Wednesday, September 1, 2010

Rukun Jual Beli

Suasana hening..para jemaah seakan-akan khusyuk berfikir. Semuanya diam membisu. Persoalan ustaz sebentar tadi juga singgah di fikiran ana.

Sebutkan pada ustaz rukun jual beli? pinta ustaz bersunguh-sungguh.

Ajaibnya, suasana tiba-tiba bertukar sepi sesepinya. Tiada langsung yang bersuara.

Ana turut terdiam seribu bahasa...
Rukun jual beli...macam pernah belajar, tapi dah lupa...

Allah... benar yang ilmu itu hanya ada di dalam buku, bukan di dalam amalan harian kehidupan sedangkan urusan belian dagangan ini satu keperluan.Boleh pulak terlupa rukunnya....Astagfirrullahhal a'zim...

Jadi, jom buat ulangkaji:

RUKUN JUAL BELI:

1. Ada penjual dan pembeli yang keduanya harus waras atau sihat akal fikirannya, atas kemahuan sendiri, dewasa/baligh dan tidak membazir@boros.

2. Ada barang atau perkhidmatan yang diperjualbelikan dan barang penukar seperti wang, dinar emas, dirham perak, barang atau perhidmatan lain.

3. Ada ijab qabul iaitu ucapan transaksi antara yang menjual dan yang membeli (penjual dan pembeli).

No comments: