Pagi tadi ana terima emel dari sahabat yang sememangnya tekun dan bekerja sepenuh masa bagi gerak kerja Islam di utara tanah air. Terharu dan muhasabah seketika…Rindu pada tarbiyah dan kesibukan berprogram bersama mereka. Namun jarak, tanggungjawab dan pelbagai perkara memisahkan ana dari negeri kelahiran yang banyak mendidik ana erti kedewasaan dan tanggungjawab pada agama. Walaupun masih merangkak dan baru belajar berdiri di medan dakwah ini, ana tetap syukur kerana hadirnya peluang mengenal indahnya hidup di bawah naungan lembayung Islam…Subhanallah…
Sebentar tadi juga terbaca satu sajak yang bercerita tentang sekiranya tidak mampu jadi sesuatu yang hebat dan besar maknanya, maka jadilah sesuatu yang sesuai dengan kemampuan diri. Rasanya, itu pemujuk diri ana sendiri…dalam gerak kerja di sana, kalau pun bukan jati yang teguh, ana harap mampu menjadi bayu dingin yang mendamaikan dan mengalunkan irama semangat buat si pohon jati. Cukuplah ana hadir menyapa dan istiqamah hadir berziarah dan membantu setakat yang terdaya. Insya Allah…
No comments:
Post a Comment