Alhamdulillah...syukur pada-Mu,Rabbi atas segala nikmat dan anugerah...
Tahniah buat semua anak didik cikgu dalam kumpulan La Tahzan. Kamu berjaya akhirmya hadir "on time" untuk siri ziarah kita yang kedua. Tak ada yang kena tinggal dan dengar leteran cikgu.:)...
Rumah Pertama.
Pengalaman yang baru.Mendebarkan. Ketibaan kami disambut dingin seorang ayah berusia 63 tahun. Seraut wajah yang telah dimamah usia tanpa secalit senyuman meresahkan kami. Tergagap-gagap Amar selaku ketua kumpulan berbahasa menerangkan kehadiran kami. Ana pula kelu seribu bahasa. Selesema dan demam yang di alami benar-benar membuatkan ana rasa penat dan hilang idea.
Akhirnya pak cik tersebut minta kami tunggu kepulangan isterinya dari masjid terdekat yang ketika itu mengadakan solat sunat tasbih. Subhanallah...tekun dan gigih mereka beribadah di bulan mulia ini.
Hampir sejam menanti. Masa kami terisi dengan bertanya latar belakang keluarga kepada si anak.
Tiba-tiba si ayah pulang.Tapi kali ini dengan raut wajah berbeza. Dia mula bercerita. Ada genangan air jernih di matanya. Dia bercerita dari lubuk hati seorang ayah yang terluka.
"Jaga maruah! jaga maruah!"
"Apabila duduk dekat antara lelaki dan perempuan, maka tersasarlah kamu dari landasan..."
"tolong kembali pada agama."
"tugas ibu bapa mendidik..selebihnya kamu perlu menjaga diri sendiri..."
Rumah Kedua.
Rumah pertama dan rumah kedua ini mereka berjiran. Kehadiran kami di sambut si kecil Ramadhan yang keletah. Sangat comel dan ceria anak kecil itu. Kami terhibur dan asyik tersenyum. Sapaan ramah si ayah dan layanan mesra si ibu serta kehadiran adik-beradiknya yang ramai begitu membahagiakan. Kami dapat rasakan aura kebahagiaan keluarga mereka biarpun hidup serba sederhana. :)...cuma kami tidak dibenarkan bertemu wajah dengan kakak kedua keluarga ini yang sakit.
Rumah Ketiga.
perjalanan ke daerah pekan dan hampir ke kawasan paloh inai agak meletihkan. bahang panas dan debu berterbangkan membawa kami jauh menerawang berfikir dan mentafsir...
Ya Allah...betapa hanya Engkau Yang Maha Tahu akan keadaan tiap hamba-Mu.
Tidak Kau ciptakan segala ini sia-sia.
Kami tiba saat terik mentari 35 darjah celcius. Ketibaan kami disambut baik si ibu. kami diberitahu yang salah seorang ahli keluarga tersebut ber ada di hospital kerana menghidap talasemia. Jadi,kami sepakat ke Hospital Pekan.
Ana terharu melihat keikhlasan anak didik ana. Fadhil sukarela meletakkan peserta kami yang bertubuh kecil itu di ribaannya. Manakala yang lain-lain pula duduk berhimpit dalam van maktab. Kami seramai 16 orang dalam van tengahari itu.
No comments:
Post a Comment