BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 30, 2010

Doa dari Sahabat

Ya Allah, sentuhlah hati sahabatku ini saat dia jauh dari-Mu,
Peluklah hatinya saat dia mencintai sesiapa lebih dari-Mu,
Peliharalah imannya selalu,
Buatmu sahabatku, kudoakan untaian mutiara solihin,
moga dirimu sentiasa terpelihara di bawah naungan kasih-Nya...Amin..
salam rindu berpanjangan...doakan kami di sini...

InsyaAllah...terima kasih atas doa dan ingatan dari kalian.Mesej2 di atas ana terima daripada Aishah dan berikut pula mesej daripada Farhana.

Sahabat,
Andai Hassan Al Banna dengan kisah perjuangan,
Andai Umar Abdul Azziz dengan kisah pemerintahan,
Andai Billah bin Rabbah dengan kisah kehambaan,
maka kau dan aku adalah kisah persahabatan...
Andai bunga indah kerana warnanya,
Andai bulan indah kerana sinarnya,
Andai laut indah kerana birunya,
Maka perhubungan kita indah kerana INGATAN dan KEIMANAN...

Ceritera Semalam...

Syukur, Ya Rabb atas hadiah kasih sayang dan kedewasaan yang Kau anugerahkan...semalam yang ditinggalkan bersama sejuta rasa..Semalam yang ana maksudkan ialah detik2 melalui denai kehidupan bersama teman dan sahabat2 fillah di UPM..geng adik-beradik, cozmate, kawan2 kolej, adik2 surau dan ramai lagi yang mentarbiyah diri ini kembali bertatih di bawah naungan Kasih Ilahi..dalam kedegilan, cair jugak diri dengan pujukan dan nasihat kalian..Saat ini, ana rindu sangat2 pada kalian...Ya Allah, sampaikan rindu ini pada mereka...moga hati2 kita terus bertemu dalam tiap doa yang dipinta...amin...

Macam Tudung Sekolah, Cikgu..

Hati ni terpaut sangat dengan warna putih. Suci. Bersih.Warna fitrah.warna pilihan Rasulullah SAW…
Tapi ada sahaja sang mujahid (pelajar ana) yang menegur nakal.

Pelajar :Tudung cikgu macam tudung sekolah..
Ana: Tak kisahlah..paling penting, tutup aurat..Tudung cikgu warna apa?
Tanya ana buat2 rabun warna..
Pelajar : Putihlah cikgu..
Ana : Maksud warna putih…
Pelajar: Ada maksud ke cikgu?
Ana: Ada..tudung ni nak ingatkan cikgu yang apabila kita mati nanti, tudung dan kain warna macam ni yang kita guna…Ada masalah..
Pelajar: Oh…tak, cikgu..

Pesanan: Buat semua yang bergelar cikgu atau guru, awas! Anda diperhatikan. Perbuatan dan tingkah laku anda adalah pengajaran tanpa suara. Anda sebenarnya fulltime, teacher.

Part 1 : Saya Nak Mati Syahid, Cikgu

Lahaulawalaquwatailla billah…banyaknya amanah yang belum terlaksana..Ya Muhaimin, bantu hamba, Ya Allah…Ya Salam…hadirkan ketenangan pada hati ini…

Ana mahu uzlah..lalu sekujur jasad yang diamanahkan ini hamba bawa ke gedung ilmu. Perpustakaan sekolah. Tempat untuk ana bersendirian dan bersunyi-sunyian…

Namun, hari ini bukan rezeki ana untuk bersendirian. Pelajar tingkatan 3 KT 4 datang membingitkan suasana. Mereka adakan kelas tambahan di sini…Pasrah…layan ja karenah mereka.

