Tuesday, October 16, 2012

Ya Allah,hamba menanti Ketentuan-Mu...

Bismillahirrahmanirrahim...
Lahaulawala quwatailla billah...Bismillahhitawakal tu a'lallah...
Subhanallah,Alhamdulillah,La ilahhaillallah...Allahhukahbar....


"Ya Allah,hamba menanti ketentuan dan pilihan dari-Mu...
Hamba telah usahakan.Borang berpindah telah diisi.Perancangan setelah berpindah telah dibuat...
Insya Allah dengan izin-Mu kelak hamba mahu pulang ke daerah utara."

Tahun 2013 (InsyaAllah)
- dapatkan lesen motor dan kereta
- beli motor untuk berulang alik Kedah-Perlis
    (kenderaan mampu milik secara tunai dan tidak perlu  berhutang)
- dapatkan lesen K.B dan P.A
- mohon sambung belajar Ijazah Sarjana Kaunseling di Universiti Utara Malaysia,UUM, Sintok
- berniaga  secara kecil-kecilan (ini sunnah Rasulullah SAW,nabi kesayangan ana)
- terus rangka modul
- terus mantapkan ilmu dengan persediaan berkongsi kepada masyarakat
- konsisten minat membaca dan menulis
- jaga hubungan dengan Allah;mantapkan amalan wajib,
    banyakkan amalan sunat: qiyamullail,solat sunat dhuha dan witir,bacaan Al-Quran,zikrullah...
- jaga hubungan dengan makhluk Allah : kebahagiaan dan keredhaan mak ayah prioriti utama.
  bantu pengajian adik-adik.kak teh,kak cik dan adik amar
-selalu dengar luahan hati abang Ee
-selalu bertanya khabar abang awang,tok, serta saudara mara yang lain
-untuk alam sekitar: amalkan kitar semula,guna semula,jimat cermat air dan tenaga dari sumber alam
- selalu bagi makan kucing  yang tidak bertuan (simpan budget sikit untuk beli stok makanan kucing)
- rajinkan diri berkebun dan menanam pokok
-  teruskan khidmat masyarakat : ziarah anak yatim,orang tua,ziarah hospital dan pusara


Tahun 2014 (InsyaAllah)
Teruskan impian dan harapan serta usaha di tahun 2013 tapi ada misi penting tahun ini.
paling lewat,bulan Jun 2014 penuhkan akaun tabung haji mak dan ayah. harap sangat dapat tunaikan impian mereka untuk ke tanah suci Mekah.Amin....

Alhamdulillah....730 hari di perantauan :)

Bismillahirrahmanirrahim...
Lahaulawala quwatailla billah...Bismillahhitawakal tu a'lallah...
Subhanallah,Alhamdulillah,La ilahhaillallah...Allahhukahbar....

Sujud syukur pada-Mu Rabbi atas segala anugerah...
Alhamdulillah, esok genap 730 hari ana meniti kembara sebagai perantau di daerah ini. Seorang anak kampung dari  Jalan Kuala Kedah,Alor Star,Kedah Darul Aman ke Jalan Tok Sira, Alor Akar, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Jarak ratusan kilometer ana rentas setiap kali panggilan rindu dan tanggungjawab seorang anak memanggil.

Alhamdulillah...terkenang bagaikan semalam ayah dan adik Amar temankan ana ke rumah warden di maktab ini. Kami tiba sekitar jam 7.30 pagi. Bersama dua beg troli besar ana dan ayah angkat masuk ke rumah pertamaku di daerah ini.

17 Oktober 2010 (Ahad)
Hari pertama ana tiba di sini. Bersama harapan,bersama impian,bersama janji dari Tuhan Yang Maha Menentukan. Hanya Allah SWT sebagai sandaran. Tiada saudara atas talian darah dan ahli keluarga. Segalanya berserah pada takdir yang dipilihkan.Jawapan istiharah lewat sujud ana.

"Ya Allah,dimana jua tempat yang terbaik untuk urusan dunia dan akhirat hamba-Mu ini,jadikanlah tawarannya datang paling awal..."

dan tawaran daripada MARA menyusul lewat panggilan telefon.

