Tuesday, October 11, 2011

Hm…Ana Belum Ada Lesen Memandu.

Bismillahhirrahmanirrahim…

Subhanallah,

Alhamdulillah,

La ilahhaillallah,

Allahhuakhbar!

Syukur pada-Mu Rabbi atas segala anugerah dan nikmat yang dikurniakan.

Syukur atas sebuah kemanisan ukhuwah dan indahnya takdir pertemuan dengan saudara-saudara seakidah,saudara seIslam. Alhamdulillah.

6 hingga 8 Oktober 2011 (Khamis hingga Jumaat)

Awang’s Beach Resort , Rantau Abang, Dungun, Terengganu Darul Iman.

Pertemuan itu mengumpulkan guru-guru bimbingan dan kaunseling dari 10 MRSM yang terletak di Zon Timur. Rasa lucu pula apabila difikirkan ana yang berhijrah dari utara ke negeri Timur ini. Satu perkara yang tak pernah terlintas difikiran.

Namun, inilah lumrah kehidupan. Hijrah,perantauan dan pengorbanan akan lebih cepat mengajar kita erti kehidupan sebelum pulang ke negeri abadi.

Hm...masing-masing kebanyakkannya datang bersama keluarga.

Kak Zah bersama Mujib yang comel dan Najiha yang pintar membawa diri.

Kak Bee pulak bersama Ustaznya dan tiga orang mujahid kecil.

Kak Suria bersama suami dan Si Erika yang ceria. Senyum sokmo bayi kecil itu.

En Zunaidi bersama isteri dan anak kecilnya.

Intan pula bersama permata dari syurga yang belum menjengah dunia. Berseri-seri wajah Intan walau dalam keletihan melalui pengalaman hamil kali pertama.

Nakman pula bersama isteri, Kak Ina yang statusnya sama seperti Intan. Jadi, kem kali ini ana dikelilingi para ibu, bayi dan anak-anak kecil…Nurul pula tengah berdebar menanti hari bahagianya, 20.11.2011 nanti.

Subhanallah…ana hanya mampu tersenyum dan tumpang gembira melihat kebahagiaan dan keletah mereka.

Turut hadir bersama Kak La yang komited dan istimewa. Anak tersayang dan suami yang tercinta ditinggal- tinggalkan lantaran tuntutan tugas. Abang Lie sebagai penyelaras, Kak Ina, Kak Zie dan kawannya, Cikgu Yunus, Fauzi dan Myazman selaku kem komandan.

Jadi, apabila berkumpul begini. Status diri ana dan rakan-rakan yang bujang pasti dipersoalkan. Ana hadam persoalan tersebut dengan jawapan yang sebaiknya.

“InsyaAllah…”

“Hanya Allah Yang Maha Tahu…”

”Akak tolong doakan ya…”jawab ana bersama senyuman.

Lantas dalam perjalanan pulang tadi ana terfikir.

Kalaulah boleh dianalogikan,

Perkahwinan umpama sebuah kederaan menuju destinasi yang diimpikan yakni keredhaan,rahmat kasih sayang dan cinta Allah SWT. Untuk sampai dengan baik ke destinasi tersebut, kenderaan terbaik sangatlah penting.. Namun, kenderaan tidak akan mampu dikendalikan tanpa kemahiran memandu dan ”lesen” yang sah di sisi undang-undang. Jadi, andai belum ada ”lesen”membawa kenderaan, pastilah belum lagi Allah pertemukan dengan kenderaan yang sesuai .”....

Jadi,jalannya berusaha baiki diri dan tambah ilmu serta kemahiran untuk dapat ”lesen memandu.”Soal kenderaan itu,akan ada apabila tiba masanya. Andai tiada lagi nafas di dunia moga ada yang menanti di akhirat sana.Amin....

No comments: