8 JUN 2010
Tiba ke teratak mak sekitar jam hampir ke angka 12 malam..hm, macam Cinderella pulak...Syukur alhamdulillah...semangat ana kembali pulih...letih di kem hilang tiba-tiba saat menatap wajah mak...
Tapi sisa sendu senja tadi masih ada. Sebak ana simpan kemas2 di dada...
Mak...insan tabah.
Mak yang mendidik ana jadi manusia yang punya ruh dakwah...
walau pun ana masih bertatih di laman dakwah ini, semangat mak jadi azimat.
Mak...
moga syurga untuk mak....
Mak sangat sabar....
Mak kah yang teruji atau ayahkah yang bertuah?
Punya isteri setabah mak...
dan ana kekal menjadi pendengar dan pemerhati paling setia di teratak mak...
Detik masa yang berlalu saat di teratak mak terasa lambat berlalu...
Mak....
kakakkah yang kurang sabar?
Kakakkah yang tidak tegar?
dan di teratak mak, mak tetap tenang hadapi ujian demi ujian kehidupan kerana mak menanti pengijazahan di taman firdausi....
Rabbi,moga mak menjadi tetamu kesayangan-Mu di jannah nanti....
Rabbi, moga hambalah anak pejuang yang menempa kunci jannah untuk mak dan ayah...
Amin...Ya Rabbal A'lamin....
1 comment:
Daripada Aisyah r.a,Nabi s.a.w bersabda: sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia jaga dan memeliharanya dengan baik nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.
subhanallah, mujahadah nafsu dalam mencapai 'pangkat' anak solehah bukan senang.. semoga Allah hadiahkan kita taufiq dan hidayahNya untuk menjadi puteri solehah dalam hidup emak abah kita.. amin ya rabbalalamin..
Post a Comment