BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 24, 2011

Apa Itu Maruah?

Maruah adalah menahan anggota daripada apa-apa yang tidak berguna.
Syaratnya ialah :

1. akhlak yang baik
2. tawadhuk
3. pemurah
4.mujahadah melawan hawa nafsu

Pesan Imam As-Shafie

1. Barangsiapa yang berasa dirinya lemah, maka ia akan beroleh istiqamah...
2. Barangsiapa ingin hatnya diterangkan oleh Allah, maka hendaklah ia bersendiri, mengurangi makan, dan tidak bergaul dengan orang-orang bodoh yang buruk budi pekertinya serta tidak berkumpul dengan orang-orang berilmu yang tidak mempunyai keinsafan dan tidak beradab.

Catatan Daripada Nota Dulu-dulu...

Dalam hati ini ada kerinduan...
Dalam hati ini ada kesyahduan...
Jangan biarkan diri hanyut dalam mimpi fatamorgana dunia....
Kembalilah pada Tuhan..

......Tuhan......
Pada-Mu ada kekuatan...
Pada-Mu ada ketenangan....

Ya Allah...teguhkan hati hamba-Mu ini agar tetap istiqamah dalam ketaatan...redha ketentuan, gigih melaksanakan amanah dan peranan...amin...

Wednesday, January 19, 2011

Mak, Usahlah Bimbang…

La haulawala quwatailla billah…
Hasbunallahhiwani’mal wakil…
Tawakkal a’lallah…
Ana cuba lazimi dan disiplinkan diri.Paling tidak mak di kampung dihubungi selang dua hari. Selaku anak ana cuba buat yang terbaik. Sungguh-sungguh mahu membahagiakan kedua insan paling penting dan amanah buat diri ana kini. Cukuplah 24 tahun mereka menyara ana. Kini, tahun ke-25, ana sambut amanah menjaga mereka.Moga Allah permudahkan dan berkati usaha ini.
Malam semalam, rindu yang bersarang di hati lunas sedikit saat sayu suara emak singgah ke telinga.
Khabar dari kampung ana dengar dengan sepenuh hati. Terasa mahu menitis air mata ini dek kerana peritnya menanggung rindu mahu menatap wajah mak dan lain-lain. Kata mak, ayah kurang sihat…tapi perkara itu tidaklah membimbangkan emak. Emak lebih bimbangkan ana yang sendirian di rantauan ini.

Mak, usahlah bimbang….

Itu jawapan ana walau hakikatnya sejak kebelakangan ini, tubuh terasa sakit-sakit dan badan selalu sahaja panas menjelang asar bawa ke malam. Di pejabat, ana sunguh-sungguh kuatkan diri…Selagi dapat bertahan, segala ujian di rantauan ini ana simpan kemas hanya disini..

InsyaAllah…Allah bersama menemani ana mak di rantauan ini….

SAYANG DAN RINDU MAK sangat-sangat….

Thursday, January 13, 2011

Macamana Cikgu?

Lahaulawala quwatailla billah...
Benar pesan para guru ana...tiada istilah rehat dalam diari seorang hamba Allah yang mahu berjuang di jalan-Nya, mahu memburu syahid dalam cinta-Nya...

Rabbi, moga usaha-usaha kecil dan tiap detik yang berlalu ini dalam redha dan rahmat-MU...amin....

Pintu rumah ana diketuk bertalu-talu disusuli lafaz salam.Tergesa-gesa ana mencapai tudung. Ana ingatkan Kak Hanifa dah nak mulakan sesi mengangkat barang untuk pindah rumah. Rupa-rupanya, tiga bidadari harapan ummah yang datang bertandang...

Salam bersahut dan senyum di hulur. Meja batu di laman rumah jadi tempat kami berhalaqah...
Setelah bertanya khabar, ana persilakan mereka sampaikan maksud dan tujuan...

"Macamana Cikgu?"katanya teragak-agak...suasana sepi seketika...
"Ambil masa kamu, mulakan dengan keyakinan di hati.."saran ana dan sepi beserta angin malam ramah menyapa kami berempat...sempat pula ana merindui saat-saat getir tetapi manis untuk dikenang dalam KBS lalu semasa di atas Gunung Jerai saat angin bertiup nyaman begini...

