BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 27, 2012

Cerita Mak...

Subhanallah...
Dalam banyak-banyak cerita mak, ana tertarik untuk kongsikan tentang keikhlasan hati seorang teman dan jiran kami. Mak Lang Yah namanya. Orangnya sangat tabah.

Suatu petang,diterataknya yang sederhana...

"Kak Yah puasa ke hari ni?"tanya mak.
"Ya,Jamilah. Kak Yah puasa nazar sebab Anuar Ibrahim dibebaskan dan terlepas dari tuduhan."jawab Mak Lang.

"Subhanallah!Terima kasih Kak Yah.Selalu berpuasa sambil doakan kebaikan untuk orang lain.Dulu, waktu Jamilah sembuh dari sakit pun Kak Yah puasa.Moga Allah beri keberkatan dan pahala terbaik untuk Kak Yah"cerita mak mengulangi dialognya bersama Mak Lang Yah.

Allah...malu rasanya.Kadang-kadang dalam kesibukan terlupa tentang perkara sedemikian.Alangkah mulianya hati seorang mak cik yang sanggup berpuasa nazar untuk kebaikan pimpinan dan sahabat-sahabatnya.Kita????....
Jom muhasabah dan baiki diri:)

13 Jam Kembara Cinta...

Bismillahirrahmanirrahim...
Subhanallah...Alhamdulillah...Allahhuakhbar!
Lahaulawala quwatailla billah...
Ya Allah,hanya pada-Mu hamba berserah dan bertawakkal...

Alhamdulillah..hujung minggu yang amat bermakna.Terisi dengan sebuah kembara cinta.

Kembara cinta seorang anak yang mendamba redha Allah SWT dengan jalan meraih redha kedua ibu bapanya. InsyaAllah.kembara 13 jam pergi dan 13 jam perjalanan balik semula dari Kuantan ke Kuala Kedah ana isi dengan muhasabah dan mengenang janji Allah.

Ana anak yang serba tidak sempurna.Masih belum mampu memberikan yang terbaik buat kedua ibu dan bapa. Namun,kesempatan yang ada walaupun terlalu singkat ana isi dengan ziarah keduanya.

"Jauh perjalanan tu..tak sanggup aku"keluh seorang teman yang juga tinggal di utara ibu bapanya.

"Ya...perjalanan tu memang jauh dan memenatkan.Tapi harapannya moga penat tu cepat hilang dan pahala berbuat baik kepada mak ayah itu kekal sampai ke syurga"luah ana dari hati untuk membina kekuatan juga sebenarnya. Memujuk hati sendiri agar terus kuat dan istiqamah.Ziarah ibu dan ayah. Berbakti kepada mereka.

Buat mak dan ayah,
InsyaAllah...kakak cuba jadi anak yang terbaik.Kakak cuba sampaikan dan tunaikan semua hasrat mak dan ayah dengan izin Allah SWT...doakan kakak.:)

Thursday, February 9, 2012

Kita Milik Mutlak Allah...

Lahaulawala quwatailla billah...
kita milik mutlak Allah SWT...
Kita milik-Nya.Apa jua yang ada hanya pinjaman.
Berita salah seorang rakan kepada pelajar ana yang baru disahkan hilang ingatan akibat kepalanya terkena bola semasa bermain futsal ana sambut dengan lafaz innalillahhiwainna ilaihirajiun'...

Ya Allah...tabahkan hati-hati mereka yang diuji...
Kurniakan jua rasa redha dan syukur buat kami atas apa jua yang Kau beri pinjam ini.

Nasinya Tumpah...



Bismillahhirrahmanirrahim....
Alhamdulillah....
Allahhuakhbar!!!!...
Syukur pada-Mu,Rabbi atas segala anugerah dan nikmat serta ujian jua ketabahan hati yang Kau kurniakan...

Ana menapak ke surau. MISRA MRSM Kuantan edisi 2012 bermula di sana. Dewan digunakan untuk program lain.Dalam perjalanan,ana lihat sebungkus penuh nasi tertumpah di lantai. Nasi lemak beserta lauk telur mata lembu. Nasinya sahaja.Ana yakin,pembeli yang tiada rezekinya untuk makan nasi tersebut dahpun buangkan plastik pembungkusnya.Takut warden mengamuk tengok makanan bersepah gitu.

Tiba-tiba ada burung yang popular dipanggil burung cak-cak sejak ana kecil,datang mematuk nasi itu satu persatu.Subhanallah....rezeki burung rupanya. Dan alhamdulillah, si pembeli nasi tadi dapat pahala percuma. Walaupun mungkin dia ralat dan sedih,nasinya tumpah,tapi Allah SWT mahu berikan dia pahala.

Ya Allah...betapa Maha Pemurahnya Allah SWT...biar dalam apa jua keadaan,tetap Maha Penyayang buat segenap hamba dan makhluk-Nya....

