pelajar ana yang baru disahkan hilang ingatan akibat kepalanya terkena bola semasa bermain futsal ana sambut dengan lafaz innalillahhiwainna ilaihirajiun'...

Ya Allah...tabahkan hati-hati mereka yang diuji...
Kurniakan jua rasa redha dan syukur buat kami atas apa jua yang Kau beri pinjam ini.

Thursday, February 2, 2012

Masa Berulang Kembali

Bismillahirrahmanirrahim...
Lahaulawala quwatailla billah...
Tawakal pada-Mu Ya Allah...
Hanya Engkau Yang Maha Tahu apa jua yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Alhamdulillah atas segala anugerah dan nikmat,Ya Allah.

Hari ini 2 Februari 2012 bersamaan 9 Rabiulawal 1433 Hijrah.
Hari Khamis.

Wajah tenang Hazim dan Radzi ana pandang sekilas.Kedua-duanya adalah pimpinan tertinggi di maktab tempat ana memegang amanah. Mereka datang untuk berbincang dan bercerita.

Tiba -tiba Hazim bertanyakan tentang :

"Cikgu.mahu tak kalau cikgu diberi peluang untuk masa lalu diulang kembali?"

"Tak nak."Jawab ana sambil senyum.

"Cikgu dah tak sabar nak lalui masa depan.Nak jadi tua..."

"Kenapa cikgu?"tanya Hazim

"Sebab masa lalu memang tak dapat diulang lagi dan cabaran dulu cikgu dah tak nak lalui sekali lagi"
"Kenapa pulak awak nak masa lalu diulang?"

"Saya nak betulkan kesilapan,cikgu. Saya nak baiki semula masa lalu."

dan ini jawapan cikgu buat semua anak -anak didik yang disayangi.

Redhailah masa lalu dan terimalah hakikatnya dengan lapang dada. Waktu yang telah berlalu tidak dapat diundur kembali. Sebagai hamba Allah,usahakanlah baiki hari ini dan berazamlah untuk lebih baik untuk hari esok. Hari semalam yang suram dan kelam,terangi semula ia dengan taubat dan muhasabah.Ambil ikhtibar dan ibrah daripadanya. Allah Maha Pengampun. Dia selalu mahu kita membetulkan kesalahan dan membaiki kelemahan. Dosa yang membawa kita sedar akan kelemahan sebagai hamba moga membantu kita bangkit semula untuk mengenal makna taubat dan menghargai nikmat hidayah dari-Nya.Cikgu doakan kita semua terus tabah dan gigih melaksanakan amanah di fana dunia ini sebagai bekal untuk ke negeri sana.

Moga selamat kita tiba ke destinasi sana bersama bekal dan doa.
Amin Ya Rabbal A'lamin.

Tuesday, October 11, 2011

Cadangan Tajuk Forum Remaja 2011

InsyaAllah,petang ini MIGHTY akan bermula. Dalam Slot Professional Chat akan diadakan forum dari remaja untuk remaja. Berikut tajuk yang dirancang:

1. ANAK JALANAN : TANGGUNGJAWAB SIAPA? (SOSIAL)

2. CINTA REMAJA : KEPERLUAN ATAU KEHENDAK? (SOSIAL)

3. AL FATEH : MODEL REMAJA CEMERLANG (FIKRAH)

4. PEMBEBASAN PALESTIN: APA PERANAN KITA? (FIKRAH)

5. RINTIHAN SOMALIA (ANTARABANGSA)

6. WANG SAKU (EKONOMI)

7. KERANA BOLA ITU BULAT (SUKAN)

8. FILEM KITA : WAJAH KITA (HIBURAN)


1

Cikgu, Hafizah?

Soalan dari Zahin adalah soalan yang kedua ana terima bulan ini.

Allah...itulah impian....menjadi insan yang dpilih Allah untuk menghafaz surah-surah cinta istimewa dari-Nya.

“Belum lagi....”jawab ana sambil tersenyum.

”InsyaAllah...masih merangkak untuk akrab dengan kalam Allah itu...”

”Cikgu bukan belajar dalam aliran agama.”

”Cikgu universiti mana dulu?”

”UPM,bidang pengajian biasa.”

”Awak minat bidang apa, Zahin?”

”Perubatan...biomedik...pakar ......”dan suaranya kurang jelas di bawa angin laut yang bertiup kencang...”

”InsyaAllah,cikgu doakan kamu cemerlang.”

”Cikgu, maafkan saya.Terima kasih dan doakan semua. Saya...kawan-kawan di semua MRSM...”

”InsyaAllah, kita sama-sama doa dan lakukan yang terbaik dalam seluruh aspek kehidupan kita. Bukan sekadar di peringkat MRSM, tetapi doa serta usaha untuk kepentingan umat Islam di seluruh dunia. ”

”Kamu anak muda harapan ummah...insya Allah.

Zahin, Hariz dan Arif,jaga diri,jaga iman,jaga akhlak....teruskan istiqamah laksanakan tugas dakwah ini. Kalian permata harapan Islam”

Tentang usaha menjadi ”hafizah” itu, andai ana belum berjaya. Legasi itu harapannya diteruskan oleh anak-anak didik putera puteri kesayangan ana dan anak-anak soleh dan solehah ana kelak.Insya Allah.

Perbualan berlaku di Pantai Rantau Abang, setelah selesai sesi bergambar Kem PRS

MRSM Zon Timur.

8 Oktober 2011.

Sunday, April 3, 2011

Yang Bernama Guru...

Bismillahhirrahmanirrahim.... Dengan izin dan limpah rahmat-Mu, dapat jua hamba yang dhaif ini terus meniti usia di bumi fana... Alhamdulillah...ana tetap seorang guru hari ini.... Walau terasa begitu susah dan payah menggalas amanah ini, ana gagahkan jua... InsyaAllah, kata dan pesan ana kepada anak didik kini menjadi azimat penguat semangat untuk ana sendiri....LA TAQAF WALA TAHZAN...INNALLAH HAMAA'NA... Namun tadi... dalam kepenatan mengejar para pelajar yang ingkar ke seminar, gugur jua air mata ana... Allah..rasa tak mampu lagi menahan amarah dan kesedihan....:( Ana bersungguh -sungguh berusaha sediakan yang terbaik untuk mereka...namun sikap mereka sebaliknya.... "tak perlu minta maaf pada cikgu...tapi mintalah maaf pada diri dan mohonlah keampunan dari Allah atas zalimnya kita mensia-siakan setiap nikmat yang diberi...."dan hati ana merintih pilu melihat sikap generasi syabab harapan ini.... Ya Allah...kurniakan hamba ilham dan kekuatan dari sisi-Mu dalam mentarbiyah diri hamba dan mereka:anak didik yang KAU amanahkan.....amin....

Thursday, January 13, 2011

Macamana Cikgu?

Lahaulawala quwatailla billah...
Benar pesan para guru ana...tiada istilah rehat dalam diari seorang hamba Allah yang mahu berjuang di jalan-Nya, mahu memburu syahid dalam cinta-Nya...

Rabbi, moga usaha-usaha kecil dan tiap detik yang berlalu ini dalam redha dan rahmat-MU...amin....

Pintu rumah ana diketuk bertalu-talu disusuli lafaz salam.Tergesa-gesa ana mencapai tudung. Ana ingatkan Kak Hanifa dah nak mulakan sesi mengangkat barang untuk pindah rumah. Rupa-rupanya, tiga bidadari harapan ummah yang datang bertandang...

Salam bersahut dan senyum di hulur. Meja batu di laman rumah jadi tempat kami berhalaqah...
Setelah bertanya khabar, ana persilakan mereka sampaikan maksud dan tujuan...

"Macamana Cikgu?"katanya teragak-agak...suasana sepi seketika...
"Ambil masa kamu, mulakan dengan keyakinan di hati.."saran ana dan sepi beserta angin malam ramah menyapa kami berempat...sempat pula ana merindui saat-saat getir tetapi manis untuk dikenang dalam KBS lalu semasa di atas Gunung Jerai saat angin bertiup nyaman begini...

"Macamana nak tegur adik-adik yang bermasalah ni, cikgu?bagai dah hilang rasa malu mereka...kami yang senior ni pulak yang dah tak tertanggung rasa malu berhadapan dengan luahan hati pelajar lelaki senior terhadap adik-adik..."

Ana diam...dalam hati berdoa memohon ilham dan hidayah..Akhirnya hampir satu jam kami berdiskusi. Berikut adalah konklusi yang dibuat :
1. Mulakan dari hati, InsyaAllah akan sampai dari hati.
2. Menegur dengan hikmah dan kasih sayang...bukan berlisankan kemarahan dan kebencian.
3. Letakkan keyakinan yang total kepada Allah...Allah sebagai sebaik-baik penolong.
4. Kita wajib usaha menyeru dan menyampaikan...tetapi kefahaman,kesedaran atau hidayah daripada Allah...namun harapannya moga-moga usaha kita merintis jalan ke arah itu...ada saham untuk akhirat.
5. Sebelum semua itu, refresh niat, sucikan hati dan baiki hubungan kita dengan Allah...InsyaAllah, akan diberi jalinan terindah pada hubungan-hubungan yang lain.

Buat kalian, tiga bidadari senja semalam...(amira, ai'shah dan liyana)
........SELAMAT BERJUANG...LA TAQAF WA LA TAHZAN, INNALLAHHA MA A'NA.......
aLLAH melihat tiap usaha kita

Friday, September 24, 2010

Cikgu, Sebelum Kita Ada Dalam Perut Ibu Kita Tinggal di mana?

Allahhuakhbar!
Soalan tu datang dari bibir kecil Amirul semasa sesi berceita pagi semalam...
Hm,cikgu perlu cari maklumat ni...desis ana di dalam hati..
Baik, esok cikgu cerita tentang perjalanan kehidupan manusia dan dimana sebenarnya kita tinggal sebelum ada dalam perut ibu...InsyaAllah...Boleh ya?
OK,cikgu..jawab mereka beramai-ramai....

dan Alhamdulillah...selesai sesi pengenalan ringkas perjalanan lima alam yang manusia tempuhi secara ringkas dan sebatas daya fikir dan imaginasi kanak-kanak...

Sebelum kita ada di rahim ibu, kita ada di alam pertama yakni alam roh...
dan keadaan di alam roh ni adalah dalam rahsia Allah...cuma sedikit ilmu tentang alam roh ini Allah berikan kepada Nabi kita...Nabi Muhammad SAW...

Ana teruskan cerita setakat mana yang tahu...nampaknya memang
kena masuk pondok atau cari tempat belajar balik...rasa dhaif dan kurangnya ilmu....

Bantu hamba Ya Allah..ajarkan ilmu dari sisi-Mu, apa-apa ilmu yang baik untuk manfaat dunia akhirat hamba...ameen...

Monday, July 12, 2010

Dia...


Langkahnya tenang memasuki perkarangan tadika itu. Suasana hiruk pikuk tadika dan keriuhan teman2 sebaya langsung tidak diendahkannya. Dia berwajah lonjong. Kepalanya agak besar berbanding tubuhnya yang tinggi lampai tapi hanya sekeping. Ana ligat memerhati sambil mempelajari.

30 Jun 2010,(Rabu). Hari pertama bergelar guru tadika.Terlalu banyak yang ana pelajari daripada tugas mengajar benih-benih kecil Islam ini. Sebetulnya ana takut sangat lantaran kurangnya ilmu. Al maklumlah ana terbentuk dari acuan sekularisme. Perkara-perkara asas Islami ni masih merangkak. Ana benar-benar menjadi pemerhati. Segalanya rasa bagai tak kena.Allah...kekok dan sukar benar rupanya untuk memulakan fasa baru kehidupan.

Antara banyak-banyak perkara dan pengalaman, perkara paling menginsafkan ana adalah apabila tiada pilihan. Malah jika adapun, pilihan itu kurang adab perikemanusiaan dan akhlaknya. Pilihan yang ada, biarkan dia beberapa jam lagi sebelum pulang dijemput ibu atau bapanya dalam keadaan sebegitu rupa.

Tiba-tiba bau busuk menyesakkan hidung dan meloyakan tekak.Ana memang lemah bab bau-bauan ini. Sensiviti deria tahap super la jugak...
Dia ***##! Jerit Fiza...Lalu terpaksalah kami mengejar dia. Puas dipujuk, barulah dia menyerah...Fiza ada lagi pampers spare? tanya ana...Tak da kak, nanti saya ambik di taska...

Allah...rasa macam nak nangis. Setelah 24 tahun menjengah dunia, inilah kali pertama. Dia ana mandikan dan bersihkan...

Fiza tolong ajar akak camana nak pakaikan pampers untuk budak ni...Jujur, akak tak pernah ambik tahu bab pengurusan bayi dan kanak-kanak.Mujur tak perlu bancuh susu jugak...

Allah...
Dia sesungguhnya salah satu didikan langsung dari-Nya untuk diri ana...
Ana muhasabah. Itu baru busuknya sisa makanan manusia, entah bagaimana lagi busuknya dosa, maksiat atau hati manusia. Malah harapannya moga hal ini menjadi kifarah dosa-dosa ana. Kesukaran dan berat berhadapan dengan dia benar-benar membawa ingatan ana pada Rasulullah SAW tercinta....

Allah...
Hanya bagindalah yang mengajar dan memberi teladan pada akhlak mulia...
Dan hari ini kerana kecintaan pada bagindalah, ana cuba menyantuni dia sebaiknya....

Dan sejujurnya...sukar sungguh rupanya untuk menjaga dan menguruskan seorang kanak-kanak walaupun usianya dah pun menjengah 6 tahun...kalau bayi apatah lagi..Jadi, moga istiqamah belajar dari sekarang. Kelas psikologi kanak-kanak dulu tak da praktikal. Masanya sekarang kot....

Thursday, May 20, 2010

Tinta Dari PUSPEN, Dengkil...


Alhamdulillah, setelah tersasar dari jalan yang sebenar, kami selamat tiba ke Pusat Pemulihan Narkotik(PUSPEN), Dengkil jam 10.30 pagi..Kami di sambut salah seorang sarjan..Taklimat bermula. Tapi, bukan rezeki kami melawat sel2 dan bangunan kediaman pelatih..Para pelajar yang kami bawa masih kanak2 Ribena.bawah umur sangat untuk kebenaran melawat bahagaian-bahagian khas PUSPEN.

Sesi yang kami tunggu. Suasana hening. Wajah tenang dua orang pelatih muncul di muka pintu. Salam diberi dan bersahut. Langkah mereka kemas di atur... Perkongsian penuh makna. Pesan diberi..dadah jangan sesekali di dekati. ANDA CUBA, ANDA SENGSARA.

Berikut sinopsis pesanan daripada mereka:
1) Bersabarlah berdepan kesusahan hidup.
2) Jaga pergaulan, pilih kawan2 yang baik, bebas dadah dan tidak rosak akhlak dan
iman.
3) Jangan sesekali mencuba larangan Allah...ANDA CUBA, ANDA SENGSARA.

Tiba-tiba ana diminta wakili sekolah memberi ucapan penghargaan dan ucapan terima kasih...Allahhuakbar!...Sejuk jugak tangan ni...Ada muhasabah yang berbisik...

"Pertamanya sama2lah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana masih di beri nafas dan kehidupan. Selagi mana kita hidup, maknanya selagi itulah pintu rahmat dan kasih sayang serta keampunan dari Allah terbuka luas...Saudara yang dirahmati Allah..Kita semua di uji..dan untuk berhadapan dengan ujian, hanya Allah, jaminan Iman dan Islam sahajalah tunggak kekuatan kita. Harapannya, kita bersangka baik dengan Allah.OPtimis. Biar siapapun kita sebelum ini, kita minta Allah perbaiki diri kita..Seiringkan doa dengan usaha..kembalilah kita kepada Allah...selagi ada dia, kita tak akan pernah kecewa...buat para pelajar yang cikgu kasihi...perjalanan dan ujian kamu sangat mencabar.Kuatkan diri dengan iman...kembali pada Allah..hiduplah secara Islam sepenuh masa...Ambillah iktibar dan pengajaran daripada perjalanan hidup orang lain...Sekian..."

Muhasabah di relung hati...
Dedikasi khas buat semua warga PUSPEN yang berazam berubah...

Kalian bertuah. Diselamatkan Allah. Diberi peluang kedua. Membina kembali hidup atas sisa gelap lorong sirna semalam. Kesilapan semalamlah yang membuat kalian terdampar dan dipenjara. Tapi usah bersedih, kerana penjaralah tempat melentur nafsu buas kembali pada pencipta. Kalian tetap mulia selagi mana kalian keluar dari situ bersama bekal iman dan taqwa...Harapan tetap ada..Kita hidup bukan untuk manusia, tetapi hidup sebagai hamba-Nya...Jadilah kalian benih-benih baru yang tumbuh semula demi sebuah pengabdian seorang hamba pada Khalidnya...usah diguris semula luka noda semalam..Teruskan langkah bersama iman dan taqwa.

Air Mata Kami...

Dedikasi khas buat mata2 yang menangis di kelas sebentar tadi...cikgu mahu peluk dan cium kamu sepuas-puasnya...cikgu tak nak lepaskan kamu...

Rabbi...
Syukur dan sujud kami,
Atas segala cinta dan sayang yang Kau anugerahkan...

Rabbi...
Redhakan kami,
atas putaran takdir yang Kau titahkan...

Rabbi..
izinkan air mata kami,
Mengalir dalam pasrah merintih pada-Mu...

Rabbi..
Air mata kami,
Tanda dhaifnya diri,
Insan kerdil meniti harapan,
Mengumpul bekal selepas kehidupan...

Rabbi,
Air mata kami,
Moga-moga Kau izinkan,
Memadam julang api yang menggerunkan...

Rabbi,
Air mata kami,
Moga-moga membersih karat noda di hati...

Rabbi...
Air mata kami,
Moga-moga melentur hati yang keras membesi...

Rabbi,
Izinkan air mata kami,
Menjadi pengingat diri..
Kami hanya mahu menangis di sini,
Kerana kami mahu bersenang hati di syurga abadi...

Cikgu Sayangkan Kalian...


4.30 pm..maaf cikgu terlewat 10 minit..halalkan dan maafkan cikgu...cikgu ada sesi kaunseling bersama rakan kamu tadi..Suasana kelas kita cikgu mulakan seperti biasa..Al-Fatihah..tayangan klip video zikir bergema di makmal tempat kita berkumpul.
Cikgu keluarkan dua bungkusan hadiah..satu untuk anak soleh dan satu lagi untuk anak solehah.Cikgu tanyakan kamu siapa antara kamu paling layak untuk terima hadiah ni..banyak nama yang kamu calonkan..para pelajar perempuan calonkan ainnur..yang lelaki calonkan syabil, izat, amirul, dan nama2 lain lagi..tapi cikgu serahkan pada Rusyduddin yang duduk paling depan dan hampir dengan cikgu...

Cikgu pasangkan lagu selamat berjuang. Ada pengertian yang besar di sebalik lagu tu..Nanti bila dewasa, kamu akan faham makna lagu tu..Ada air bening yang mula mengalir dipipi sahabat2 kamu..Allah..Lahaulawala quwatailla billah...air mata cikgu sendiri tak mampu ditahan lagi..ada sebak yang menjajah diri..cikgu kelu sejuta bahasa..alangkah sedihnya untuk cikgu melangkah pergi, tinggalkan kamu..entah bila lagi kita akan bertemu lagi seperti tadi...

Cikgu minta kamu buka hadiah tu..sebenarnya hadiah tu khas untuk setiap kamu..anak didik terbaik yang pernah cikgu miliki...cikgu sayangkan kamu...sayangkan sangat2..
Hadiah tu cikgu harap dapat terus menyuburkan hati2 kamu untuk kita dekat pada-Nya..

Cikgu nyatakan harapan pada kamu. Moga2 kamulah pemimpin yang umat Islam yang ditunggu2..generasi terbaik yang akan menyambung perjuangan umat Islam...

Cikgu nayatakn juga impian pertemuan semula kita, andainya bukan di dunia, tapi di syurga abadi di negeri akhirat sana..InsyaAllah..

Buat semua anak didik cikgu...cikgu sayangkan kamu..

Doa cikgu untuk kamu...

Ya Allah, jadikanlah mereka, anak2 didikku insan2 beriman dan para pejuang agama-Mu..Jadikan mereka ulama' dan penyambung tugas2 menyampaikan dakwah agama-Mu...dan Ya Allah, jadikan mereka anak-anak akhirat yang hidup dalam naungan cinta dan redha-Mu..Amin, Ya Rabbal A'lamin...

Monday, May 10, 2010

Kisah Dua Ekor Ikan...

Lahaulawala quwatailla billah...
Sepertimana biasa, langkah ke sekolah dimulakan dengan Bismillah dan tawakal. Setiap hari pasti ada keajaiban dan macam2 perkara yang terjadi. Alhamdulillah, selesai observation kali pertama. Syukur bertemu klien dalam perjalanan ke bilik kaunseling...just ambik ja pelajar ana..kebetulan, klien ana petah pulak orangnya. jadi, memang sesi berjalan lancar.

Cuma dalam menjawab persoalan dirinya, ana jawab semula dengan persoalan.
Minta dan dorong dia berfikir sebenarnya.

Guru : Baik, sekarang kamu bayangkan ya, 2 ekor ikan...satu yang masih hidup di
: laut, satu yang dah mati kat dalam pinggan...apa beza kedua-dua ikan
: tersebut?
Pelajar : Seekor hidup dan seekor dah mati, cikgu...
Guru : Perbezaan lain?
Pelajar :Yang hidup boleh buat macam2..yang mati dah tak leh buat apa2...
Guru : Lagi...rasanya?
Pelajar :ikan kat laut...kat darat...(dia bersungguh2 berfikir gayanya)
Guru :(ana sebut namanya)...bezanya dari segi rasa ialah, ikan di laut
: tetap tawar walaupun persekitarannya masin, tapi dia masin hanya sebab
: sedikit garam apabila didarat kerana telah mati...antara dua ikan
: tersebut, kamu dalam kumpulan mana?...
Pelajar :Ikan di laut, cikgu...ha...saya dah faham cikgu..maksudnya saya tak boleh
: biarkan diri saya terpengaruh dengan keadaan...saya kan masih hidup...
: ada pilihan untuk berusaha..kena survived kan, cikgu?
Guru :InsyaAllah...kita survived dengan pertolongan dari Allah...memang sukar
:untuk kamu mengubah persekitaran..tapi berusahalah! ubah diri...kalau ikan
:boleh buat, takkan kamu tak boleh...ke dah nyawa2 ikan semangat kamu nak
:study?
dan kami sama2 ketawa sambil menyanyikan lagu : ikan oh ikan, kenapa tak nak timbul...macamana ikan nak timbul, badan ikan tak da garam...he2...sebab ikan masih hidup!..."ikan" akan pertahankan diri...kena kuat..Innallahhamaana..

Tuesday, April 27, 2010

Petang Menjengah Senja Semalam...

Relief kelas. PJK. Pelajar lelaki. Hujan renyai2.Padang lembab. Tapi cikgu tak kisah..redah ja..tapi betul2 lupa yang bahaya kalau cuaca macam tu. Mujur tak da petir atau kilat..Nau'zubillah..Syukur semua anak didik cikgu selamat bermain dengan riangnya. Sesekali bola sepak kamu dirampas dek abang senior yang main ragbi. Mereka semua seksi2 belaka. Cikgu pelik.Tak kanlah sekolah ni tak da etika pakaian waktu kamu bersukan.Loceng penamat berbunyi. 6.20 ptg. Cepat2 ketua tingkatan kamu jerit ajak kamu ke surau. Solat Asar berjemaah.

Cikgu nekad. Hujung padang tu cikgu jejaki dalam hujan renyai. Terasa berat langkah ni. Abang2 senior ragbi kamu tu pandang semacam. Gugup jugak cikgu. Tapi ini tanggunjawab cikgu.Menegur dan mengingatkan selagi mampu.

Salam cikgu beri pada mereka. Kata2 maaf cikgu mulakan dan minta izin untuk cikgu ambil sedikit masa latihan mereka.

Cikgu : kamu nak tahu tak satu benda? ttg siapa org yg plg macho?
Pelajar : Sape cikgu?
Cikgu : Ha, lelaki yang paling handsome, macho , adalah lelaki yang pandai pakai pakaian
tutup aurat.
: Mana batas aurat kamu sbg lelaki?
Pelajar : Pusat hingga lutut cikgu..
Cikgu : Bagus, pandai pun..cikgu yakin kamu ni baik2 belaka. cuma tersilap hari ni
tak macho sebab tak tutup aurat.
Pelajar : betul2..cikgu..sambil senyum beruang, senyum kambing dll.
Cikgu : ni dah solat asar, belum? kalau kamu tutup aurat, ada wuduk kat padang ni pun boleh
solat..tanah ni bukan kotor pun..
Pelajar : Ye lah..kau ni pun..kita pun asalnya dari tanah..
Cikgu : bagus kamu..leh jadi imam baca khutbah. ajak kawan2 kamu pegi solat..All the best
untuk game kamu..ingat, orang macho and handsome pandai tutup aurat.
: cari sponsor tau untuk beli seluar baru..
pelajar : k, cikgu..

salam diberi..cikgu atur langkah pulang ke bilik kaunseling. dari kejauhan terdengar jeritan abang-abang senior kamu..cikgu! jalan baik2..

Untuk semua pelajar yang cikgu sayangi..cikgu sayang kamu. sebab tu cikgu tegur kamu..Harapannya di akhirat kelak di depan Allah, kamu tak salahkan cikgu berdiam diri biarkan kamu buat silap. Jom kita saling berpesan dan tegur-menegur untuk kebaikan..Salam mujahadah buat semua pelajar kesayangan cikgu (",)

Monday, April 26, 2010

Ziarah oleh Anak Didik Ana...

