Showing posts with label Citra Remaja. Show all posts
Showing posts with label Citra Remaja. Show all posts

Thursday, September 22, 2011

Tahniah BADAR Sesi 2010/2011

Subhanallah...alhamdulillah...
Allahhuakhbar!!!
Selawat serta salam ke atas Rasul Junjungan Mulia,Nabi Muhammad SAW...

Bergenang air mata ana saat melihat wajah jernih anak-anak didik dalam saff BADAR tercalon untuk beberapa anugerah sempena Majlis Graduasi. Walaupun kalian mungkin tidak terpilih menerima anugerah di sisi dunia, namun cikgu yakin anugerah dari sisi Allah yang menanti lebih utama. Kita berbakti bukan sekadar untuk disini.Tapi kita berbakti untuk bekal ke negeri abadi.

Tambah terharu apabila ada dalam kalangan guru-guru yang mengakui jasa dan pengorbanan mereka. Tahniah dan teruskan usaha gigih kalian!

"badar sanggup berkorban"
"mereka rela dipulaukan"
"mereka tak marah waktu pelajar lain membenci"
"mereka tekun laksanakan tanggungjawab"

itulah ayat guru yang celik mata hatinya melihat dan menilai usaha anak-anak muda harapan Islam ini.

Namun,tiba-tiba ada juga guru yang mempertikaikan.
Gugur air mata ana.
Memang benar, jalan dakwah ini tidak dihamparkan permaidani merah.
Kerana sejarah BADAR Rasulullah SAW dan para sahabat telah membuktikan, hanya yang benar2 ikhlas akan beroleh kemenangan. Bermandi air mata dan darah serta keikhlasan berjuang fisabililliah..lillahhitaa'la...

Justeru,anak didik kesayangan cikgu didalam BADAR DI SINI DAN BADAR DI SEMUA INSTITUSI YANG ADA,TABAHLAH DAN AYUH KITA JEJAKI PERJALANAN PAHLAWAN BADAR YANG TELAH MENEMPA SYAHID DAN MENGGUKIR KEMENANGAN DENGAN PERTOLONGAN DARI ALLAH SWT...INSYA ALLAH..

Monday, August 1, 2011

Yang Bernama Remaja

1.Mahu dilayan sebagai orang dewasa dan mahu meniru cara hidup orang dewasa walaupun belum masanya untuk mereka.
2.Mahu dicintai dan mencintai.
3. Mahukan masanya tidak terluang. Jika ada ruang kosong pastilah dia akan hanyut dalam angan dan tipuan fantasinya.
4.Perlu tahu tujuan dan matlamat hidupnya usia remaja itu tidak sia-sia.

Otak Kanan

Individu yang dominan dan sering menggunakan otak kanan lazimnya :
- kidal
-kuat merajuk / emosional
- suka dipuji / menarik perhatian
- daya imaginasi tinggi
- sukakan perkara seni

Wednesday, January 13, 2010

Tips Untuk Kekalkan Perubahan...

Salam rindu buat semua warga KBS...moga semuanya dalam naungan rahmat dan cinta ILahi..semasa program, kita banyak berbicara tentang perubahan...harapannya, kita tetap teguh memegang janji untuk berubah ke arah kebaikan...Ayuh mujahid dan mujahidah, kita sama-sama kekalkan perubahan dengan...

1.Ingat Allah, jaga solat
2.Ingat Rasulullah , banyakkan selawat
3.Ingat jasa dan pengorbanan ibu bapa
4.Ingat pada guru-guru, hormat dan jaga adab dalam berguru
5.Cari sahabat dan kawan-kawan yang mampu memberi nasihat dan teguran saat diperlukan

Monday, November 2, 2009

Jika Akak Ditakdirkan Gila...

Saat ana keseorangan dalam musafir ke Darul Quran petang Khamis lalu, tiba-tiba lamunan ana dikejutkan dengan mesej yang penuh tanda tanya dari seorang adik yang ana kenali dalam satu program.
Akak,adik nak tanya sikit, kalau ditakdirkan diri akak gila, akak terima tak?(22.10.09)
Lahau la wala quwataillah billah...berat dan dalam persoalan dia...Ya Allah, bantulah hamba menaip aksara terbaik memberikan jawapan pada dia. Jawapan yang bernafas dakwah agar tenang hatinya, Ya Rabb...(monolog hati ana ) Lalu, dengan izin Allah dan pinjaman ilham dari Allah Yang Maha Pemberi Kurnia...ana reply mesej dia.

