BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 27, 2011

Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil di Teratak Kecil Kami

26.12.2011 bersamaan 1 Safar 1433 Hijrah

Alhamdulillah....
Kehadiran saudara terdekat dan jiran tetangga merealisasikan hasrat mak tersayang untuk mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan tahlil di Teratak Kecil Kami. Mak juga mahu majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran dan doa agar dipermudahkan segala urusan anak-anaknya yang pelbagai. Hasrat mak mahu abang long dipertemukan dengan kak long yang solehah,abang ee semakin matang,kak teh,kak cik dan amar cemerlang dalam peperiksaan mereka.

Semerbak Budi dan Jasa

18 Disember 2011 (Ahad)

Alhamdulillah,syukur pada-Mu Ya Allah atas segala anugerah yang Kau kurniakan.
Hari ini Long Muslihah dan Chik Fiza datang ke rumah ana. Jazakallahhukhairan katheer atas kehadiran kalian membantu sahabat yang dalam ujian ini …J Semoga perjalanan hampir empat jam kalian datang berziarah diberi ganjaran terbaik di sisi Allah.
Subhanallah…
Allah sangat Maha Penyayang,Maha Pengasih dan Maha Pemberi…
Allah Maha Halus dan Maha Lembut dalam mencatur segala takdir buat hamba-Nya.
Dalam kesukaran diuji ini, Allah SWT datangkan pelbagai hikmah dan pertolongan. Benarlah janji Allah bersama kesusahan itu ada kesenangan.
Kesenangan itu Allah hadirkan dengan izinNya,mereka dapat membantu ana. Mereka yang berjasa sejak ana mula menerima belaian rahmat dari Allah dengan janji pengampunan dosa ialah :
Tentunya MAK. Doa mak penawar.Doa mak penyembuh.Munajat mak kekuatan untuk ana tabah sendirian di rantau orang.
Ayah,Tok,Abang Awang,Abang Ee,Kak Teh,Kak Cik dan Adik. Doa mereka ubat.
Farhana Mohd. Housemate merangkap teman yang setia berulang alik dengan ana ke klinik dan hospital.
Kak Hanifa Maosin. Jiran dan teman yang sama-sama Farhana berkunjung dan berulang –alik menjenguk dan menjemput ana dari hospital.
Kak Ah’.Pengganti mak yang Allah hadiahkan untuk ana. Setia menjadi teman dan menjaga ana. Pagi-pagi lagi panggilan telefon dari Kak Ah’ membangunkan ana utuk terus sabar dan kuat semangat. Berkali-kali insan yang Allah kurniakan kebaikan hati budinya ini menemani ana ke hospital.
Encik Zamri. Pemandu yang ikhlas menghantar ana ulang –alik ke hospital.
Kak Dah.Rumahnya tempat ana tumpang bermalam ketika ada rasa yang menyeramkan datang.Al maklmumlah sendirian di rumah warden itu bukan mudah.
Kak Mah dan Encik Leman. Mereka adalah pasangan bahagia yang baik akhlaknya. Menolong dengan ikhlas.
Encik Badrul. Pertolongan dan ikhtiarnya ana hargai.
Kak Hafsah dan suami. Air rukyah mereka hantarkan.
Intan. Hadir dengan motosikal yang dia dipinjam.Bukti kebesaran jiwanya memenuhi tuntutan sunnah Rasulullah.Menyubur ukhuwah dan menyemai mahabbah sesama saudara seakidah.
Kak Gee dan suami. Datang berziarah dengan tangan sarat membawa makanan.
Kak Kiah dan Kak Chik. Hadir mereka menjadi penghibur dan kekuatan.
Pengetua, Ustaz Azli dan Ustaz Annas. Lantaran terlalu segan dengan kehadiran mereka ana berdiri di sisi katil . Berlagak sihat seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Hazira. Teman dan sahabat seusrah yang begitu berbaik hati temankan ana dan bawa ana makan western food sebaik sahaja ‘dibebaskan’ dari wad…J
Kak Dilla. Agen Takaful Prudential ana yang berdedikasi uruskan perihal kemasukkan ana ke wad untuk rawatan.
Tidak dilupakan juga, Dr Fadliyazid yang mencadangkan ana dirujuk kepada orthopaedic dan
Dr Haji Mohd Nasirrudin Johari yang merawat ana. Terima kasih juga kepada Cik Dayang yang bertanggungjawab melaksanakan prosedur MRI.
Dan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua petugas dan seluruh warga kerja Wad Makmur Timur dan Pusat Fisioterapi Kuantan Medical Centre.
Kak Mah dan Mak cik Sal. Mereka datang ziarah ana di rumah.
Dan buat sahabat2 yang tidak jemu mendoakan dan mesej atau telefon ana sepanjang ana di wad,jazakallahhu kharian katheer. Jasa kalian dikenang.