"Macamana nak tegur adik-adik yang bermasalah ni, cikgu?bagai dah hilang rasa malu mereka...kami yang senior ni pulak yang dah tak tertanggung rasa malu berhadapan dengan luahan hati pelajar lelaki senior terhadap adik-adik..."

Ana diam...dalam hati berdoa memohon ilham dan hidayah..Akhirnya hampir satu jam kami berdiskusi. Berikut adalah konklusi yang dibuat :
1. Mulakan dari hati, InsyaAllah akan sampai dari hati.
2. Menegur dengan hikmah dan kasih sayang...bukan berlisankan kemarahan dan kebencian.
3. Letakkan keyakinan yang total kepada Allah...Allah sebagai sebaik-baik penolong.
4. Kita wajib usaha menyeru dan menyampaikan...tetapi kefahaman,kesedaran atau hidayah daripada Allah...namun harapannya moga-moga usaha kita merintis jalan ke arah itu...ada saham untuk akhirat.
5. Sebelum semua itu, refresh niat, sucikan hati dan baiki hubungan kita dengan Allah...InsyaAllah, akan diberi jalinan terindah pada hubungan-hubungan yang lain.

Buat kalian, tiga bidadari senja semalam...(amira, ai'shah dan liyana)
........SELAMAT BERJUANG...LA TAQAF WA LA TAHZAN, INNALLAHHA MA A'NA.......
aLLAH melihat tiap usaha kita

Pesona Dunia Part 1

Ya Rahman,Ya Muhaimin…peliharalah hati dan lidahku, perbaiki akhlak dan butir bicaraku, perbaikilah hubunganku dengan-MU,Ya Allah hamba merayu…Jangan biarkan dunia dan hidup ini menipuku….Jadikan daku hamba yang tenang dan redha menerima takdir iradat-Mu,tekun berbakti sebelum tiba dengan selamat ke pangkuan-Mu…amin…Ya Rabbal A’lamin…

Allah…begitu halus nikmat dunia datang berbisik dan menyapa,membelai hati dan mampu membuat siapa sahaja yang leka terpedaya.
Hm,hati mana yang tidak teringin pergi berlibur.Bercuti. Berjalan – jalan atau bersiar-siar penuh santai. Alangkah gembiranya hati jika dapat menikmati saat-saat itu. Namun, mujurlah iman cepat-cepat berbicara…Bukankah bagi setiap mukmin itu, kebahagiaan dan kegembiraannya ada pada hati. Dia bahagia dan tenang bersama Allah. Tidak perlu pergi berhibur di mana-mana. Tempat di mana bumi dia berpijak dan langit yang di junjung, di situlah dia menggapai damai. Langkahnya tidak memintas hak orang lain. Bahagianya tidak menzalimi insan lain. Nikmat dunia sedikit pun tidak akan menjadi batu penghalang ikhlasnya memegang amanah.
Tidak mengapa, tiap langkah juga rezeki dan segalanya dari Allah SWT…saat diizinkan, segalanya mudah, namun andai bukan takdir dan rezekinya, kita sebagai hamba teruskan usaha….:)

Tuesday, January 11, 2011

Teratak Kecil...

Alhamdulillah, setelah hampir suku abad menjengah dunia, tahun ini ana benar-benar cuba untuk berdikari.Hidup merantau tanpa keluarga di sisi. Tahun ini, semuanya perlu sendiri.
Paling utama, ana dah pun benar-benar duduk menetap di sebuah teratak kecil sendirian pada mulanya, tetapi mujurlah Allah SWT hadiahkan dua bidadari muda...

Alhamdulillah, lain benar rasanya...
Segalanya adalah amanah dan pertanggungjawaban...

Teringat 7 Januari lalu ana terkial-kial untuk memilih periuk dan belanga...saiz apa yang sesuai, jenis apa?..kemudian, beli pulak pisau, sudu, garfu, papan pemotong, sudip, senduk dan lain-lain perkakas rumah...hm...macam tak percaya pulak yang ana dah pun perlu beli dan perlu "guna" benda-benda tu semua...

