Lahaulawala quwataillabillah...sekali lagi ana kembali ke medan perdebatan @ perbahasan. Tapi kini ana di kerusi guru pengiring. Sebetulnya, keputusan saat-saat akhir membantu para pelajar yang mewakili sekolah. Sesi latihan seadanya asbab keadaan kesihatan diri sendiri yang di uji..Maafkan cikgu kerana tak dapat 100 % bersama kalian. Hari Pertandingan, semuanya berjalan dengan baik hinggalah detik pengumuman keputusan. Usul "Sektor Pertanian Pemangkin Kecemerlangan Ekonomi Negara" diterima dewan. Pengumuman itu bermakna sekolah kami akan mara ke pusingan seterusnya.
Tapi,kami tidak bersedia mengisi kemenangan. Para pelajar tidak dimaklum awal untuk bersedia untuk menang. Mereka tidak bersedia mara ke pusingan seterusnya.Akhirnya, sekolah kami menarik diri.
Ikhtibarnya, dalam banyak perkara kita sepatutnya berfikir sebagai seorang juara. Kita wajar bersedia mengisi kemenangan dan mara ke mana-mana medan dengan paradigma seorang juara. Jangan sesekali mengaku kalah sebelum berundur. Tak rugi kita bersedia dan bersangka baik pada diri sendiri.
Dalam banyak hal yang perlu kita lalui dalam hidup, bersikap optimislah..yakinlah pada diri dan hargai setiap peluang. Akhir sekali setelah berusaha, tawakal dan redhalah dengan ketetapannya. Bukan soal kalah atau menang, tapi melalui hidup ini adalah soal kita mengisi kemenangan dan menghargai peluang. Hayyaalal fallah!
No comments:
Post a Comment