Tuesday, December 6, 2011

Muhasabah Cinta - edCoustic

Thursday, November 17, 2011

Dhuha di Pantai Balok

Subhanallah...
Alhamdulillah...
Sujud syukur pada-Mu atas segala anugerah dan cinta...

16 November 2011
Muara Beach Resort, Balok.

Pagi itu bermula penuh emosi. Sesi muhasabah sekitar jam 1.00 pagi hingga lewat jam 3.00 pagi menyebabkan ana bagai kehilangan tenaga. Mata terus terlelap sebaik sahaja masuk ke bilik 408 tanpa sempat ana setkan minda untuk bangun awal. Degil dan jahat juga hati kerana tidak tahan dengan ujian sekecil ini....

Astagfirulllahhal a'zim...ampunkan kelalaian dan kelemahan hamba-Mu...

Dan ana tersedar semula jam 6.30 pagi. Astagfirrullah...

Kemudian, ana terkocoh-kocoh bersiap dan turun ke pantai bersama semua adik2 fatayat yang juga tidak tersedar dari tidur pagi ini. Kami bermuhasabah bersama.
Ada titis air mata keinsafan yang jatuh. Malu yang teramat sangat kepada Allah SWT.

dan Dhuha itu kami bersolat Dhuha bersama di pantai Balok beralaskan pasir dan berbumbungkan langit pagi yang syahdu. Hening pagi menyahut doa kami Dhuha itu.
Titis air mata bersatu dalam debu pasir. Ada getaran rindu dan cinta di hati...

Rabbi...kami rindu...
Rabbi...ikhlaskan kami....

amin, Ya rabbal a'lamin...

Thursday, November 10, 2011

Jazakkallahhukhair, Ukhti Semua...

Alhamdulillah...

Balik Hari Raya Haji baru-baru ni, mak selalu ja sebut nama Aishah, Kak Hulwani, Humairah dan Zarina..

Mereka adalah antara sahabat ana yang dahpun berjaya menapak dan datang berziarah ke teratak kecil ana.

Jazakallahhukhair semua. Mak gembira dengan kehadiran ukhti semua. Terima kasih kerana gembirakan mak.

Biskut Itu Dalam Perjalanan...

Alhamdulillah...syukur Ya Allah...

Terima kasih buat adik tersayang yang kakak panggil Kak Teh...
Jazakallahhukhair sebab sudi tolong poskan...

Sahabat,
Terima kasih kerana selalui menghargai biskut yang mak buatkan.
Biskut itu dalam perjalanan.Andai tiba nanti biskut tu dahpun hancur berdebu, harap tetaplah sudi dijamah. Ada kasih sayang,rindu yang tidak terucap dari sahabatmu dan keluarganya...

Salam sayang buat ibu, ayah, dan adik-adik semua dari kejauhan...:-)

Anak Seikhlas Ismail,Mampukah Kita?