Thursday, February 2, 2012

Ustaz Azhar Idrus feat Ustaz Don Daniyal

Masa Berulang Kembali

Bismillahirrahmanirrahim...
Lahaulawala quwatailla billah...
Tawakal pada-Mu Ya Allah...
Hanya Engkau Yang Maha Tahu apa jua yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Alhamdulillah atas segala anugerah dan nikmat,Ya Allah.

Hari ini 2 Februari 2012 bersamaan 9 Rabiulawal 1433 Hijrah.
Hari Khamis.

Wajah tenang Hazim dan Radzi ana pandang sekilas.Kedua-duanya adalah pimpinan tertinggi di maktab tempat ana memegang amanah. Mereka datang untuk berbincang dan bercerita.

Tiba -tiba Hazim bertanyakan tentang :

"Cikgu.mahu tak kalau cikgu diberi peluang untuk masa lalu diulang kembali?"

"Tak nak."Jawab ana sambil senyum.

"Cikgu dah tak sabar nak lalui masa depan.Nak jadi tua..."

"Kenapa cikgu?"tanya Hazim

"Sebab masa lalu memang tak dapat diulang lagi dan cabaran dulu cikgu dah tak nak lalui sekali lagi"
"Kenapa pulak awak nak masa lalu diulang?"

"Saya nak betulkan kesilapan,cikgu. Saya nak baiki semula masa lalu."

dan ini jawapan cikgu buat semua anak -anak didik yang disayangi.

Redhailah masa lalu dan terimalah hakikatnya dengan lapang dada. Waktu yang telah berlalu tidak dapat diundur kembali. Sebagai hamba Allah,usahakanlah baiki hari ini dan berazamlah untuk lebih baik untuk hari esok. Hari semalam yang suram dan kelam,terangi semula ia dengan taubat dan muhasabah.Ambil ikhtibar dan ibrah daripadanya. Allah Maha Pengampun. Dia selalu mahu kita membetulkan kesalahan dan membaiki kelemahan. Dosa yang membawa kita sedar akan kelemahan sebagai hamba moga membantu kita bangkit semula untuk mengenal makna taubat dan menghargai nikmat hidayah dari-Nya.Cikgu doakan kita semua terus tabah dan gigih melaksanakan amanah di fana dunia ini sebagai bekal untuk ke negeri sana.

Moga selamat kita tiba ke destinasi sana bersama bekal dan doa.
Amin Ya Rabbal A'lamin.

Wednesday, February 1, 2012

"Pillow Talk "

Bismillahirrahmanirrahim...
Lahaulawala quwatailla billah...
Subhanallah...alhamdulillah...allahhuakhbar!

Syukur alhamdulillah.Masih bernafas kita semua hingga ke saat ini. Sedar tak sedar Januari 2012 telah melambai pergi.Biarpun terasa begitu lambat putaran waktu,Januari telahpun berlalu.

Tahun ini tetap menjanjikan kesibukan yang luar biasa. Dan kesibukan itu bagai racun yang melumpuhkan sistem yang ada. Ana terpana dan kaku rasanya hinggakan saat sebelum mata terlelap semalam ana tetap ada amanah dakwah untuk dilaksana.

Ya Allah...
kuatkan hamba-Mu...
bantu hamba menjaga iman dan akhlak diri ini Ya Allah...

Lantaran kesibukan dan kekangan masa, housemate ana hanya sempat bercakap sebelum matanya terlelap. Dan alangkah sedihnya saat ana kehilangan kata -kata nasihat untuk dirinya dan diri ana sendiri. Akhirnya hanya sedu - sedan dan air mata menjadi temannya bercakap semalam. Ana tak mampu.Ana tak cukup tegar untuk berkata-kata. Ana tak mampu fahamkan dia. Ya,ana bukan manusia sempurna ....ada kelemahan,ada saatnya ana kelelahan yang amat sangat...

Sekiranya ana mampu semalam ana mahu katakan :

1.Tidak perlu kita bersedih tentang hal dunia kerana nasib kita di negeri akhirat lebih utama.
2.Jadilah hamba Allah yang paling tenang dan redha.Sabar dengan ujian dan resah andai
hidupnya jauh dari rahmat Allah SWT Yang Maha Menciptakan.
3.Jagalah akhlak dan perlakuan kita.Biarlah orang lain berbuat jahat pada kita,tetapi kita jangan
jadi jahat macam mereka.
4.Tak mahu lagi mengata dan menyebut kelemahan.kekurangan dan keaiban orang. Kita juga
lemah,ada salah dan silap.
5.Jomlah berubah.Bantulah ana menjaga iman dan amal kebaikan.Ingatkan ana saat ana
kealpaan dan dibelenggu godaan nafsu dan syaitan.
6.Jangan jemu dan berharap hal keduniaan sebab ana bukan golongan demikian kerana ana
mahu ikuti jejak Rasullullah dan sahabat-sahabat pilihan yang amat zuhud dan sederhana
dalam kehidupan.

Maaf andai ana tak mampu menjadi teman atau kawan seperti yang diharapkan. Cumanya persaudaraan akidah yang ada dan perintah Allah SWT akan tetap ana pertahankan dalam perjalanan kita sebelum mata terlelap buat selamanya.