BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 27, 2010

Tinta Sebelum Kembara....

Rabbi...hanya pada-Mu, hamba bertawakkal...segenap rasa yang Kau beri ini moga segalanya dalam redha kasih-Mu...malam ni mata masih jaga...bintang2 sedang dipotong.
Tekun sungguh Romlah membantu...
Khalilah pula lena dalam pasrah dan harapan...moga esok segalanya Kau mudahkan dan diberi kekuatan berhadapan apa jua ujian...Tabahkan kami,
Rabbi...Bantu kami ikhlas hanya pada-Mu...

Ana teringat suatu ayat yang begitu terkesan di hati...

Dalam berjuang bukan semua yang berilmu,
Dalam berilmu bukan semua yang beramal,
Dalam beramal bukan semua yang ikhlas,
Dalam ikhlas bukan semua dan berapa ramai yang istiqamah?...

Rabbi...
Di sisi manakah hamba?
Moga bimbingan-Mu mengiringi tiap helaan nafas ini...Allahhuakbar!!!

...Rindu Menyapa Lagi....

Rabbi....
Saat rindu berdesir lagi,
Hanya air mata melerai sejuta bicara,
hamba ingin pulang pada-Mu...
terimalah musafir ini...
bantu hamba melaksanakan ketaatan,
Kuatkan hamba tinggalkan mazmumah kelalaian...

Friday, May 21, 2010

Semerbak Kasih Yang Ditabur...





Kenangan dan memori bersama anak-anak didik kesayangan ana...SMK Munshi Abdullah..22 Februari hingga 21 Mei 2010

Thursday, May 20, 2010

Tinta Dari PUSPEN, Dengkil...


Alhamdulillah, setelah tersasar dari jalan yang sebenar, kami selamat tiba ke Pusat Pemulihan Narkotik(PUSPEN), Dengkil jam 10.30 pagi..Kami di sambut salah seorang sarjan..Taklimat bermula. Tapi, bukan rezeki kami melawat sel2 dan bangunan kediaman pelatih..Para pelajar yang kami bawa masih kanak2 Ribena.bawah umur sangat untuk kebenaran melawat bahagaian-bahagian khas PUSPEN.

Sesi yang kami tunggu. Suasana hening. Wajah tenang dua orang pelatih muncul di muka pintu. Salam diberi dan bersahut. Langkah mereka kemas di atur... Perkongsian penuh makna. Pesan diberi..dadah jangan sesekali di dekati. ANDA CUBA, ANDA SENGSARA.

Berikut sinopsis pesanan daripada mereka:
1) Bersabarlah berdepan kesusahan hidup.
2) Jaga pergaulan, pilih kawan2 yang baik, bebas dadah dan tidak rosak akhlak dan
iman.
3) Jangan sesekali mencuba larangan Allah...ANDA CUBA, ANDA SENGSARA.

Tiba-tiba ana diminta wakili sekolah memberi ucapan penghargaan dan ucapan terima kasih...Allahhuakbar!...Sejuk jugak tangan ni...Ada muhasabah yang berbisik...

"Pertamanya sama2lah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana masih di beri nafas dan kehidupan. Selagi mana kita hidup, maknanya selagi itulah pintu rahmat dan kasih sayang serta keampunan dari Allah terbuka luas...Saudara yang dirahmati Allah..Kita semua di uji..dan untuk berhadapan dengan ujian, hanya Allah, jaminan Iman dan Islam sahajalah tunggak kekuatan kita. Harapannya, kita bersangka baik dengan Allah.OPtimis. Biar siapapun kita sebelum ini, kita minta Allah perbaiki diri kita..Seiringkan doa dengan usaha..kembalilah kita kepada Allah...selagi ada dia, kita tak akan pernah kecewa...buat para pelajar yang cikgu kasihi...perjalanan dan ujian kamu sangat mencabar.Kuatkan diri dengan iman...kembali pada Allah..hiduplah secara Islam sepenuh masa...Ambillah iktibar dan pengajaran daripada perjalanan hidup orang lain...Sekian..."

Muhasabah di relung hati...
Dedikasi khas buat semua warga PUSPEN yang berazam berubah...

Kalian bertuah. Diselamatkan Allah. Diberi peluang kedua. Membina kembali hidup atas sisa gelap lorong sirna semalam. Kesilapan semalamlah yang membuat kalian terdampar dan dipenjara. Tapi usah bersedih, kerana penjaralah tempat melentur nafsu buas kembali pada pencipta. Kalian tetap mulia selagi mana kalian keluar dari situ bersama bekal iman dan taqwa...Harapan tetap ada..Kita hidup bukan untuk manusia, tetapi hidup sebagai hamba-Nya...Jadilah kalian benih-benih baru yang tumbuh semula demi sebuah pengabdian seorang hamba pada Khalidnya...usah diguris semula luka noda semalam..Teruskan langkah bersama iman dan taqwa.

Air Mata Kami...

Dedikasi khas buat mata2 yang menangis di kelas sebentar tadi...cikgu mahu peluk dan cium kamu sepuas-puasnya...cikgu tak nak lepaskan kamu...

Rabbi...
Syukur dan sujud kami,
Atas segala cinta dan sayang yang Kau anugerahkan...

Rabbi...
Redhakan kami,
atas putaran takdir yang Kau titahkan...

Rabbi..
izinkan air mata kami,
Mengalir dalam pasrah merintih pada-Mu...

Rabbi..
Air mata kami,
Tanda dhaifnya diri,
Insan kerdil meniti harapan,
Mengumpul bekal selepas kehidupan...

Rabbi,
Air mata kami,
Moga-moga Kau izinkan,
Memadam julang api yang menggerunkan...

Rabbi,
Air mata kami,
Moga-moga membersih karat noda di hati...

Rabbi...
Air mata kami,
Moga-moga melentur hati yang keras membesi...

Rabbi,
Izinkan air mata kami,
Menjadi pengingat diri..
Kami hanya mahu menangis di sini,
Kerana kami mahu bersenang hati di syurga abadi...

Cikgu Sayangkan Kalian...


4.30 pm..maaf cikgu terlewat 10 minit..halalkan dan maafkan cikgu...cikgu ada sesi kaunseling bersama rakan kamu tadi..Suasana kelas kita cikgu mulakan seperti biasa..Al-Fatihah..tayangan klip video zikir bergema di makmal tempat kita berkumpul.
Cikgu keluarkan dua bungkusan hadiah..satu untuk anak soleh dan satu lagi untuk anak solehah.Cikgu tanyakan kamu siapa antara kamu paling layak untuk terima hadiah ni..banyak nama yang kamu calonkan..para pelajar perempuan calonkan ainnur..yang lelaki calonkan syabil, izat, amirul, dan nama2 lain lagi..tapi cikgu serahkan pada Rusyduddin yang duduk paling depan dan hampir dengan cikgu...

Cikgu pasangkan lagu selamat berjuang. Ada pengertian yang besar di sebalik lagu tu..Nanti bila dewasa, kamu akan faham makna lagu tu..Ada air bening yang mula mengalir dipipi sahabat2 kamu..Allah..Lahaulawala quwatailla billah...air mata cikgu sendiri tak mampu ditahan lagi..ada sebak yang menjajah diri..cikgu kelu sejuta bahasa..alangkah sedihnya untuk cikgu melangkah pergi, tinggalkan kamu..entah bila lagi kita akan bertemu lagi seperti tadi...

Cikgu minta kamu buka hadiah tu..sebenarnya hadiah tu khas untuk setiap kamu..anak didik terbaik yang pernah cikgu miliki...cikgu sayangkan kamu...sayangkan sangat2..
Hadiah tu cikgu harap dapat terus menyuburkan hati2 kamu untuk kita dekat pada-Nya..

Cikgu nyatakan harapan pada kamu. Moga2 kamulah pemimpin yang umat Islam yang ditunggu2..generasi terbaik yang akan menyambung perjuangan umat Islam...

Cikgu nayatakn juga impian pertemuan semula kita, andainya bukan di dunia, tapi di syurga abadi di negeri akhirat sana..InsyaAllah..

Buat semua anak didik cikgu...cikgu sayangkan kamu..

Doa cikgu untuk kamu...

Ya Allah, jadikanlah mereka, anak2 didikku insan2 beriman dan para pejuang agama-Mu..Jadikan mereka ulama' dan penyambung tugas2 menyampaikan dakwah agama-Mu...dan Ya Allah, jadikan mereka anak-anak akhirat yang hidup dalam naungan cinta dan redha-Mu..Amin, Ya Rabbal A'lamin...

Monday, May 10, 2010

Kisah Dua Ekor Ikan...

Lahaulawala quwatailla billah...
Sepertimana biasa, langkah ke sekolah dimulakan dengan Bismillah dan tawakal. Setiap hari pasti ada keajaiban dan macam2 perkara yang terjadi. Alhamdulillah, selesai observation kali pertama. Syukur bertemu klien dalam perjalanan ke bilik kaunseling...just ambik ja pelajar ana..kebetulan, klien ana petah pulak orangnya. jadi, memang sesi berjalan lancar.

Cuma dalam menjawab persoalan dirinya, ana jawab semula dengan persoalan.
Minta dan dorong dia berfikir sebenarnya.

Guru : Baik, sekarang kamu bayangkan ya, 2 ekor ikan...satu yang masih hidup di
: laut, satu yang dah mati kat dalam pinggan...apa beza kedua-dua ikan
: tersebut?
Pelajar : Seekor hidup dan seekor dah mati, cikgu...
Guru : Perbezaan lain?
Pelajar :Yang hidup boleh buat macam2..yang mati dah tak leh buat apa2...
Guru : Lagi...rasanya?
Pelajar :ikan kat laut...kat darat...(dia bersungguh2 berfikir gayanya)
Guru :(ana sebut namanya)...bezanya dari segi rasa ialah, ikan di laut
: tetap tawar walaupun persekitarannya masin, tapi dia masin hanya sebab
: sedikit garam apabila didarat kerana telah mati...antara dua ikan
: tersebut, kamu dalam kumpulan mana?...
Pelajar :Ikan di laut, cikgu...ha...saya dah faham cikgu..maksudnya saya tak boleh
: biarkan diri saya terpengaruh dengan keadaan...saya kan masih hidup...
: ada pilihan untuk berusaha..kena survived kan, cikgu?
Guru :InsyaAllah...kita survived dengan pertolongan dari Allah...memang sukar
:untuk kamu mengubah persekitaran..tapi berusahalah! ubah diri...kalau ikan
:boleh buat, takkan kamu tak boleh...ke dah nyawa2 ikan semangat kamu nak
:study?
dan kami sama2 ketawa sambil menyanyikan lagu : ikan oh ikan, kenapa tak nak timbul...macamana ikan nak timbul, badan ikan tak da garam...he2...sebab ikan masih hidup!..."ikan" akan pertahankan diri...kena kuat..Innallahhamaana..

Friday, May 7, 2010

detik2 akhir sebelum penilaian pensyarah...

Bismillah..tawakal a'lallah...tiga hari sebelum semakan semua kerja dan hasil laporan sepanjang hampir 10 minggu berpraktikal..ana tengah berusaha siapkan semuanya sebaik mungkin. Mungkin tak secemerlang atau sehebat orang lain, tapi ana ada target sendiri...Ya Allah...bantu hamba untuk ikhlas..berusaha lakukan yang terbaik hanya kerana-Mu..bukan kerana manusia atau apa2...Ya Allah..moga adanya keberkatan dalam tiap gerak langkah..

dan andai di muhasabah, lazimnya manusia amat bimbang penilaian manusia lain, tapi kalau di sebut penilaian Allah, ramai yang tutup telinga..tutup mata dan tak nak ambil peduli...sedangkan, penilaian-Nya paling utama...bantu hamba Ya Allah, jangan biarkan hati ini lalai dari mengingati adanya penilaian yang Maha Adil dari sisi-Mu, Rabbi..amin..

Monday, May 3, 2010

Alamat Darussyifa' di Melaka...

Pagi nirmala. Subuh itu hening dan balada hati ana berlagu girang. Hati ini tenang. Ada rasa gembira yang datang berziarah. Dengan izin-Mu, Ya Allah..Kau izinkan hamba berkelana dan bermusafir di bumi-Mu.Terlalu banyak keajaiban dan anugerah dari-Mu...Alhamdulillah..

Kereta yang ana naiki bergerak lancar.Perjalanan kami dipermudah. Cuma sekali berhenti bertanyakan jalan. Destinasi dituju kami jejaki. Darussyifa' di negeri Hang Tuah ini terletak di:
Madrasah Ar- Rahmah,
Salok Gaung, Air Molek, Melaka.
Dibuka setiap hari Ahad bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Apa-apa hal, bolehlah hubungi Ustaz Faizol di talian : 019-6582008 / 013-3882562

kami tiba ke sana jam 8.30 pagi. Syukur dapat sertai majlis bacaan Yaasin dan doa. Sepanjang majlis, laju ja air mata ni mengalir...Allah...rindu berada dalam taman2 syurga-Mu..rindu berada dalam majlis2 ilmu dan menyebut2 nama-Mu...Alahhuakbar!

Buat sahabat2 yang rasa dah lama jiwa tu sepi dan kontang dari siraman salju ketenangan, usunglah diri ke majlis2 zikir. Kita refresh hati dan iman kita. InsyaAllah...