Cikgu, boleh kami duduk?
Ana angguk. Masih tekun menulis laporan.
Cikgu, cikgu buat apa tu?
Tengah menulis...
Cikgu tak masuk kelas ke?
Cikgu tak da kelas hari ni...selamba ana menjawab..banyak soal pulak mujahid ni...
La cikgu, setakat tulis ni, buat ja kat rumah…tak payah susah2 datang sekolah…
Hm, suka hati kamu je..bagi cikgu, kerja2 sekolah, buat di sekolah. Di rumah masa peribadi, masa untuk diri sendiri..masa untuk keluarga(walaupun cikgu anak rantau dan belum ada rumah tangga sendiri )...
Oh, kalau gitu, saya pun tak nak buat kerja sekolah di rumah...nak bersama keluarga..(katanya sambil ketawa..)
Eh..eh..kamu tu fulltime student!
Cikgu bukan fulltime teacher ke?
Ana terkesima..hm...fulltime teacher? Belum lagi kot...memang belum 
Ya Zuhaili, apa impian, cita2 kamu?
Nak jadi polis, cikgu.
Kamu, Salihin?
Nak jadi polis jugak cikgu.
Kamu, Muhammad Hafiz?
Saya nak mati syahid, cikgu...
Subhanallah...itulah sepatutnya impian kita semua...
Ada sebak yang bertamu...terpilihkah kita, ya mujahid..bisik hati kecil ana...
Kalau macam tu, cikgu ada perkara nak bincang dengan kamu, Muhammad Hafiz..Zuhaili, Salihin..cikgu jemput kamu sekali datang ke bilik kaunseling nanti...


Ya Rabb..alangkah baiknya jika setiap syabab di akhir zaman ini punya impian besar seperti dia? Mati syahid, cita-cita tertinggi kami...syahid fisabilillah, asma amanina...

Thursday, March 25, 2010

Syukur, Dah Solat Awal-awal..

Kelas pertama hari ini bermula jam 2.10 tengahari. Bermakna masih sempat solat Zohor dahulu sebelum masuk mengajar. Kelas bermula macam biasa. Pelajar Nampak enjoy dengan set induksi yang disediakan. Tapi sedihnya hampir satu per tiga pelajar ana tiada di kelas @ ponteng.
Tiba-tiba ada yang dengan selambanya jalan-jalan, jelling-jeling tengok kelas…Jadi, ana minta tolong dua wakil pelajar yang ada di dalam kelas pergi panggilkan si pemonteng tu..

Alkisahnya,, anak didik utusan ana ni dibelasah pulak. Siap datang gaduh sampai depan kelas. Panik, panik…rasa macam kering darah dalam badan ni..gugup pun ada. Al maklumlah. Budak lelaki bergaduh. Ana dah macam pelanduk di tengah-tengah. Mahunya nasib baik ja tak terkena sekali penumbuk.

Maka sibuklah menyelesaikan kes mereka. Rasa macam nak letak jawatan kaunselor ja apabila dah terpaksa bawa budak-budak ni menghadap guru disiplin..Memang di luar kawalan.
Sibuk punya sibuk, jam dahpun mengjangkau ke angka empat.

Ana melangkah ke bilik kaunseling. Sambil berjalan tinggalkan bilik GPK sempat lagi bermonolog sendirian…

Syukur, Ya Allah atas kesempatan yang di anugerahkan untuk hamba bersolat di awal waktu…Jika tidak pastilah rugi hamba menjadi orang yang terlewat memenuhi jemputan dan undangan dari-Mu….Alhamdulillah…

Pesan buat diri yang sering alpa dan saudara seakidah kesayangan ana. Cuba-cubalah dan usahakan untuk solat di awal waktu. Bukan apa bimbang andai apa-apa terjadi,kita terlewat solat atau tak berkesempatan solat langsung lantaran dah pun dijemput Izrail…
Maka, bersyukurlah apabila dah solat awal-awal…Alhamdulillah…

Friday, March 12, 2010

Syukur Atas Restu, Kalian…

Subhanallah, Alhamdulillah…tiga minggu menjadi musafir di negeri Hang Tuah ini akan tertangguh seketika.Ana akan kembali ke negeri kelahiran. Jika diikutkan hati mahu sahaja ana terus pulang ke rumah. Tapi ana redha dan bersedia bertemu mujahid dan mujhidah harapan ummah terlebih dahulu di Reunion Kem Bina Sahsiah 2009 dan Kem Anak Soleh 2010.

InsyaAllah, malam nanti bertolak ke sana. Saat ini terngiang-ngiang suara emak lewat panggilan telefon semalam..
Mak, kakak tak balik rumah lagi..kakak pergi kem dulu ya, mak..kata ana berbaur sebak sebenarnya.
Tak pa, kakak…mak dengan ayah faham. Buatlah kerja dulu..kata emak penuh pengertian. Ana tahu, mak sentiasa menyokong apa sahaja “kerja” yang ana buat. Ayah pun tak pernah menghalang…

Mak, ayah…kakak gembira dan syukur atas restu kalian…restu itulah penguat semangat dan pendorong untuk kakak terus bergerak “kerja”(^^).InsyaAllah..

buat abang2 dan adik2..maaf kerana tidak ada banyak masa kakak bersama kalian…

Monday, March 8, 2010

Kalau Bukan Jati Yang Teguh…

Pagi tadi ana terima emel dari sahabat yang sememangnya tekun dan bekerja sepenuh masa bagi gerak kerja Islam di utara tanah air. Terharu dan muhasabah seketika…Rindu pada tarbiyah dan kesibukan berprogram bersama mereka. Namun jarak, tanggungjawab dan pelbagai perkara memisahkan ana dari negeri kelahiran yang banyak mendidik ana erti kedewasaan dan tanggungjawab pada agama. Walaupun masih merangkak dan baru belajar berdiri di medan dakwah ini, ana tetap syukur kerana hadirnya peluang mengenal indahnya hidup di bawah naungan lembayung Islam…Subhanallah…

Sebentar tadi juga terbaca satu sajak yang bercerita tentang sekiranya tidak mampu jadi sesuatu yang hebat dan besar maknanya, maka jadilah sesuatu yang sesuai dengan kemampuan diri. Rasanya, itu pemujuk diri ana sendiri…dalam gerak kerja di sana, kalau pun bukan jati yang teguh, ana harap mampu menjadi bayu dingin yang mendamaikan dan mengalunkan irama semangat buat si pohon jati. Cukuplah ana hadir menyapa dan istiqamah hadir berziarah dan membantu setakat yang terdaya. Insya Allah…

Wednesday, March 3, 2010

Saya Tak Pandai Mengaji, Cikgu…

Baik, pelajar-pelajar…sebelum kita mulakan kelas, cikgu nak kita sama-sama mulakan dengan Ummul Kitab, Al fatihah dan bacaan doa.
Alhamdulillah, kelas 1 KT 2 menjadi anak kedua ana dalam bidang pendidikan. Semuanya muslim termasuklah seorang saudara baru. Sesi p&p berjalan lancar walaupun kelas agak bising…sampaikan ana berterus terang dengan mereka.
Kenapa cikgu asyik dapat kelas yang bising? Kamu tak kesiankan cikgu ke?
Dah nasib badan, cikgu! Jawab mereka membuatkan ana tertawa…hm..mereka masih di fasa keanak-anakan…masih rebung untuk dilentur…ana tak kisah dengan telatah mereka…
Set induksi tayangan video ayah ana tayang bagi memulakan pembelajaran. Senyap seketika…
Dan, masa terlalu pentas berlalu. Sedang asyik ana berceloteh @ mengajar mereka, loceng berbunyi. Segera beberapa pelajar muslimin ana berlari keluar dari kelas. Ana panggil mereka masuk semula.
Sekali lagi cikgu nak kita akhiri kelas dengan bacaan Surah Al Asr..jom kita baca sama-sama. Saya tak pandai mengaji, cikgu. Kata salah seorang dari mereka. Hati ana mulai pilu…simpati datang menyapa.
Baik, kita baca sama-sama dan nanti cikgu terangkan kenapa kita perlu baca Surah Al Asr..
Selepas kelas kebetulan ana berjumpa dengannya..
Cikgu, ajar saya mengaji, cikgu! Saya slow! Lambat dapat mengaji…
Isk, jangan cakap gitu.Kalau kamu slow, maknanya Allah sayangkan kamu dan nak beri kamu pahala lebih..Pesan tok guru cikgu, kalau kita ngaji lambat dapat, kita kena ulang banyak kali.Bila kita ulang banyak kali, lagi banyaklah pahala yang kita dapat. Sebab tu Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Kalaupun kita ada kelemahan, Allah tetap nak kita usaha yang terbaik…InsyaAllah..nanti kita jumpa lagi ya…

Monday, March 1, 2010

Part 2 : Cikgu, Peluklah Saya...

