Wednesday, March 3, 2010

Saya Tak Pandai Mengaji, Cikgu…

Baik, pelajar-pelajar…sebelum kita mulakan kelas, cikgu nak kita sama-sama mulakan dengan Ummul Kitab, Al fatihah dan bacaan doa.
Alhamdulillah, kelas 1 KT 2 menjadi anak kedua ana dalam bidang pendidikan. Semuanya muslim termasuklah seorang saudara baru. Sesi p&p berjalan lancar walaupun kelas agak bising…sampaikan ana berterus terang dengan mereka.
Kenapa cikgu asyik dapat kelas yang bising? Kamu tak kesiankan cikgu ke?
Dah nasib badan, cikgu! Jawab mereka membuatkan ana tertawa…hm..mereka masih di fasa keanak-anakan…masih rebung untuk dilentur…ana tak kisah dengan telatah mereka…
Set induksi tayangan video ayah ana tayang bagi memulakan pembelajaran. Senyap seketika…
Dan, masa terlalu pentas berlalu. Sedang asyik ana berceloteh @ mengajar mereka, loceng berbunyi. Segera beberapa pelajar muslimin ana berlari keluar dari kelas. Ana panggil mereka masuk semula.
Sekali lagi cikgu nak kita akhiri kelas dengan bacaan Surah Al Asr..jom kita baca sama-sama. Saya tak pandai mengaji, cikgu. Kata salah seorang dari mereka. Hati ana mulai pilu…simpati datang menyapa.
Baik, kita baca sama-sama dan nanti cikgu terangkan kenapa kita perlu baca Surah Al Asr..
Selepas kelas kebetulan ana berjumpa dengannya..
Cikgu, ajar saya mengaji, cikgu! Saya slow! Lambat dapat mengaji…
Isk, jangan cakap gitu.Kalau kamu slow, maknanya Allah sayangkan kamu dan nak beri kamu pahala lebih..Pesan tok guru cikgu, kalau kita ngaji lambat dapat, kita kena ulang banyak kali.Bila kita ulang banyak kali, lagi banyaklah pahala yang kita dapat. Sebab tu Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Kalaupun kita ada kelemahan, Allah tetap nak kita usaha yang terbaik…InsyaAllah..nanti kita jumpa lagi ya…

1 comment:

Zarina Zaimi said...

wahai murobiah.. ku kagum dgn usahamu didik anak murid mengenal Al-Quran :)