Petang yang dingin. Hujan lebat yang turun mencurah bagai turut sama bersedih dengan diri ana yang sedang berperang dengan pelbagai rasa yang singgah di jiwa. Sesekali, biarlah air mata ini dingin mengalir di pipi. Tanda dhaifnya diri seorang hamba kerdil yang sering lalai dan leka..Tulisan daripada iluvislam ana baca sambil air mata dibiar mengalir. Terasa sayu dan pilu mencengkam kamar hati...Mungkin banyak perkara yang dipendam. Bukan tidak mahu berkongsi, cuma bimbang diri sendiri yang kurang atau tidak cukup mengadu dengan AllahSWT ...

Ya Rabbi...hamba redha dengan ujian-Mu...sabarkan hamba.Tabahkan hamba..Hamba akan terus melaksanakan amanah yang Kau beri..hamba lakukan semuanya bukan kerana manusia. Tapi kerana izin dan rahmat-Mu..Bantu hamba untuk ikhlas, Ya Rabb..mengasihi tanpa syarat, mencintai tanpa pinta balasan,menghormati tanpa mengharap penghargaan dan berbakti tanpa membuat perkiraan...Sabarkan hamba hingga saat bertemu dengan-Mu...

Ya Allah,hamba dambakan kasih yang Kau izinkan ini sesetia mentari yang mencintai titah penciptanya. Tidak pernah sekali ingkar atau mengharap apa-apa..Dia juga hamba-Mu yang Kau takdirkan dia sebagai ujian untuk hamba sekeluarga...Ya Ghaffur ampuni dan rahmati kami...Sesungguhnya tiada dendam di hati ini melainkan secalit rasa kesedihan saat harapan dan kepercayaan dan persangkaan baik yang dibina hancur begitu sahaja...Ya Allah, sabarkan hamba...

Pelajar : Assalamua'laikum..
Ana: Diam menyepi. Salam dijawab sahabat seperjuangan ana di sini,
Ummu Al- Syarif
Pelajar : Boleh saya jumpa Cikgu Hazwani? Cikgu ada?
Ana: Cepat2 ana kesat air mata. Ana paling ke arahnya sambil mengumpul
kekuatan untuk senyum...
: Ya, Zul..kamu apa khabar? kenapa ya nak jumpa cikgu?
Pelajar : Saya alhamdulillah, cikgu. Saja ja datang sini. Nak ziarah cikgu.

dan kami berbual seketika tentang jihad taalim dirinya. Terharu sebenarnya di petang yang hening begini menerima tetamu dan ziarah dari anak didik ana. Dia datang cuma seketika. Benar-benar hanya untuk menjadi tetamu dan ziarah ana.

Apapun, Syukur, Alhamdulillah...moga datangnya dia berziarah sebagai tetamu bersama rahmat dan pulang membawa puing-puing mazmumah dan dosa...Ya Rabb, ampuni dan rahmati kami...kami ini hamba -Mu, hati-hati kami dalam genggaman-Mu...Ya Rabb...tabahkan hati-hati kami dalam bertatih menggapai redha-Mu..amin, Ya rabbal a'lamin..

Monday, April 19, 2010

Buat-buat Semangat...

Ahad malam Isnin. Bermula jam 8 hingga 10 malam adalah detik yang dirasakan amat perlahan bergerak, Mujahadah hati, jiwa dan perasaan serta jasad ini hanya Allah Yang Maha Tahu..kalaulah dapat dilihat kemalasan dan perasaan - perasaan negatif tu, mesti tak sanggup nak tengok...
Salam diberi. Baik, kita mulakan kelas dengan bacaan Al-Fatihah. Selesai surah dibaca. Ana tatap satu persatu wajah puteri2 ASPURI di kelas ana. Macam-macam ada.Sebetulnya, ana mahu mencari atau menumpang secebis semangat daripada mereka kalau2 ada. Namun, hampa.
Ana mula untuk panaskan kedinginan kelas yang masih dalam mood beku baru balik dari rumah. Cikgu tak nak ada sesiapa pun dalam kelas cikgu ada masalah tulang belakang. Tolong duduk tegak-tegak. Atau sesiapa yang nak baring, boleh baring kat tengah ni dan kita bacakan dia Yaasin beramai2. Cikgu nak kamu dalam kelas ni, kalaupun tak da semangat, buat2 bersemangat. Soalnya apa yang kamu rasa sekarang tolong letak tepi. Dalam kelas ni kita ada misi penting. Cikgu tak nak ada sesiapa yang bersekongkol dengan iblis, syaitan dan sia2 kan masa kelas kita.
Ingat pelajar, kita tak ada banyak masa bersama.Andai saat ini cikgu dipanggil pulang, cikgu nak kamu tahu yang besar sangat impian dan harapan cikgu pada kamu. Cikgu nak kamu bangkit daripada mimpi2 zaman remaja kamu dengan semangat baru untuk Islam. Kamu wajib menjadi aset ummah untuk kembali kepada Allah...mengajak manusia kenal Allah..dan panjang jugak celoteh ana sebelum kelas benar2 bermula...terima kasih buat kalian puteri2 ASPURI yang boleh buat2 semangat di kelas semalam:)

Wednesday, April 7, 2010

Bersedia Mengisi Kemenangan...