Bismillah...Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim...
Ya Fattahhu Ya A'lim...
Ya Muhaimin...bantu kami Ya Allah...

Ya Allah,
izinkan kami menjadi anak yang soleh dan solehah,
anak yang taat pada perintah-Mu dan ikhlas kepada kedua ibu bapanya...
berkorban tanpa hujah atau bicara,
hanya mengharap redha dan cinta Yang Maha Esa...

Ya Allah,
sampaikan kami pada-Mu sebagai anak yang soleh dan solehah,
yang rela berkorban dan redha laksanakan kewajipan,
tanpa pernah menuntut hak atau ganjaran....

Ikhlaskan kami, Ya Allah...
mohon dengan sangat....(^_^')

Hadiah Untuk Mak...

Subhanallah...
Alhamdulillah...
Allahhuakhbar!

Hari Selasa lepas bersamaan 12 Zulhijjah 1432H ana dan Kak teh selamat pilihkan hadiah untuk mak. Seutas kalung kecil berloket bentuk hati dan sebentuk cincin corak awan...

Mak,dengan izin Allah SWT itu yang kakak mampu setakat ini.
Kalung tu ganti semula kalung mak yang dulu...
Cincin tu pula kakak gantikan untuk cincin pertunangan mak yang dulu...
Terima kasih mak atas segalanya...
Kakak sayang mak lillahhitaa'la...

Saturday, October 15, 2011

Pasrah Segalanya - De Hearty

Tuesday, October 11, 2011

Cadangan Tajuk Forum Remaja 2011

InsyaAllah,petang ini MIGHTY akan bermula. Dalam Slot Professional Chat akan diadakan forum dari remaja untuk remaja. Berikut tajuk yang dirancang:

1. ANAK JALANAN : TANGGUNGJAWAB SIAPA? (SOSIAL)

2. CINTA REMAJA : KEPERLUAN ATAU KEHENDAK? (SOSIAL)

3. AL FATEH : MODEL REMAJA CEMERLANG (FIKRAH)

4. PEMBEBASAN PALESTIN: APA PERANAN KITA? (FIKRAH)

5. RINTIHAN SOMALIA (ANTARABANGSA)

6. WANG SAKU (EKONOMI)

7. KERANA BOLA ITU BULAT (SUKAN)

8. FILEM KITA : WAJAH KITA (HIBURAN)


1

Cinta Itu Subur Kembali

Bismillahhirrahmanirrahim...
Subhanallah...
Alhamdulillah...
La ilahhaillallah...
Allahhuakhbar!

Sujud syukur pada-Mu,Rabbi atas segala anugerah dan cinta.
Pagi yang tenang. Terlihat oleh sepasang mata anugerah Allah ini wajah bening putera-puteri ana yang bakal berjihad di medan peperiksaan PMR.

Tiba-tiba Ustaz Azli memanggil ana.

"Wani,19,20,21 November cuti sekolah nanti ada misi dakwah di Kudat, Sabah...nak ikut tak?"
"InsyaAllah...boleh."jawab ana spontan tanpa berfikir panjang.

Dan sepanjang hari semalam hati ana terasa riang. Gembira dengan seruan misi yang ada. Betapa ana sangat rindukan diri dan kesungguhan yang dulu. Turun ke lapangan masyarakat. Meladeni ummah yang masih dahagakan perhatian dan sentuhan kasih sayang daripada saudara seakidah.

InsyaAllah,nantikan kehadiran kami wahai saudara-saudara seakidah. Moga bertemu dan berpisah kita kerana Allah...

dan jauh di laman hati, ana dapat rasakan pohonan cinta yang layu lantaran kesibukan tugas dalam profesion ini subur kembali. Ya,cinta ana di jalan dakwah subur kembali! Allahhu akhbar!

