Tuesday, July 10, 2012

Warkah Buat Anak Didik Ana

Subhanallah...
Alhamdulillah,
Allahhu akhbar!
Lapan hari kembara menuntut ilmu...berkursus dan bermesyuarat menyebabkan ana rasa terlalu lama meninggalkan maktab. Paling menyentuh hati, ada anak didik yang mengutus surat meluahkan resah rasa hatinya. Jadi,dalam kesempatan yang ada, ana balas warkah tersebut.Ringkas,namun harapannya titipan ini menjadi penguat semangat untuknya.InsyaAllah.

Bismillahirrahmanirrahim…
La hau lawala qu wata illa billah…
La taqaf wala tahzan, Innallahhamaana…
Assalamua’laikum wbth…
Khas titipan tinta tanpa suara buat anak didik kesayangan cikgu,Munirah.
Apa khabar hati dan imanmu tika ini?
Moga  nur Ilahi dan hidayah-Nya menyinari taman hatimu…J

Maaf andai lewat cikgu mengutus surat ini. Apapun,jazakallahhukhair atas surat yang Munirah beri pada cikgu.InsyaAllah,pintu bilik kaunseling ini dan pintu hati cikgu sentiasa terbuka untuk mendengar luahan rasa hati  Munirah.

Munirah yang disayangi kerana kasih kurniaan daripada Allah SWT untuk kita semua,
Awak bertuah miliki umi dan abah serta keluarga yang Allah pinjamkan buat awak sekarang.
Hargai mereka dan tunjukkanlah wajah paling ceria dan bahagia di hadapan mereka. Semoga senyuman dari  bibir itu bisa merawat rawan dan duka dihatimu lantaran kelelahan diri Munirah menggalas amanah di medan ilmu ini.

Munirah yang istimewa,
Hargai dan syukuri apa jua pengalaman dan detik usia yang kamu lalui. Usah berkeluh –kesah atau kecewa. Pengalaman akan jadi guru terbaik dan masa akan jadi penawar bagi orang yang sabar. Kuatkan pasak keyakinan dan cinta-Mu kepada Allah. Pasti  Allah akan membimbingmu  mengecap nikmat bahagia di dunia dan akhirat.

Munirah yang tabah,
Allah timpakan ujian kerana sayangkan hamba-Nya.
Allah rindu mendengar suara kita merintih dan bermunajat pada-Nya,
Allah suka mendengar lunak dan sayu  suara kita mengalunkan kalamullah dan zikrullah.
Allah mahu tinggikan darjat dan martabat kita disisi-Nya.

Munirah,
Ayuh bersama saling kita mendoakan. Sandarkan harapan dan impian hanya pada-Nya.Moga Allah memberi kebahagiaan dan ganjaran terbaik disisi-Nya atas segala lara yang kita tempuhi di dunia fana ini. Derita umi pasti terbayar.Moga itulah tiket untuk  umi Munirah melamar syurga dan redha Allah.InsyaAllah.