Bismillahirrahmanirrahim...
Lahaulawala quwatailla billah...
Tawakal pada-Mu Ya Allah...
Hanya Engkau Yang Maha Tahu apa jua yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Alhamdulillah atas segala anugerah dan nikmat,Ya Allah.
Hari ini 2 Februari 2012 bersamaan 9 Rabiulawal 1433 Hijrah.
Hari Khamis.
Wajah tenang Hazim dan Radzi ana pandang sekilas.Kedua-duanya adalah pimpinan tertinggi di maktab tempat ana memegang amanah. Mereka datang untuk berbincang dan bercerita.
Tiba -tiba Hazim bertanyakan tentang :
"Cikgu.mahu tak kalau cikgu diberi peluang untuk masa lalu diulang kembali?"
"Tak nak."Jawab ana sambil senyum.
"Cikgu dah tak sabar nak lalui masa depan.Nak jadi tua..."
"Kenapa cikgu?"tanya Hazim
"Sebab masa lalu memang tak dapat diulang lagi dan cabaran dulu cikgu dah tak nak lalui sekali lagi"
"Kenapa pulak awak nak masa lalu diulang?"
"Saya nak betulkan kesilapan,cikgu. Saya nak baiki semula masa lalu."
dan ini jawapan cikgu buat semua anak -anak didik yang disayangi.
Redhailah masa lalu dan terimalah hakikatnya dengan lapang dada. Waktu yang telah berlalu tidak dapat diundur kembali. Sebagai hamba Allah,usahakanlah baiki hari ini dan berazamlah untuk lebih baik untuk hari esok. Hari semalam yang suram dan kelam,terangi semula ia dengan taubat dan muhasabah.Ambil ikhtibar dan ibrah daripadanya. Allah Maha Pengampun. Dia selalu mahu kita membetulkan kesalahan dan membaiki kelemahan. Dosa yang membawa kita sedar akan kelemahan sebagai hamba moga membantu kita bangkit semula untuk mengenal makna taubat dan menghargai nikmat hidayah dari-Nya.Cikgu doakan kita semua terus tabah dan gigih melaksanakan amanah di fana dunia ini sebagai bekal untuk ke negeri sana.
Moga selamat kita tiba ke destinasi sana bersama bekal dan doa.
Amin Ya Rabbal A'lamin.
No comments:
Post a Comment