Lahaulawala quwataillabillah...sekali lagi ana kembali ke medan perdebatan @ perbahasan. Tapi kini ana di kerusi guru pengiring. Sebetulnya, keputusan saat-saat akhir membantu para pelajar yang mewakili sekolah. Sesi latihan seadanya asbab keadaan kesihatan diri sendiri yang di uji..Maafkan cikgu kerana tak dapat 100 % bersama kalian. Hari Pertandingan, semuanya berjalan dengan baik hinggalah detik pengumuman keputusan. Usul "Sektor Pertanian Pemangkin Kecemerlangan Ekonomi Negara" diterima dewan. Pengumuman itu bermakna sekolah kami akan mara ke pusingan seterusnya.

Tapi,kami tidak bersedia mengisi kemenangan. Para pelajar tidak dimaklum awal untuk bersedia untuk menang. Mereka tidak bersedia mara ke pusingan seterusnya.Akhirnya, sekolah kami menarik diri.

Ikhtibarnya, dalam banyak perkara kita sepatutnya berfikir sebagai seorang juara. Kita wajar bersedia mengisi kemenangan dan mara ke mana-mana medan dengan paradigma seorang juara. Jangan sesekali mengaku kalah sebelum berundur. Tak rugi kita bersedia dan bersangka baik pada diri sendiri.

Dalam banyak hal yang perlu kita lalui dalam hidup, bersikap optimislah..yakinlah pada diri dan hargai setiap peluang. Akhir sekali setelah berusaha, tawakal dan redhalah dengan ketetapannya. Bukan soal kalah atau menang, tapi melalui hidup ini adalah soal kita mengisi kemenangan dan menghargai peluang. Hayyaalal fallah!

Friday, April 2, 2010

Kerana Ini Jalannya…

Allahuakhbar…Lahaulawala quwatailla billah…hasbunallahhiwani’mal wakil…Allah..
Memang letih dan penatnya terasa. Menjadi seorang guru di kelas terakhir dan mengajar mereka yang tidak mahu di ajar menuntut kesabaran dan iltizam yang bukan sedikit.
Ana akui, diri ini bukanlah sesabar mana. Tambahan pula, kudrat suara ini bukanlah gegak-gempita. Tahap kebisingan gabungan 31 orang pelajar ana itu cukup menguji tahap kesabaran diri.
Akhirnya, biar kalam berbicara. Ana tuliskan semua arahan di papan putih.Macam cikgu kelas pendidikan khas pulak.
Mereka belajar di makmal. Sebelum keluar, ana sekat mereka di pintu. Ala-ala mengamuk meluahkan apa yang tersirat di minda. Harapannya mereka faham. Hm..kefahaman itu bukan milik mutlak guru. Kefahaman itu kurnia daripada ILahi..InsyaAllah..moga mereka faham..
Setelah melalui sekatan di pintu,
Pelajar: terima kasih, cikgu.
Pelajar : wa aini, lau se’.
Tak kisahlah apa-apa. Paling penting, ini jalannya.
Jalan dakwah dan tarbiyyah…
Selagi bernafas, medan pendidikan inilah wadah jihad dan pengabdian seorang hamba yang mengimpikan syahid dalam redha Rabbi…Ana bukanlah sehebat para srikandi ummah terdahulu, para sahabiah Rasulullah SAW…namun, besar harapan dan impian mengikut jejak mereka…Amin…
Kerana inilah jalannya…
Ana akan terus bersabar,
Bertahan, berfikir mencari jalan,
Menyampaikan khudwah dan pesan,
Menyeru mereka kembali mengenal Tuhan…
Moga, kelak ada dalam kalangan mereka akan menjadi Umar akhir zaman, ada klon saidina Uthman bin Affan, ada Khalid Al-Walid memimpin kebangkitan Islam di akhir zaman…Allahukhbar!!!