Takdir Allah wajib kita terima dik..gila pada perkiraan manusia bukan masalah selagi kita masih waras untuk beribadah pada Allah ...kita milik Allah dik.Bagi orang gila, telah terangkat pena taklifan...tiada dosa bagi mereka. Orang gila lebih mulia disisi Allah di akhirat walau nampak hina di mata dunia...akak tahu adik kuat...sebab itu Allah pilih untuk uji adik...

Akak..adik tak kuat akk...


Satu lagi mesej ana terima daripada dia...sebetulnya, dia sedang berhadapan dengan ujian Allah buat dirinya...memang perit untuk menerima hakikat diri. Lahir ke dunia dan tidak sempat untuk mengenal insan yang melahirkan. Dia hanya mengenal dunia melalui ihsan ibu dan ayah angkat yang mengasuh dan menjaganya dari kecil. Benar, hati mana yang tidak terusik saat tahu bahawa diri bukanlah berada dalam naungan ibu ayah sendiri. Tapi menumpang kasih pada insan yang sudi. Walau apapun bagi sesiapa yang bernama anak angkat, usah bersedih. Anda bertuah sebenarnya kerana kasih sayang yang terlalu banyak yang anda kecapi walaupun bukan dari darah daging sendiri...Ibu dan ayah angkat itulah yang telah banyak berkorban dan mendidik anda. Menginsankan anda sebagai mukmin yang bertaqwa. Kenal agama, kenal Tuhan yang Maha Pencipta. Itu paling penting. Anda tetap bertuah selagi miliki iman dan Islam dalam diri. Lalu, mesej dia ana balas bersama segunung harapan agar di tabah dan redha hadapi ujian ini.
Kita semua lemah dik, Yang Maha Kuat itu hanya Allah..Kekuatan itu milik Allah..Banyakkan baca Ya Qahhar...mohon kekuatan daripada Allah...adik, ayuh kita ubah cara kita berfikir apabila berhadapan dengan masalah...bersangka baik dengan Allah,dik...

Kemudian satu lagi mesej singgah di inbox handphone ana yang dhaif itu.

Nasihatkan adik, akak...
Bismillah, bantulah hamba dan dia Ya Muhaimin...hadirkan ketenangan di
hati kami...mesej tadi ana reply.
Adik bagi akak atau sesiapa sahaja yang bercakap memang mudah.Tapi akak faham apa yang adik tanggung sekarang ni memang berat dan sukar..apapun adik, kita kembali pada Allah.Andai sedih, derita atau kecewa kita di dunia ini, minta Allah sabarkan kita.Tunggu dan carilah hikmahnya.Moga-moga atas derita inilah Allah mahu mengampuni dosa-dosa kita..mengangkat darjat kita disisiNya..adik...dunia ini penjara bagi mukmin.Namun, andai kita tetap dalam iman dan ketaatan, kita mohon kebebasan abadi di syurga dengan rahmat Allah SWT...
InsyaAllah...dengan rahmatNya...moga adanya pertemuan semula bagi kita di taman-taman syurgaNya...derita dunia hanya sementara kerana dunia ini sifatnya fana. Dan andainya akak ditakdirkan gila...tak pernah pula akak terfikirkan keadaannya...Tapi harapannya biarlah kegilaan akak pada jihad dan perjuangan. Gila untuk bersungguh-sungguh berusaha menyampaikan dakwah...Gila-gila untuk melakukan yang terbaik demi keagungan Islam. Gila untuk menyonsang arus zaman demi mempertahankan syariat dan akidah umat....Allahhuakhbar...

Monday, September 14, 2009

Dimana Julaibit???





Wildan Al Qahhar : Membangun Kekuatan Ummah Memerangi Kezaliman


Bidadari Besi: Pencetus Gelombang Perjuangan
Julaibit merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang dikenal sebagai pemuda lembut. Beliau tidaklah segagah para pahlawan perang ketika zamannya.

Malah, beliau juga bukanlah soladadu hebat di medan tempur. Namun, sebagai murobbi agung yang mengenal hikmah dalam tarbiyah, Rasulullah SAW telah pergi meminang seorang gadis mukminah buat Julaibit. Alangkah gembiranya hati sang ayah menyambut kedatangan Rasulullah meminang anak gadisnya. Tetapi, kegembiraan itu pudar apabila dinyatakan pinangan itu untuk Julaibit. Maka bermesyuaratlah sang ayah, si ibu dan si gadis. Gusar hati sang ayah untuk melepaskan anak gadisnya kepada pemuda lembut bernama Julaibit itu. Begitu jua resah hati si ibu. Namun, kemantapan iman si gadis mukminah bersuara. Pinangan Rasulullah rela diterima kerana yakin akan pilihan terbaik dari Rasul mulia.

Setelah berkahwin, Julaibit telah bersama pasukan tentera Islam menyahut panggilan jihad. Semasa peperangan tersebut, Rasulullah tercari-cari kelibat Julaibit yang tidak kelihatan dimana-mana. Lalu, para sahabat diperintahkan untuk mencarinya. Rupa-rupanya, hanya jasad tidak bernyawa Julaibit yang ditemui pada jarak yang agak jauh dari medan pertempuran. Dia gugur syahid bersama bilangan sepuluh orang musuh yang terbunuh....

Jadi, pengajarannya;
1. Cari kekuatan dan kehebatan diri dalam perjuangan
2.Pesanan buat para pemuda yang semestinya tidak lembut, gunakan kegagahan untuk gerak kerja Islam
3.Pesanan buat para muslimah, yakinlah pada jodoh yang telahpun terukir tintanya di Luh Mahfuz..bagi yang dah bergelar zaujah, jadilah pendorong dan pembakar semangat dan kesedaran untuk para suami turun ke medan jihad
4.Bersangka baiklah dengan tiap ketetapan yang tiba di pulau kehidupan. Pasti ada hikmah dan ganjarannya
5.Tidak layak bagi kita insan biasa menghukum atau menilai orang lain...maka zikir dan fikir-fikirkanlah


Wednesday, July 1, 2009

Kita Mampu Berusaha

Dengan nama-Mu,Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Fattahhu Ya A’lim…
Tulisan kali ini didedikasikan khas buat adik-adik tersayang yang menghadiri Nadwah Kepimpinan Remaja Islam di Masjid Negara , anjuran Imind Consultant..
Sekadar perkongsian bersama buat adik-adik tersayang yang masih berada di alam persekolahan.Alangkah indahnya peluang yang adik-adik miliki sekarang. Zaman persekolahan merupakan kesempatan waktu untuk kita mengejar ilmu, merencana dan mencorak halatuju membentuk siapa kita tatkala diri menjadi dewasa. Sekolah menjadi satu transit kehidupan yang bakal mendewasakan dan mematangkan anak kecil yang punya impian yang besar .
Namun, impian itu perlu disertai usaha yang gigih. Lalu dalam bertatih sendirian mengejar impian kedewasaan, hadir insan bernama teman atau sahabat yang berada dalam satu perjuangan menuntut ilmu dalam saff yang sama..Tapi, entah mengapa teman yang ada tidak sehaluan pula. Usaha mengajak mereka mengenal agama, mengenal Tuhan Maha Pencipta, mencatur amanah sebagai khalifah mentadbir maya di pandang sepi dan terasa seperti sia-sia..Usah begitu adikku, yakinlah yang usaha murni kalian itu ada nilaiannya disisi-Nya...
Adik-adik yang disayangi, serikandi harapan ummah yang tabah...dan para mujahid gagah yang bakal mengembalikan kegemilangan ummah...Secicip pesanan buat kalian, yakinlah bahawa kita hanya mampu berusaha dan menyeru rakan atau teman yang masih terleka untuk kembali kepada fitrah hidup dalam syariat dan agama...Tapi kita bukan pemilik mutlak hidayah dari Yang Maha Esa...Bukan kita yang menumbuhkan benih keinsafan atau kesedaran, tapi kita mampu dengan kudrat anugerah Allah untuk berusaha menanam benih itu. Kita semai benih nasihat dengan penuh kasih sayang...Kita mampu berusaha, usaha dan terus usaha kerana bukan kita yang menjadi penentu hasilnya...Kita berusaha menyampaikan nasihat dan kebaikan bukan untuk kepentingan peribadi, tapi dalam menunaikan amanah sabagai dai’...Sesungguhnya kita mahu cemerlang akademik dan paling penting cemerlang akhlak dan ilmu sebagai bekal ke negeri abadi...