BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 23, 2010

Ikhlaskan Kami…

Subhanallah…lahaulawalaquwatailla billah…hari pertama bergelar guru.Pelbagai rasa menyapa jiwa…Ya Allah…ikhlaskan kami pada amanah yang Kau beri…terasa benar-benar penat dan letih..Moga keletihan dan penat ini menjadi kafarah dosa-dosa dan kesalahan kami…Bantulah kami mendidik mereka Ya Allah…kurniakanlah kefahaman kepada mereka…Allahumma amin…

Tuesday, February 9, 2010

Mohon Dengan Sangat...

Alhamdulillah,dengan izin-MU, Ya Rabb selesai sudah kuliah Undang-undang Keluarga Islam yang dikendalikan oleh Dr Fauzi...Banyak pesanan dari beliau yang gayanya bak ayah sendiri dalam mendidik kami, bakal-bakal pendidik. Syukur atas nikmat kebahagiaan dalam menuntut ilmu ini, Ya Allah...terima kasih Dr@ Ustaz yang sabar mendidik kami...

Suka disini ana ingin berkongsi pesan Dr yang mintalah sesuatu dengan sungguh-sungguh. Berdoa pada Allah dengan betul-betul bersungguh-sungguh meminta. Janganlah pula berdoa setakat ala kadar dan sekadar gitu-gitu sahaja. Lepas tu, iringi pula doa dengan usaha.InsyaAllah, janji Allah itu benar dan tidak pernah mungkir...Pasti akan dikabulkan walau dalam apa jua cara.

Cerita Dr juga tentang seorang anak didiknya yang kaya-raya. Apabila ditanya bagaimana dia boleh kaya sebegitu, pelajar berkenaan menyatakan yang dia sentiasa bersungguh-sungguh mohon dan berdoa pada Allah untuk jadi kaya. Tambahan lagi, dia mengambil kesempatan sebanyak mungkin waktu yang ada untuk solat hajat...Jadi, pesannya banyakkan solat hajat dan ambil kesempatan untuk perbanyakkan solat sunat...Mohonlah dengan sangat pada Allah SWT...wallahu a'lam...

Friday, February 5, 2010

Amanah dan Bicara...

Dengan izin dari-Mu, Ya Rabb kurniakan hamba lisan yang lembut basah mengingati-Mu, menyebut nama-Mu dan menyampaikan kalimah kebaikan yang Kau redhai...
Tiada daya upaya hamba, Ya Rabb untuk berbicara dengan mereka melainkan dengan limpah rahmat dan kurnia dari-Mu...

InsyaAllah, esok ana diamanahkan untuk berbicara sebagai panel dalam Forum KRS berkenaan tajuk Pembimbing Rakan Sebaya:Membawa Kesan Positif atau Negatif?

Masih terkial-kial sebenarnya tika ini untuk mencari bahan atas keputusan saat akhir tadi utuk terima permintaan daripada adik-adik junior kesayangan ana dalam KRS UPM...
Apapun, paling penting doa dan harapan ana, hati ini bersedia memikul amanah untuk berbicara dan Allah bukakan serta lunakkan jua hati -hati kami semua yang akan menghadiri majlis esok pada jalan hidayah dan petunjuk dari-Mu...amin