Saturday, July 24, 2010

Bangun...Rapat2kan Bahu...luruskan Saff...


Allahhuakbar!
Itulah ayat rutin anak2 didik ana setiap pagi.Praktikal solat berjemaah sambil menghafal bacaan2 dalam solat berserta terjemahan maknanya.Masing2 yang lelakinya berebut nak jadi imam muda walaupun ada antara mereka yang tak hafal dan belum pandai pun cara solat.... Siap kena buat jadual giliran lagi.Apapun...tahniah...cikgu bahagia dan bersyukur lihat kemahuan kamu semua berlatih solat, walaupun ada beberapa orang sebelum ni mencipta pelbagai alasan mengelat.Tak nak solat.

Tapi setelah saban hari memujuk, akhirnya terbuka pintu hati kamu...Pujuk+rotan+nasihat+cerita tentang syurga dan macam2...

Duhai anak didik kesayangan cikgu, benih2 kecil harapan Islam, moga bahu2 kalian diluruskan demi memikul amanah mendaulatkan Islam...saff@ kalian sentiasa dirapatkan...kalian bersatu dalam perjuangan demi menggapai redha-Nya...amin...

No comments: