Alhamdulillah,
Allahhu akhbar!
Lapan hari kembara menuntut ilmu...berkursus dan bermesyuarat menyebabkan ana rasa terlalu lama meninggalkan maktab. Paling menyentuh hati, ada anak didik yang mengutus surat meluahkan resah rasa hatinya. Jadi,dalam kesempatan yang ada, ana balas warkah tersebut.Ringkas,namun harapannya titipan ini menjadi penguat semangat untuknya.InsyaAllah.
Bismillahirrahmanirrahim…
La
hau lawala qu wata illa billah…
La
taqaf wala tahzan, Innallahhamaana…
Assalamua’laikum
wbth…
Khas
titipan tinta tanpa suara buat anak didik kesayangan cikgu,Munirah.
Apa
khabar hati dan imanmu tika ini?
Moga nur Ilahi dan hidayah-Nya menyinari taman
hatimu…J
Maaf
andai lewat cikgu mengutus surat ini. Apapun,jazakallahhukhair atas surat yang
Munirah beri pada cikgu.InsyaAllah,pintu bilik kaunseling ini dan pintu hati
cikgu sentiasa terbuka untuk mendengar luahan rasa hati Munirah.
Munirah
yang disayangi kerana kasih kurniaan daripada Allah SWT untuk kita semua,
Awak
bertuah miliki umi dan abah serta keluarga yang Allah pinjamkan buat awak
sekarang.
Hargai
mereka dan tunjukkanlah wajah paling ceria dan bahagia di hadapan mereka.
Semoga senyuman dari bibir itu bisa
merawat rawan dan duka dihatimu lantaran kelelahan diri Munirah menggalas
amanah di medan ilmu ini.
Munirah
yang istimewa,
Hargai
dan syukuri apa jua pengalaman dan detik usia yang kamu lalui. Usah berkeluh –kesah
atau kecewa. Pengalaman akan jadi guru terbaik dan masa akan jadi penawar bagi
orang yang sabar. Kuatkan pasak keyakinan dan cinta-Mu kepada Allah. Pasti Allah akan membimbingmu mengecap nikmat bahagia di dunia dan akhirat.
Munirah
yang tabah,
Allah
timpakan ujian kerana sayangkan hamba-Nya.
Allah
rindu mendengar suara kita merintih dan bermunajat pada-Nya,
Allah
suka mendengar lunak dan sayu suara kita
mengalunkan kalamullah dan zikrullah.
Allah
mahu tinggikan darjat dan martabat kita disisi-Nya.
Munirah,
Ayuh
bersama saling kita mendoakan. Sandarkan harapan dan impian hanya pada-Nya.Moga
Allah memberi kebahagiaan dan ganjaran terbaik disisi-Nya atas segala lara yang
kita tempuhi di dunia fana ini. Derita umi pasti terbayar.Moga itulah tiket
untuk umi Munirah melamar syurga dan
redha Allah.InsyaAllah.