MEMASAK...banyak berkat dan kebaikannya...Tapi, kena kumpul dulu resepi...
Tong gas dan peti ais pun dah dibeli..ampaian pun dah siap dibeli dan dipasang sendiri...

dan tiba-tiba hati disapa sayu...oh alangkah cepatnya masa berlalu...teratak kecil disini boleh saja disiapkan dengan segala keperluan, tapi. teratak di NEGERI ABADI, sudah atau belum kita usahakan?...Jom tanya dan muhasabah diri....

Setelah 25 tahun menjengah bumi, apa bekalan untuk teratak kita di akhirat nanti?.....

Saturday, January 1, 2011

Majlis Perpisahan FC dan Urusetia KBS

19 Disember 2010
Bilik Santapan di kediaman rasmi MB Seri Mentaloon

Berikut nota ringkas yang sempat ana nukilan dalam desah air mata yang gugur lantaran rasa terlalu banyak khilaf dan kekurangan sepanjang memegang amanah di sana. Ana benar-benar ”frust with my performanceL”. Harapannya kesilapan tersebut dapat ditebus semula dalam KBS akan datang...InsyaAllah...

1) Utamakan pandangan Allah, kedudukan kita di sisi Allah...bukan pandangan dan penilaian manusia

2) Kekuatan dan pembersihan HATI penting dalam saff perjuangan, berlapang dada, redha seadanya

3) Moga adanya kekuatan dari segenap aspek seiring bertambahnya usia dan makin dekat jarak masa untuk pulang ke rahmatullah

4) Kita adalah PELADANG. Menyemai benih di dunia untuk mengutip hasil di ladang akhirat. Jadi, duhai hati, IKHLASLAH...

5) Allah memandang usaha kita. Allah tidak menilai kita berdasarkan hasilnya. Kerana benih yang disemai itu, Allah yang tumbuhkan, Allah yang jadikan pucuk, daun, bunga dan buahnya.Jadi, la tahzan seandainya apa yang diusahakan belum membuahkan kejayaan...

6) Sesungguhnya kita adalah penyeru, menyambung tugas nubuwah...sunnah Rasulullah SAW...kita bukan penghukum. So please do not simply jugde the others..maybe they are better than us....think about it...

7) Moga Allah anugerahkan keberkatan buat kita semua dalam melalui denai hidup ini…
Pesanan buat diri serta sahabat yang ana sayangi, jadikanlah RUMAH dan KELUARGA kita sebagai markas dan madrasah TARBYAH yang utama...disitu bakal lahir jundi-jundi, ulama’ harapan ummah.

8) Pesan Cikgu Sukarno, berikan aku pemuda-pemuda, dan akan kubawa mereka ke syurga...ana juga mahu seperti itu dan anak didik ana sekarang tanggungjawab ana. Mereka anak muda harapan ummah.

9) Kejar, cari dan usahakan keredhaan Allah SWT...

10) Jaga niat dan pujuklah diri dengan janji Allah dalam ayat 216 Surah Al Baqarah.

11) Mohon sungguh-sungguh yang terbaik dari Allah SWT...

12) Latih diri berjiwa MURABBI...usahakan...

13) Raih kasih sayang ALLAH SWT, cinta RASULULLAH SAW...redha ibu ayah..jaga hubungan dengan Allah.Moga-moga Allah bantu kita memperindahkan semua jalinan hubungan yang lain....

14) SOLAT ....zikirullah...bahagia bersama ALLAH SWT...
Ingat kita hidup di dunia untuk mati dan hidup semula di negeri akhirat. Biarlah kita susah payah, sedih atau letih di sini kerana kita hanya mahukan kebahagiaan dan kerehatan abadi di syurga ILLahi...Insyallah...

15) Moga bertemu dan dikumpulkan lagi di taman-taman firdausi di dunia ini (majlis ilmu @ KBS dll) dan lebih-lebih lagi di akhirat nanti.

*******************AMIN YA RABBAL A’LAMIN*******************