La haulawala quwatailla billah…
Hasbunallahhiwani’mal wakil…
Tawakkal a’lallah…
Ana cuba lazimi dan disiplinkan diri.Paling tidak mak di kampung dihubungi selang dua hari. Selaku anak ana cuba buat yang terbaik. Sungguh-sungguh mahu membahagiakan kedua insan paling penting dan amanah buat diri ana kini. Cukuplah 24 tahun mereka menyara ana. Kini, tahun ke-25, ana sambut amanah menjaga mereka.Moga Allah permudahkan dan berkati usaha ini.
Malam semalam, rindu yang bersarang di hati lunas sedikit saat sayu suara emak singgah ke telinga.
Khabar dari kampung ana dengar dengan sepenuh hati. Terasa mahu menitis air mata ini dek kerana peritnya menanggung rindu mahu menatap wajah mak dan lain-lain. Kata mak, ayah kurang sihat…tapi perkara itu tidaklah membimbangkan emak. Emak lebih bimbangkan ana yang sendirian di rantauan ini.
Mak, usahlah bimbang….
Itu jawapan ana walau hakikatnya sejak kebelakangan ini, tubuh terasa sakit-sakit dan badan selalu sahaja panas menjelang asar bawa ke malam. Di pejabat, ana sunguh-sungguh kuatkan diri…Selagi dapat bertahan, segala ujian di rantauan ini ana simpan kemas hanya disini..
InsyaAllah…Allah bersama menemani ana mak di rantauan ini….
SAYANG DAN RINDU MAK sangat-sangat….
No comments:
Post a Comment