Ana melangkah tenang dan bahagia hadir di hati ini saat maladeni karenah mereka.Memang penat tapi ana gembira menyampaikan ilmu kepada mereka.
Cikgu Hazwani.Cikgu Hazwani! Panggil mereka saat buntu untuk menyelesaikan tugasan berkumpulan yang diberikan...Ana tersenyum melihat gelagat mereka. Bersungguh-sungguh walau masih dalam versi kebudak-budakkan. Duhai anak didik kesayangan cikgu, kalian masih suci dan bersih dari dosa dan noda...

Ana tatap wajah mereka seorang demi seorang. Ya Allah, moga Kau kurniakan kekuatan untuk hamba yang dhaif ini menanamkan fikrah Islam dalam diri mereka. Biarlah generasi muda harapan Islam ini tumbuh membesar dalam biah solehah. Mengenal-Mu, Ya Rabbi...menjadi pejuang agama-Mu...amin...
Duhai anak didik kesayangan cikgu, kalian masih suci dan bersih dari dosa dan noda...Moga kalianlah pewaris perjuangan Islam...Bangunkan ummah!

Tubuh kecil salah seorang anak didik muslimat ana rangkul erat. Tanda memberi sokongan dan penghargaan atas usahanya...Tiba-tiba salah seorang anak didik muslimin ana bersuara. Cikgu, Peluklah Saya! Ana gamam. Ketawa tak mampu lagi ditahan. Terasa lucu mendengar permintaannya.

Iskk, kamu ni...kamu dah 13 tahun, bukan 13 bulan yang boleh cikgu peluk...kamu kan pemuda gagah harapan Islam...cikgu ni perempuan, tak leh gitu...

Ya lah cikgu, batal air sembahyang kan kalau kita sentuh...jawab anak didik muslimin ana yang lain.

Betul..betul..balas ana sambil mengangguk..

Subhanallah...sebagai pendidik, cikgu...segala tingkah laku ini diperhatikan...tindakan spontan, layanan ana dan cara ana berinteraksi dengan mereka diperhati dengan teliti. Moga akhlak diri dapat dibaiki agar dapat memberi contoh yang terbaik untuk mereka...InsyaAllah...

Pena Cikgu : Part 1

ANAK SULUNG
Hari ni kali pertama masuk kelas...Boleh pulak ana lupa jadual waktu mengajar...tadi,dengan tenangnya ana ikhtikaf di surau usai solat Zohor...Lepas tu tergerak pula hati ni nak balik ke bilik kaunseling. Hm...kecoh sahabat kesayangan ana, ummu al shariff memberitahu yang Cikgu Penyelia Petang dan Pengetua sekolah cari ana...Al maklumlah, ana mengajar anak-anak didik pengetua. Isk...tak patut betul...boleh pulak lupa nak masuk kelas untuk hari pertama... kelas pengetua pulak tu...Apapun, mereka di kelas itulah anak didik pertama ana. Anak sulung ana di alam pendidikan...cikgu hargai kehadiran kalian...cikgu sayang kalian walaupun kalian berlari2 sewaktu cikgu mengajar...cikgu memang tengah belajar untuk jadi guru terbaik buat kalian...Harap cikgu cukup sabar dan tabah meladeni karenah kalian...terima kasih juga cikgu ucapkan buat Raj dan beberapa rakan yang lain yang sporting memberi kerjasama pada cikgu...cikgu harap kalian temui nur dan hidayah dari-Nya...Anak-anak didik kesayangan cikgu, lekas2lah dewasa agar kalian faham nilai ilmu yang cikgu sampaikan...Kalian dahpun berumur 13 tahun sekarang...