Itu kisah 730 hari lepas.

dan esok,17 Oktober 2012 ana doa dan harapkan....

"Ya Allah,anugerahkan hamba-Mu in hati yang paling lunak...
Ikhlas menggalas amanah,
tabah menempuh mehnah,
tegar melawan fitnah....

Ya Allah,anugerahkan hamba kekuatan iman,
untuk hamba teruskan tugas menyampaikan,
untuk hamba tabah menegakkan hukum syariatullah yang digalaskan...."

Amin, ya Rabbal A'lamin...

Friday, September 7, 2012

Ambil Tahu Tentang Diri Kita...

Bismillahhirrahmanirrahim...
Subhanallah...Alhamdulillahh....Allahhuakhbar!
Lahaulawala quwatailla billah...

Jumaat yang penuh hikmah.Banyak perkongsian yang  ana kutip dari kembara melaksanakan tugas dan amanah di sini. Sejak pagi kunjungan pelajar tidak putus-putus. Bilik kaunseling terasa sempit. Suara mereka memecah hening suasana. Rata-rata berkongsi rasa dan cerita.

Rasa takut dan kebimbangan menghadapi hari-hari muka. Rasa resah memikirkan nasib saat melangkah alam dewasa. Rasa keliru untuk melakar wacana memilih kerjaya. Rasa separa kecewa dan lelah berhadap ujian dan musim periksa.

Ana tatap wajah mereka dalam-dalam. Ana senyum dan mereka juga sambut dengan senyuman. Hati berdoa memohon ilham. Hati juga mencari bait kata terbaik untuk membantu mereka. Memberi pujukan dan membina rasa lebih tenang dan selesa. Ana jawab persoalan dengan persoalan. Natijahnya,mereka katakan pada ana mereka tidak tahu.

Ana terus berkonfrantasi. Ambil tahu tentang diri anda. Ambil masa untuk fikirkan dan cuba fahami diri sendiri. Cuba fikirkan apa yang anda mahukan?Cuba bayangkan bagaimana kehidupan di hari-hari mendatang. InsyaAllah,Allah anugerahkan kepada kita hak untuk merancang. Allah izinkan kita merangka impian dan merencana usaha segigih-gigihnya. Jangan hanya menunggu. Peluang perlu dicari.Kejayaan dan kecemerlangan bukan terjadi secara alami. Perkara itu semua perlu dimulakan dalam diri dan direalisasikan dalam kehidupan realiti.

Ambil masa.Tulis dan lakarkan impian anda.Sesekali saat diri terasa jauh dari impian dan cita-cita yang murni,pulanglah  kembali kepada diri. Ambil tahu,hargai dan sayangi diri. Dan paling utama jalinkan hubungan hati dengan Allahhu rabbi....Kerana dalam tiap rasa yang hadir dihati,pastikan ingatan pada Ilahi mengiringi...

Monday, August 27, 2012

9 Syawal 1433 Hijrah

Bismillahhirrahmanirrahim....
Subhanallah...alhamdulillah...allahhuakhbar!
Tawakal pada-Mu,Ya Allah...

Alhamdulillah...perjalanan Ramadhan dan permulaan syawal yang ana rasakan sangat panjang. Sarat dengan tarbiyah dan ujian.Terasa kering air mata untuk menangis lagi....Apapun, ana syukuri ujian ini. Kesusahan dan penanggungan hati ini bukti Allah mahu ana terus merintih dan merayu pada-Nya. Ya Allah,tabahkan hati hamba-Mu....

Hari ini ana dah tiba di Kuantan.Kembali menyambung tugas dan amanah. Berikan hamba kekuatan,Ya Allah...ikhlaskan hamba...

Hari ini juga ana baru terima kad raya daripada My Lovely Housemate. I really appriciated it! Thanks a lot Farhana Mohd.

Tuesday, August 7, 2012

Tarbiyah Ramadhan : Tentera Bubuk

Bismillahirrahmanirrahim...
Lahaulawala quwa ta illa billah...
Tawakkal pada-Mu,Rabbi..

Ya Allah,
tabahkan kami ...ikhlaskan kami...
ribuan mungkin tentera bubuk yang bersarang dalam beras yang kami beli benar-benar menduga secicip iman di hati. Kesabaran terasa kian menipis. Bubuk-bubuk hitam yang menyakitkan mata kelihatan di mana-mana.

Ya Allah,
ampuni kelalaian dan kesilapan kami...
ampunkan keterlanjuran kata atau niat kami yang mungkin bersalut dosa...
bantu kami memeranginya.kami hanya mahu berikan yang terbaik untuk mereka:amanah di jalan dakwah.sedekah terindah bersulam rahmah dan mahabbah.bantu kami,Ya Allah...mohon dengan sangat.

Ya Allah,
redhakan kami.kami yakin, insya Allah... banyak hikmah yang Kau titipkan.cuma kami belum mengerti.

Tuesday, July 10, 2012

Warkah Buat Anak Didik Ana

Subhanallah...
Alhamdulillah,
Allahhu akhbar!
Lapan hari kembara menuntut ilmu...berkursus dan bermesyuarat menyebabkan ana rasa terlalu lama meninggalkan maktab. Paling menyentuh hati, ada anak didik yang mengutus surat meluahkan resah rasa hatinya. Jadi,dalam kesempatan yang ada, ana balas warkah tersebut.Ringkas,namun harapannya titipan ini menjadi penguat semangat untuknya.InsyaAllah.

Bismillahirrahmanirrahim…
La hau lawala qu wata illa billah…
La taqaf wala tahzan, Innallahhamaana…
Assalamua’laikum wbth…
Khas titipan tinta tanpa suara buat anak didik kesayangan cikgu,Munirah.
Apa khabar hati dan imanmu tika ini?
Moga  nur Ilahi dan hidayah-Nya menyinari taman hatimu…J

Maaf andai lewat cikgu mengutus surat ini. Apapun,jazakallahhukhair atas surat yang Munirah beri pada cikgu.InsyaAllah,pintu bilik kaunseling ini dan pintu hati cikgu sentiasa terbuka untuk mendengar luahan rasa hati  Munirah.

Munirah yang disayangi kerana kasih kurniaan daripada Allah SWT untuk kita semua,
Awak bertuah miliki umi dan abah serta keluarga yang Allah pinjamkan buat awak sekarang.
Hargai mereka dan tunjukkanlah wajah paling ceria dan bahagia di hadapan mereka. Semoga senyuman dari  bibir itu bisa merawat rawan dan duka dihatimu lantaran kelelahan diri Munirah menggalas amanah di medan ilmu ini.

Munirah yang istimewa,
Hargai dan syukuri apa jua pengalaman dan detik usia yang kamu lalui. Usah berkeluh –kesah atau kecewa. Pengalaman akan jadi guru terbaik dan masa akan jadi penawar bagi orang yang sabar. Kuatkan pasak keyakinan dan cinta-Mu kepada Allah. Pasti  Allah akan membimbingmu  mengecap nikmat bahagia di dunia dan akhirat.

Munirah yang tabah,
Allah timpakan ujian kerana sayangkan hamba-Nya.
Allah rindu mendengar suara kita merintih dan bermunajat pada-Nya,
Allah suka mendengar lunak dan sayu  suara kita mengalunkan kalamullah dan zikrullah.
Allah mahu tinggikan darjat dan martabat kita disisi-Nya.

Munirah,
Ayuh bersama saling kita mendoakan. Sandarkan harapan dan impian hanya pada-Nya.Moga Allah memberi kebahagiaan dan ganjaran terbaik disisi-Nya atas segala lara yang kita tempuhi di dunia fana ini. Derita umi pasti terbayar.Moga itulah tiket untuk  umi Munirah melamar syurga dan redha Allah.InsyaAllah.

Wednesday, May 9, 2012

Bahasa Kasih Ayah

Bismillahhirrahmanirrahim...
Ya Allah,Ya Fattah hu Ya A'lim...
Ya Alllah...Syukur atas segala anugerah dan cinta..
Syukur atas kefahaman yang Kau kurniakan...Alhamdulillah..

9 Disember 2011.
Ana selamat tiba ke teratak kecil kami.
Jam 4.00 pagi.
Mata tak dapat dilelapkan.Jadi ana melangkah turun untuk berwuduk. Tiba-tiba ada 3 ekor katak pelbagai saiz di bilik air. Ana kaget.Terkejut dan terasa sukar untuk bernafas.

Ayah yang kebetulan terjaga kejutkan mak. Mak urutkan bahu dan belakang. Cuba tenangkan ana. Ana akui. Fobia pada katak memang agak mengganggu.

Keesokkannya ayah tangkap katak2 tersebut dan pergi buang jauh2..:)hu..hu..

Ayah memang tidak pernah langsung melafazkan kata sayang kepada anak-anaknya.Mungkin itulah bahasa kasih ayah. "LOVE  IS NOT A WORDS,LOVE IS A VERB"

Jazakallahhukhairan Katheer Semua!

Alhamdulillah...sujud syukur pada-Mu,Rabbi atas segala anugerah dan cinta...
Minggu ini minggu ana menerima hadiah.Terharu  atas  ingatan dan keikhlasan kalian. Moga hadiah yang diberikan dibalas dengan ganjaran terbaik dari sisi Ilahi.Amin.

"Cikgu,keropok dari Kelantan.Ambillah cikgu"hulur anak didik ana ketika ana ziarah pelajar demam di bilik G50.Terima kasih.

"Cikgu,hadiah untuk Hari Guru.Saya beli di Pekan Temerloh hari tu",kata Radzi setelah lebih sejam menunggu ana menyelesaikan sesi kaunseling individu dengan seorang pelajar yang lain. Sempat terlelaplah kiranya dia.
Alhamdulillah.moga Allah berkati usaha dan kebaikan kamu. Terima kasih untuk sehelai kain tudung berwarna peach.

"Untuk Wani,dari Ana dengan Kak IFa,Ana punya yang warna merah tu, Kak IFa pula yang strawberi warna hijau".tutur housemate ana sambil dua biji bantal @ teddy strawberi dari Cameron Hingland.
Subhanallah.moga Allah beri ganjaran terbaik atas hadiah kalian berdua.

"Wani...strawberi."hulur counselor partner ana di Unit Kaunseling ni. Alhamdulillah.Terima kasih.

"Wani..Wani!"Panggil Kak Ah' sambil tangannya melambai-lambai. Ana percepatkan langkah ke biliknya.
"Teh perisa oren  untuk Wani.Kak Ah' pun dia bagi jugak",beritahu Kak Ah'. Ana terima seadanya. Alhamdulillah.

"Awak beli apa untuk cikgu?"soal ana kepada dua anak didik yang berjaya membawa projek kertas dari lalang ke Geneva,Switzerland.
"Mahallah,cikgu"ucap mereka hampir serentak...
"Tak pa,cikgu gurau saja.paling penting awak dah berjaya,selamat pergi dan selamat pulang semula ke sini.  Pengalaman dan ilmu yang kamu dapat tu lagi mahal."ujar ana berlapang dada.
Tiba-tiba dalam kesibukan ana melayan kunjungan SK  Balok,Sya hulurkan sesuatu.
"Untuk cikgu."Subhanallah...terharunya.Benda yang memang ana minat. Magnet bergambar dari Geneva. Ana tidak sedar sejak bila,tapi setahu ana setelah adanya peti sejuk ana sendiri,ana gemar mengumpul pelekat magnet  bergambar dan yang sesaudara dengannya.Cantik dan best bila tengok,lepas tu imbas semula kenangan dari mana asalnya magnet-magnet bergambar yang ada.:)

Thursday, April 12, 2012

Saat Diri Ini Kelelahan....

Bismillahhirrahmanirrahim...
Subhanallah...Alhamdulillahh....Allahhuakhbar!
Lahaulawala quwatailla billah...

Allah...hanya pada-Mu sebagai sebaik-baik sandaran.Ampuni kekasaran dan sikap tidak sabar hamba dalam melayani karenah hamba-Mu yang lain. Kesabaran ini setipis kulit bawang,malah mungkin lebih nipis.

Allah...ikhlaskan kami dalam gerak kerja dakwah di jalan-Mu.Menyeru manusia kembali pada-Mu...Pilihlah kami sebagai jundi-Mu...moga keletihan dan kelelahan kami bukan kerana lain melainkan kerana dambakan cinta dan redha kasih-Mu....

Ya Allah,pilihkan dan rezekikan kami sebagai syuhada' disisi-Mu...mohon dengan sangat,Ya Allah...Amin,Ya Rabbal A'lamin...

Air Mata Palestin




Saat ana kelelahan,kalian adalah pembakar semangat dan sumber inspirasi buat diri ana.Moga Allah tabahkan kita walaupun berada di lapangan tempat yang berbeza. Salam kasih dan kiriman doa buat kalian semua saudara-saudara seIslam yang amat ana cintai kerana Allah SWT.

Monday, March 19, 2012

Saya Mahu Pulang...

Bismillahirrahmanirrahim...
Lahaulawala quwatailla billah....

"Saya mahu pulang"itulah dialog anak didik ana yang diiringi linangan air mata dan sedu sedan.Tangan digenggam erat.Bukti menahan perasaan dan beban di jiwa.

"Saya tidak suka tinggal di sini. Saya tidak dapat sesuaikan diri."ulas mereka tanpa diminta. Ana layan rintihan hati mereka.Hujah demi hujah dan bait kata mereka mencari alasan ana dengar. Sesekali ana persoalkan semula.

Jika benar kamu mahu pulang ke tempat asal.ke tempat yang pernah kamu lalui dulu,silakan. Cuma sebelum itu,berfikirlah sejenak dan bertindaklah.

Dalam membuat keputusan,letakkan kehendak Allah di hadapan.Fahami takdir Allah. Carilah hikmah di tempat kamu menetap kini.Bukan asyik mengenang memori dan menjalin harapan pada hari lalu yang tidak mungkin di ulang lagi.

Yakinlah. Allah Maha Tahu akan kemampuan diri-Mu.Apa jua yang berlaku itu pastilah atas kehendak-Nya. Kita punya usaha,Allah pula Maha Kuasa. Usaha kita juga terjadi dengan rahmat pertolongan-Nya.

Anak didik cikgu.Benar, kita mahu pulang. Semua kita akan pulang kepada-Nya,bukan pulang mengulangi hari- hari usia pinjaman Ilahi yang berlalu pergi...

Jika mahu pulang,pulanglah sebagai syuhadak kebangaan makhluk di langit dan kebahagiaan makhluk di bumi lantaran pernah memiliki anak pejuang yang mati di jalan deen Ilahi...

Allah...Allah...hu Ya Allah....
Allah...Allah...hu Ya Allah....
Allah...Allah...hu Ya Allah....

Ziarah Menyubur Ukhuwah Menjalin Mahabbah

Bismillahhirrahmanirrahim....
Subhanallah...Alhamdulillah,Allahhuakhbar!

Terima kasih dan salam penghargaan buat mak yang memahami dan mengizinkan kakak bertemu dengan sahabat-sahabat dan bercuti di rantauan.

Terima kasih buat semua sahabat2 yang sudi menerima ziarah ana dan mengisi kembara ukhuwah sepanjang musim cuti sekolah yang lepas.

Allah...benar janji-Mu,dalam kelelahan kembara dan ziarah itu,Kau hadiahkan kemanisan ukhuwah dan ketenangan menjalinkan mahabbah bersama sahabat,teman dan saudara seakidah yang Kau anugerahkan.

Ya Allah,moga Kau temukan semula kami dalam redha dan rahmat kasih-Mu.
Amin,Ya Rabbal A'lamin...

Wakil Izrail

Bismillahirrahmanirrahim...
Lahaulawala quwatailla billah....
Inna lillahhi wainna ilai hira ji un'...

