Alhamdulillah.Kepenatan sepanjang dua minggu mencari calon yang sesuai dan layak hilang separuh saat kaki menjejak rumah pertama yang kami ziarahi. Nawaitu di hati diluruskan.
"Rabbi,terimalah langkah kami ini sebagai jihad di jalan-Mu.Kami di sini meneruskan tugas kekasih-Mu.Ziarah ini bersama ruh dakwah dan ukhuwah Islamiah.Kami bersaudara kerana rahmat kasih-Mu"
Rumah Pertama kami jejaki dengan suasana sepi menguasai hening pagi semalam. Kemudian, barulah ada bicara dan tangisan yang menginsafkan. Buat anak didik cikgu dan kita semua,TABAHLAH. Ujian dan kesusahan itu bukti kasih-Nya.
Rumah Kedua pula kami lawati dengan alunan irama kesedihan yang masih berbekas. Kehilangan orang tersayang membawa bersama segala impian dan kegembiraan. Hanya hati yang tabah dan rasa redha pada takdir ketentuan menjadi obor kekuatan. Anda semua kuat wahai anak -anak didik harapan ummah.
Rumah ketiga pula kami jejaki setelah memanjat puluhan anak tangga. Ketika itu,pijar mentari menyambut kedatangan kami. Panas yang membahang mengingatkan kami akan perjuangan Rasulullah SAW dan sahabat terdahulu yang banyak menempa kejayaan di bulan Ramadan.
Nasihat seorang ayah dan diiringi titisan air mata dari seorang anak puteri menggugah perasaan.
"Allah dah takdirkan pak cik jadi orang susah. Jadi, pesan pak cik untuk anak-anak belajarlah bersungguh-sungguh. Jangan jadi susah macam pak cik sebab tak da pelajaran"
dan ziarah siri pertama itu selesai jam 12.30 tengahari semalam. Jazakallahhukhairan khatheer kepada semua pihak yang memberi sokongan dan bantuan secara langsung dan membantu ana disaat diri kelelahan menggalas amanah ini. Salam penghargaan buat Kak Kiah yang menaja beras, Ustaz Lukman Anas yang berkonvoi bersama dua puterinya, Encik Zamri yang menjadi pemandu kami dan Kumpulan La Tahzan serta semua yang sudi menerima kunjungan Ziarah Kasih Ramadhan. Semoga rahmat,keberkatan,redha serta kasih-Nya mengiringi nafas kita sebagai hamba dan khalifah-Nya.Amin.
No comments:
Post a Comment