"Ya Allah,ikhlaskan kami dijalan-Mu,redhakan dan bimbing kami bersama lembayung rahmat dan kasih sayang-Mu...moga cinta kami ini membawa kekuatan untuk kami mencintai-Mu,mencintai insan-insan yang mencintai-Mu dan mencintai perkara yang akan menambahkan lagi cinta kami kepada-Mu.amin...Ya Mujib..."

Cikgu, Hafizah?

Soalan dari Zahin adalah soalan yang kedua ana terima bulan ini.

Allah...itulah impian....menjadi insan yang dpilih Allah untuk menghafaz surah-surah cinta istimewa dari-Nya.

“Belum lagi....”jawab ana sambil tersenyum.

”InsyaAllah...masih merangkak untuk akrab dengan kalam Allah itu...”

”Cikgu bukan belajar dalam aliran agama.”

”Cikgu universiti mana dulu?”

”UPM,bidang pengajian biasa.”

”Awak minat bidang apa, Zahin?”

”Perubatan...biomedik...pakar ......”dan suaranya kurang jelas di bawa angin laut yang bertiup kencang...”

”InsyaAllah,cikgu doakan kamu cemerlang.”

”Cikgu, maafkan saya.Terima kasih dan doakan semua. Saya...kawan-kawan di semua MRSM...”

”InsyaAllah, kita sama-sama doa dan lakukan yang terbaik dalam seluruh aspek kehidupan kita. Bukan sekadar di peringkat MRSM, tetapi doa serta usaha untuk kepentingan umat Islam di seluruh dunia. ”

”Kamu anak muda harapan ummah...insya Allah.

Zahin, Hariz dan Arif,jaga diri,jaga iman,jaga akhlak....teruskan istiqamah laksanakan tugas dakwah ini. Kalian permata harapan Islam”

Tentang usaha menjadi ”hafizah” itu, andai ana belum berjaya. Legasi itu harapannya diteruskan oleh anak-anak didik putera puteri kesayangan ana dan anak-anak soleh dan solehah ana kelak.Insya Allah.

Perbualan berlaku di Pantai Rantau Abang, setelah selesai sesi bergambar Kem PRS

MRSM Zon Timur.

8 Oktober 2011.

Hm…Ana Belum Ada Lesen Memandu.

Bismillahhirrahmanirrahim…

Subhanallah,

Alhamdulillah,

La ilahhaillallah,

Allahhuakhbar!

Syukur pada-Mu Rabbi atas segala anugerah dan nikmat yang dikurniakan.

Syukur atas sebuah kemanisan ukhuwah dan indahnya takdir pertemuan dengan saudara-saudara seakidah,saudara seIslam. Alhamdulillah.

6 hingga 8 Oktober 2011 (Khamis hingga Jumaat)

Awang’s Beach Resort , Rantau Abang, Dungun, Terengganu Darul Iman.

Pertemuan itu mengumpulkan guru-guru bimbingan dan kaunseling dari 10 MRSM yang terletak di Zon Timur. Rasa lucu pula apabila difikirkan ana yang berhijrah dari utara ke negeri Timur ini. Satu perkara yang tak pernah terlintas difikiran.

Namun, inilah lumrah kehidupan. Hijrah,perantauan dan pengorbanan akan lebih cepat mengajar kita erti kehidupan sebelum pulang ke negeri abadi.

Hm...masing-masing kebanyakkannya datang bersama keluarga.

Kak Zah bersama Mujib yang comel dan Najiha yang pintar membawa diri.

Kak Bee pulak bersama Ustaznya dan tiga orang mujahid kecil.

Kak Suria bersama suami dan Si Erika yang ceria. Senyum sokmo bayi kecil itu.

En Zunaidi bersama isteri dan anak kecilnya.

Intan pula bersama permata dari syurga yang belum menjengah dunia. Berseri-seri wajah Intan walau dalam keletihan melalui pengalaman hamil kali pertama.

Nakman pula bersama isteri, Kak Ina yang statusnya sama seperti Intan. Jadi, kem kali ini ana dikelilingi para ibu, bayi dan anak-anak kecil…Nurul pula tengah berdebar menanti hari bahagianya, 20.11.2011 nanti.

Subhanallah…ana hanya mampu tersenyum dan tumpang gembira melihat kebahagiaan dan keletah mereka.

Turut hadir bersama Kak La yang komited dan istimewa. Anak tersayang dan suami yang tercinta ditinggal- tinggalkan lantaran tuntutan tugas. Abang Lie sebagai penyelaras, Kak Ina, Kak Zie dan kawannya, Cikgu Yunus, Fauzi dan Myazman selaku kem komandan.

Jadi, apabila berkumpul begini. Status diri ana dan rakan-rakan yang bujang pasti dipersoalkan. Ana hadam persoalan tersebut dengan jawapan yang sebaiknya.

“InsyaAllah…”

“Hanya Allah Yang Maha Tahu…”

”Akak tolong doakan ya…”jawab ana bersama senyuman.

Lantas dalam perjalanan pulang tadi ana terfikir.

Kalaulah boleh dianalogikan,

Perkahwinan umpama sebuah kederaan menuju destinasi yang diimpikan yakni keredhaan,rahmat kasih sayang dan cinta Allah SWT. Untuk sampai dengan baik ke destinasi tersebut, kenderaan terbaik sangatlah penting.. Namun, kenderaan tidak akan mampu dikendalikan tanpa kemahiran memandu dan ”lesen” yang sah di sisi undang-undang. Jadi, andai belum ada ”lesen”membawa kenderaan, pastilah belum lagi Allah pertemukan dengan kenderaan yang sesuai .”....

Jadi,jalannya berusaha baiki diri dan tambah ilmu serta kemahiran untuk dapat ”lesen memandu.”Soal kenderaan itu,akan ada apabila tiba masanya. Andai tiada lagi nafas di dunia moga ada yang menanti di akhirat sana.Amin....

Tuesday, October 4, 2011

Perantau - The Zikr.wmv

Indahnya Penderitaan

Thursday, September 29, 2011

Sepasang Baju Batik

Subhanallah...
Alhamdulillah...
Allahhuakhbar!...

Senja itu kami lazimi rutin selalu. Mengaji Al-Quran bersama.Tiba-tiba Kak Ifa hulurkan sebuah kotak comel terlakar lukisan kartun "teddy bear yang cute". Ana kaget. Segan menerima hadiah. Jasa yang ada terlalu kecil. Terasa tidak layak menerima. Cukuplah pahala di sisi Allah SWT....

Ya Allah, hamba -Mu ini dambakan ganjaran dari sisi-Mu...
Ya Allah,ikhlaskan hamba...jangan biar ganjaran dunia ini menggugat keihklasan kami dalam melaksanakan perintah-Mu...amin...

Dan kotak tersebut ana buka. Ada sepasang baju batik berwarna biru kundang.

Alhamdulillah,pakaian baru untuk menutup aurat lillahhitaa'la.

Terima kasih Kak Ifa atas kesetiaan berkongsi masa akak untuk kita mengaji bersama. Terasa indahn dan bermakna saat akak sudi kita bersama-sama menatap kalam cinta dari-Nya.
Moga kita istiqamah dan Allah mengajar kita ilmu yang diberkati dari sisi-Nya.
Amin...Ya Rabbal A'lamin...

Monday, September 26, 2011

Kita Bersaudara...

Subhanallah...
alhamdulillah...
allahhuakhbar!...

Kecilnya dunia.saat tertanya ada tak sesiapa di tanah pahang ini yang ada kekerabatan dengan diri ana yang sendirian di rantauan ini, Allah takdirkan sebuah pertemuan.

Rupa-rupanya suami kak kiah, abang tat itu anak saudara kepada suami tok tam saerah. Emak saudara ibu ana. tergelak kecil ana mengenangkan hikmah ziarah aidil fitri dan kenal saudara mara.