Bilik kaunseling sepi.Hanya bunyi jarum jam berdetik dan bunyi desiran penyaman udara menemani ana petang ini.

Tiba-tiba terbang seekor nyamuk.Refleksinya kedua tangan anugerah Allah ini ana angkat.

Zapppp!Tamparan mengena.Nyamuk yang tadinya bebas terbang,hampir lenyek di telapak tangan ana. Inna lillahhi wainna ilai hira ji un'... Ada malaikat maut yang datang menjenguk. Izrail yang bertanggungjawab mengambil nyawa nyamuk itu dan seluruh makhluk.

Allah...tangan dan pergerakan ana hanyalah asbab dan wakil.....

Thursday, March 1, 2012

Ina,Wani Rindu...

Bismillahirrahmanirrahim...
Subhanallah,Alhamdulillah,Allahhuakhbar!

Assalamua'laikum wbth...

Ina....wani rindukan ina...rindu saat dulu-dulu...bercerita,keluar pergi taa'lim sama-sama...keluar "dating"...:)rindu nak berkongsi cerita dan rasa.

Jazakallahhukhair atas semuanya...keprihatinan,masa,nasihat dan peniup semangat dan kekuatan saat diri ini kelelahan berenang dalam samudera ujian. Terima kasih,Ina.Wani amat hargainya.Moga Allah berkati dan permudahkan segala urusan Ina.Gembira membaca tulisan Ina. Coretan itu menjadi penawar rindu...:)

Monday, February 27, 2012

Cerita Mak...

Subhanallah...
Dalam banyak-banyak cerita mak, ana tertarik untuk kongsikan tentang keikhlasan hati seorang teman dan jiran kami. Mak Lang Yah namanya. Orangnya sangat tabah.

Suatu petang,diterataknya yang sederhana...

"Kak Yah puasa ke hari ni?"tanya mak.
"Ya,Jamilah. Kak Yah puasa nazar sebab Anuar Ibrahim dibebaskan dan terlepas dari tuduhan."jawab Mak Lang.

"Subhanallah!Terima kasih Kak Yah.Selalu berpuasa sambil doakan kebaikan untuk orang lain.Dulu, waktu Jamilah sembuh dari sakit pun Kak Yah puasa.Moga Allah beri keberkatan dan pahala terbaik untuk Kak Yah"cerita mak mengulangi dialognya bersama Mak Lang Yah.

Allah...malu rasanya.Kadang-kadang dalam kesibukan terlupa tentang perkara sedemikian.Alangkah mulianya hati seorang mak cik yang sanggup berpuasa nazar untuk kebaikan pimpinan dan sahabat-sahabatnya.Kita????....
Jom muhasabah dan baiki diri:)

13 Jam Kembara Cinta...

Bismillahirrahmanirrahim...
Subhanallah...Alhamdulillah...Allahhuakhbar!
Lahaulawala quwatailla billah...
Ya Allah,hanya pada-Mu hamba berserah dan bertawakkal...

Alhamdulillah..hujung minggu yang amat bermakna.Terisi dengan sebuah kembara cinta.

Kembara cinta seorang anak yang mendamba redha Allah SWT dengan jalan meraih redha kedua ibu bapanya. InsyaAllah.kembara 13 jam pergi dan 13 jam perjalanan balik semula dari Kuantan ke Kuala Kedah ana isi dengan muhasabah dan mengenang janji Allah.

Ana anak yang serba tidak sempurna.Masih belum mampu memberikan yang terbaik buat kedua ibu dan bapa. Namun,kesempatan yang ada walaupun terlalu singkat ana isi dengan ziarah keduanya.

"Jauh perjalanan tu..tak sanggup aku"keluh seorang teman yang juga tinggal di utara ibu bapanya.

"Ya...perjalanan tu memang jauh dan memenatkan.Tapi harapannya moga penat tu cepat hilang dan pahala berbuat baik kepada mak ayah itu kekal sampai ke syurga"luah ana dari hati untuk membina kekuatan juga sebenarnya. Memujuk hati sendiri agar terus kuat dan istiqamah.Ziarah ibu dan ayah. Berbakti kepada mereka.

Buat mak dan ayah,
InsyaAllah...kakak cuba jadi anak yang terbaik.Kakak cuba sampaikan dan tunaikan semua hasrat mak dan ayah dengan izin Allah SWT...doakan kakak.:)

Thursday, February 9, 2012

Kita Milik Mutlak Allah...

Lahaulawala quwatailla billah...
kita milik mutlak Allah SWT...
Kita milik-Nya.Apa jua yang ada hanya pinjaman.
Berita salah seorang rakan kepada pelajar ana yang baru disahkan hilang ingatan akibat kepalanya terkena bola semasa bermain futsal ana sambut dengan lafaz innalillahhiwainna ilaihirajiun'...

Ya Allah...tabahkan hati-hati mereka yang diuji...
Kurniakan jua rasa redha dan syukur buat kami atas apa jua yang Kau beri pinjam ini.

Nasinya Tumpah...



Bismillahhirrahmanirrahim....
Alhamdulillah....
Allahhuakhbar!!!!...
Syukur pada-Mu,Rabbi atas segala anugerah dan nikmat serta ujian jua ketabahan hati yang Kau kurniakan...

Ana menapak ke surau. MISRA MRSM Kuantan edisi 2012 bermula di sana. Dewan digunakan untuk program lain.Dalam perjalanan,ana lihat sebungkus penuh nasi tertumpah di lantai. Nasi lemak beserta lauk telur mata lembu. Nasinya sahaja.Ana yakin,pembeli yang tiada rezekinya untuk makan nasi tersebut dahpun buangkan plastik pembungkusnya.Takut warden mengamuk tengok makanan bersepah gitu.

Tiba-tiba ada burung yang popular dipanggil burung cak-cak sejak ana kecil,datang mematuk nasi itu satu persatu.Subhanallah....rezeki burung rupanya. Dan alhamdulillah, si pembeli nasi tadi dapat pahala percuma. Walaupun mungkin dia ralat dan sedih,nasinya tumpah,tapi Allah SWT mahu berikan dia pahala.

Ya Allah...betapa Maha Pemurahnya Allah SWT...biar dalam apa jua keadaan,tetap Maha Penyayang buat segenap hamba dan makhluk-Nya....

Thursday, February 2, 2012

Ustaz Azhar Idrus feat Ustaz Don Daniyal

Masa Berulang Kembali

Bismillahirrahmanirrahim...
Lahaulawala quwatailla billah...
Tawakal pada-Mu Ya Allah...
Hanya Engkau Yang Maha Tahu apa jua yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Alhamdulillah atas segala anugerah dan nikmat,Ya Allah.

Hari ini 2 Februari 2012 bersamaan 9 Rabiulawal 1433 Hijrah.
Hari Khamis.

Wajah tenang Hazim dan Radzi ana pandang sekilas.Kedua-duanya adalah pimpinan tertinggi di maktab tempat ana memegang amanah. Mereka datang untuk berbincang dan bercerita.

Tiba -tiba Hazim bertanyakan tentang :

"Cikgu.mahu tak kalau cikgu diberi peluang untuk masa lalu diulang kembali?"

"Tak nak."Jawab ana sambil senyum.

"Cikgu dah tak sabar nak lalui masa depan.Nak jadi tua..."

"Kenapa cikgu?"tanya Hazim

"Sebab masa lalu memang tak dapat diulang lagi dan cabaran dulu cikgu dah tak nak lalui sekali lagi"
"Kenapa pulak awak nak masa lalu diulang?"

"Saya nak betulkan kesilapan,cikgu. Saya nak baiki semula masa lalu."

dan ini jawapan cikgu buat semua anak -anak didik yang disayangi.

Redhailah masa lalu dan terimalah hakikatnya dengan lapang dada. Waktu yang telah berlalu tidak dapat diundur kembali. Sebagai hamba Allah,usahakanlah baiki hari ini dan berazamlah untuk lebih baik untuk hari esok. Hari semalam yang suram dan kelam,terangi semula ia dengan taubat dan muhasabah.Ambil ikhtibar dan ibrah daripadanya. Allah Maha Pengampun. Dia selalu mahu kita membetulkan kesalahan dan membaiki kelemahan. Dosa yang membawa kita sedar akan kelemahan sebagai hamba moga membantu kita bangkit semula untuk mengenal makna taubat dan menghargai nikmat hidayah dari-Nya.Cikgu doakan kita semua terus tabah dan gigih melaksanakan amanah di fana dunia ini sebagai bekal untuk ke negeri sana.

Moga selamat kita tiba ke destinasi sana bersama bekal dan doa.
Amin Ya Rabbal A'lamin.

Wednesday, February 1, 2012

"Pillow Talk "

Bismillahirrahmanirrahim...
Lahaulawala quwatailla billah...
Subhanallah...alhamdulillah...allahhuakhbar!

Syukur alhamdulillah.Masih bernafas kita semua hingga ke saat ini. Sedar tak sedar Januari 2012 telah melambai pergi.Biarpun terasa begitu lambat putaran waktu,Januari telahpun berlalu.

Tahun ini tetap menjanjikan kesibukan yang luar biasa. Dan kesibukan itu bagai racun yang melumpuhkan sistem yang ada. Ana terpana dan kaku rasanya hinggakan saat sebelum mata terlelap semalam ana tetap ada amanah dakwah untuk dilaksana.

Ya Allah...
kuatkan hamba-Mu...
bantu hamba menjaga iman dan akhlak diri ini Ya Allah...

Lantaran kesibukan dan kekangan masa, housemate ana hanya sempat bercakap sebelum matanya terlelap. Dan alangkah sedihnya saat ana kehilangan kata -kata nasihat untuk dirinya dan diri ana sendiri. Akhirnya hanya sedu - sedan dan air mata menjadi temannya bercakap semalam. Ana tak mampu.Ana tak cukup tegar untuk berkata-kata. Ana tak mampu fahamkan dia. Ya,ana bukan manusia sempurna ....ada kelemahan,ada saatnya ana kelelahan yang amat sangat...

Sekiranya ana mampu semalam ana mahu katakan :

1.Tidak perlu kita bersedih tentang hal dunia kerana nasib kita di negeri akhirat lebih utama.
2.Jadilah hamba Allah yang paling tenang dan redha.Sabar dengan ujian dan resah andai
hidupnya jauh dari rahmat Allah SWT Yang Maha Menciptakan.
3.Jagalah akhlak dan perlakuan kita.Biarlah orang lain berbuat jahat pada kita,tetapi kita jangan
jadi jahat macam mereka.
4.Tak mahu lagi mengata dan menyebut kelemahan.kekurangan dan keaiban orang. Kita juga
lemah,ada salah dan silap.
5.Jomlah berubah.Bantulah ana menjaga iman dan amal kebaikan.Ingatkan ana saat ana
kealpaan dan dibelenggu godaan nafsu dan syaitan.
6.Jangan jemu dan berharap hal keduniaan sebab ana bukan golongan demikian kerana ana
mahu ikuti jejak Rasullullah dan sahabat-sahabat pilihan yang amat zuhud dan sederhana
dalam kehidupan.

Maaf andai ana tak mampu menjadi teman atau kawan seperti yang diharapkan. Cumanya persaudaraan akidah yang ada dan perintah Allah SWT akan tetap ana pertahankan dalam perjalanan kita sebelum mata terlelap buat selamanya.

Monday, January 30, 2012

Janji...

Ana akan terus gagah,
Tabah berlari,
Biar rebah beribu kali...
Ana bangkit,
dari suram kisah semalam,
dari perit derita mencengkam,
dari kesusahan yang membenihkan azam....
Ana bertatih,
Menyantuni mereka yang membiarkan ana disisih,
Ikhlas melayani bersama redha dan kasih,
Kerana di pentas ini ana harus gigih,
Belajar berlari sebelum masanya habis...