Natijahnya, berkembanglah silaturahim. Terjalinlah ukhuwah persaudaraan Islamiah itu.

Pelukan Nur Qaseh

Bismillahhirrahmanirrahim...
Ya Allah, Ya Fattahhu Ya A'lim..
Tawakal pada-Mu...
Hasbunallahhiwani'mal wakil...
Lahaulawala quwatailla billah...

Banyak perkara yang berlaku beberapa hari kebelakangan ini. Pengalaman yang mendewasakan dan ilmu yang mematangkan. Moga adanya ilmu itu menambah dekatnya diri kepada Yang Maha Pemberi Kurnia dan Menguasai Segala Ilmu dan adanya pengalaman itu menambah kebijaksanaan ana meladeni kehidupan.

Semalam ana berkesempatan ziarah ke sebuah rumah kanak-kanak yang menempatkan wildan dan bidadari dari syurga. Wajah bening mereka mendamaikan hati.

Subhanallah...Diam dan renungan mata mereka menghantar sejuta bicara. Betapa sepinya hidup tanpa insan bergelar ibu dan bapa.Batin mereka seolah-olah menjerit memberitahu ana ...

"sayangilah kami"
"berbicaralah dengan kami"
"belailah kami"
"dimana diri kalian ayah?ibu?"
"kenapa tinggalkan kami sendiri disini?"

Lalu setelah Kak Kiah mendukung salah seorang bayi disitu,ana ambil dirinya.

Nur Qaseh.Dia memeluk erat tubuh ana. Jari-jemari kecilnya menyentuh lembut wajah dan cuba bermain-main dengan cermin mata yang ana pakai. Dia terkekek-kekek saat ana bercakap dengannya. Senyum dan ceria. Tubuhnya yang montel menyebabkan lenguh tangan ana mendukungnya.

"Akak,kalau ada anak macam ni,kuruslah Wani"komen ana sambil terfikir bilakah kesempatan itu bakal datang...punya cahaya mata sendiri.
"Kak Ina tersenyum"

"Hah Qaseh.Suka lah dipeluk gitu...sampai ke telinga senyumnya.."

"Dah..dah la tu,nanti Umi Wani dah nak balik..."

"Wani,maaf ya,bukan akak tak kasi pegang tadi,sekejap lagi Wani akan tahu kenapa"pesan Kak Ina.

"Kenapa kak?"Soal ana tanda belum faham.

Hampir setengah jam di situ ana dipeluk Qaseh.Lenguh dan terasa berat tangan ana.

Jam melewati angka 5. Ana minta diri kerana bimbang terlewat sangat pulak nanti untuk Solat Asar. Ana dah pun berada di RKK tersebut sejak jam 3.30 petang.

Ana cuba letakkan tubuh bayi comel itu ke katilnya. Tetapi semakin erat pula tubuh ana dipeluknya. Ana cuba lepaskan dia.
Qaseh menangis semahunya,sedang jemari kecilnya mencengkam kain tudung ana.
Tangisan Qaseh mengharukan dan pelukan dia semakin erat.
Lantaran terpaksa pulang,ana leraikan jarinya dari tudung dan berderailah pula air mata ana.
Sebak meninggalkan Qaseh yang yang tidak rela dilepaskan.

Seusai Asar itu, ana menangis lagi. Masih terasa hangatnya harapan dan kemahuan diri Qaseh dipeluk seorang ibu....

Sabarlah Qaseh,dirimu bidadari kecil kesayangan Allah. Biarlah umi Wani tumpahkan kasih dan sayang pada Qaseh dan rakan-rakan yang lain di sana.

Insya Allah,nanti Umi Wani datang lagi...

*secebis tinta perkara yang berlaku semalam. Sebak saat kenangkan mereka yang lahir menjengah dunia,namun tidak berpeluang merasa kasih insan bergelar ibu dan ayah.
dan alangkah bertuahnya kita,susah senang masih ada ibu dan ayah yang jaga dan membesarkan,mencurahkan cinta dan memberi didikan.....

Thursday, September 22, 2011

Tahniah BADAR Sesi 2010/2011

Subhanallah...alhamdulillah...
Allahhuakhbar!!!
Selawat serta salam ke atas Rasul Junjungan Mulia,Nabi Muhammad SAW...

Bergenang air mata ana saat melihat wajah jernih anak-anak didik dalam saff BADAR tercalon untuk beberapa anugerah sempena Majlis Graduasi. Walaupun kalian mungkin tidak terpilih menerima anugerah di sisi dunia, namun cikgu yakin anugerah dari sisi Allah yang menanti lebih utama. Kita berbakti bukan sekadar untuk disini.Tapi kita berbakti untuk bekal ke negeri abadi.

Tambah terharu apabila ada dalam kalangan guru-guru yang mengakui jasa dan pengorbanan mereka. Tahniah dan teruskan usaha gigih kalian!

"badar sanggup berkorban"
"mereka rela dipulaukan"
"mereka tak marah waktu pelajar lain membenci"
"mereka tekun laksanakan tanggungjawab"

itulah ayat guru yang celik mata hatinya melihat dan menilai usaha anak-anak muda harapan Islam ini.

Namun,tiba-tiba ada juga guru yang mempertikaikan.
Gugur air mata ana.
Memang benar, jalan dakwah ini tidak dihamparkan permaidani merah.
Kerana sejarah BADAR Rasulullah SAW dan para sahabat telah membuktikan, hanya yang benar2 ikhlas akan beroleh kemenangan. Bermandi air mata dan darah serta keikhlasan berjuang fisabililliah..lillahhitaa'la...

Justeru,anak didik kesayangan cikgu didalam BADAR DI SINI DAN BADAR DI SEMUA INSTITUSI YANG ADA,TABAHLAH DAN AYUH KITA JEJAKI PERJALANAN PAHLAWAN BADAR YANG TELAH MENEMPA SYAHID DAN MENGGUKIR KEMENANGAN DENGAN PERTOLONGAN DARI ALLAH SWT...INSYA ALLAH..

Friday, August 26, 2011

Lantera Rindu

Bismillah...Ya Rahman...Ya Rahim...
Malam tadi ana benar-benar disapa sayu dan pilu...
Sebak... dan air mata turun mencurah-curah...
hening malam 26 Ramadhan itu menghantar ana ke daerah rindu...
Rindu yang rencam...

ana rindu akan pertemuan dengan-Mu, Rabbi.
Tapi hamba malu dan alangkah sedikitnya bekal untuk dibawa pulang.

ana rindu rasulullah saw.dan andai baginda ada di sisi,terlalu banyak perkara yang ana mahu adu dan tanyakan..:(...

ana rindukan taufik dan hidayah dari Allah untuk ana dan insan-insan yang ana sayang...

ana rindukan abang jasmi yang dulu...
ana benar-benar rindu suara abang yang syahdu laungkan azan memecah bening senja kampung kita...
ana rindu nak dengar suara abang bertakbir raya di belakang imam...
abang....kembalilah...kembalilah abang yang dulu...

ana rindukan ketulusan waktu kecil dulu...
ana rindu nak bermanja dengan arwah tok wan...tok wan cha dan arwah tok wan mat.moga kalian tenang dan bersama ruh para hamba yang diredhai dan dirahmati Allah...

ana rindukan diri yang iffah dan bersangka baik dengan Allah...

ana rindukan diri yang tekun dan ikhlas dalam ibadah...

Ya Allah..ubatilah rindu ini...dan andai air mata ini adalah lantera rindu yang benar,izinkan hamba terus menangis....

Allah.......................Allah........................Allah............................