Tuesday, October 11, 2011

Cadangan Tajuk Forum Remaja 2011

InsyaAllah,petang ini MIGHTY akan bermula. Dalam Slot Professional Chat akan diadakan forum dari remaja untuk remaja. Berikut tajuk yang dirancang:

1. ANAK JALANAN : TANGGUNGJAWAB SIAPA? (SOSIAL)

2. CINTA REMAJA : KEPERLUAN ATAU KEHENDAK? (SOSIAL)

3. AL FATEH : MODEL REMAJA CEMERLANG (FIKRAH)

4. PEMBEBASAN PALESTIN: APA PERANAN KITA? (FIKRAH)

5. RINTIHAN SOMALIA (ANTARABANGSA)

6. WANG SAKU (EKONOMI)

7. KERANA BOLA ITU BULAT (SUKAN)

8. FILEM KITA : WAJAH KITA (HIBURAN)


1

Cinta Itu Subur Kembali

Bismillahhirrahmanirrahim...
Subhanallah...
Alhamdulillah...
La ilahhaillallah...
Allahhuakhbar!

Sujud syukur pada-Mu,Rabbi atas segala anugerah dan cinta.
Pagi yang tenang. Terlihat oleh sepasang mata anugerah Allah ini wajah bening putera-puteri ana yang bakal berjihad di medan peperiksaan PMR.

Tiba-tiba Ustaz Azli memanggil ana.

"Wani,19,20,21 November cuti sekolah nanti ada misi dakwah di Kudat, Sabah...nak ikut tak?"
"InsyaAllah...boleh."jawab ana spontan tanpa berfikir panjang.

Dan sepanjang hari semalam hati ana terasa riang. Gembira dengan seruan misi yang ada. Betapa ana sangat rindukan diri dan kesungguhan yang dulu. Turun ke lapangan masyarakat. Meladeni ummah yang masih dahagakan perhatian dan sentuhan kasih sayang daripada saudara seakidah.

InsyaAllah,nantikan kehadiran kami wahai saudara-saudara seakidah. Moga bertemu dan berpisah kita kerana Allah...

dan jauh di laman hati, ana dapat rasakan pohonan cinta yang layu lantaran kesibukan tugas dalam profesion ini subur kembali. Ya,cinta ana di jalan dakwah subur kembali! Allahhu akhbar!

"Ya Allah,ikhlaskan kami dijalan-Mu,redhakan dan bimbing kami bersama lembayung rahmat dan kasih sayang-Mu...moga cinta kami ini membawa kekuatan untuk kami mencintai-Mu,mencintai insan-insan yang mencintai-Mu dan mencintai perkara yang akan menambahkan lagi cinta kami kepada-Mu.amin...Ya Mujib..."

Cikgu, Hafizah?

Soalan dari Zahin adalah soalan yang kedua ana terima bulan ini.

Allah...itulah impian....menjadi insan yang dpilih Allah untuk menghafaz surah-surah cinta istimewa dari-Nya.

“Belum lagi....”jawab ana sambil tersenyum.

”InsyaAllah...masih merangkak untuk akrab dengan kalam Allah itu...”

”Cikgu bukan belajar dalam aliran agama.”

”Cikgu universiti mana dulu?”

”UPM,bidang pengajian biasa.”

”Awak minat bidang apa, Zahin?”

”Perubatan...biomedik...pakar ......”dan suaranya kurang jelas di bawa angin laut yang bertiup kencang...”

”InsyaAllah,cikgu doakan kamu cemerlang.”

”Cikgu, maafkan saya.Terima kasih dan doakan semua. Saya...kawan-kawan di semua MRSM...”

”InsyaAllah, kita sama-sama doa dan lakukan yang terbaik dalam seluruh aspek kehidupan kita. Bukan sekadar di peringkat MRSM, tetapi doa serta usaha untuk kepentingan umat Islam di seluruh dunia. ”

”Kamu anak muda harapan ummah...insya Allah.

Zahin, Hariz dan Arif,jaga diri,jaga iman,jaga akhlak....teruskan istiqamah laksanakan tugas dakwah ini. Kalian permata harapan Islam”

Tentang usaha menjadi ”hafizah” itu, andai ana belum berjaya. Legasi itu harapannya diteruskan oleh anak-anak didik putera puteri kesayangan ana dan anak-anak soleh dan solehah ana kelak.Insya Allah.

Perbualan berlaku di Pantai Rantau Abang, setelah selesai sesi bergambar Kem PRS

MRSM Zon Timur.

8 Oktober 2011.

Hm…Ana Belum Ada Lesen Memandu.

Bismillahhirrahmanirrahim…

Subhanallah,

Alhamdulillah,

La ilahhaillallah,

Allahhuakhbar!

Syukur pada-Mu Rabbi atas segala anugerah dan nikmat yang dikurniakan.

Syukur atas sebuah kemanisan ukhuwah dan indahnya takdir pertemuan dengan saudara-saudara seakidah,saudara seIslam. Alhamdulillah.

6 hingga 8 Oktober 2011 (Khamis hingga Jumaat)

Awang’s Beach Resort , Rantau Abang, Dungun, Terengganu Darul Iman.

Pertemuan itu mengumpulkan guru-guru bimbingan dan kaunseling dari 10 MRSM yang terletak di Zon Timur. Rasa lucu pula apabila difikirkan ana yang berhijrah dari utara ke negeri Timur ini. Satu perkara yang tak pernah terlintas difikiran.

Namun, inilah lumrah kehidupan. Hijrah,perantauan dan pengorbanan akan lebih cepat mengajar kita erti kehidupan sebelum pulang ke negeri abadi.

Hm...masing-masing kebanyakkannya datang bersama keluarga.

Kak Zah bersama Mujib yang comel dan Najiha yang pintar membawa diri.

Kak Bee pulak bersama Ustaznya dan tiga orang mujahid kecil.

Kak Suria bersama suami dan Si Erika yang ceria. Senyum sokmo bayi kecil itu.

En Zunaidi bersama isteri dan anak kecilnya.

Intan pula bersama permata dari syurga yang belum menjengah dunia. Berseri-seri wajah Intan walau dalam keletihan melalui pengalaman hamil kali pertama.

Nakman pula bersama isteri, Kak Ina yang statusnya sama seperti Intan. Jadi, kem kali ini ana dikelilingi para ibu, bayi dan anak-anak kecil…Nurul pula tengah berdebar menanti hari bahagianya, 20.11.2011 nanti.

Subhanallah…ana hanya mampu tersenyum dan tumpang gembira melihat kebahagiaan dan keletah mereka.

Turut hadir bersama Kak La yang komited dan istimewa. Anak tersayang dan suami yang tercinta ditinggal- tinggalkan lantaran tuntutan tugas. Abang Lie sebagai penyelaras, Kak Ina, Kak Zie dan kawannya, Cikgu Yunus, Fauzi dan Myazman selaku kem komandan.

Jadi, apabila berkumpul begini. Status diri ana dan rakan-rakan yang bujang pasti dipersoalkan. Ana hadam persoalan tersebut dengan jawapan yang sebaiknya.

“InsyaAllah…”

“Hanya Allah Yang Maha Tahu…”

”Akak tolong doakan ya…”jawab ana bersama senyuman.

Lantas dalam perjalanan pulang tadi ana terfikir.

Kalaulah boleh dianalogikan,

Perkahwinan umpama sebuah kederaan menuju destinasi yang diimpikan yakni keredhaan,rahmat kasih sayang dan cinta Allah SWT. Untuk sampai dengan baik ke destinasi tersebut, kenderaan terbaik sangatlah penting.. Namun, kenderaan tidak akan mampu dikendalikan tanpa kemahiran memandu dan ”lesen” yang sah di sisi undang-undang. Jadi, andai belum ada ”lesen”membawa kenderaan, pastilah belum lagi Allah pertemukan dengan kenderaan yang sesuai .”....

Jadi,jalannya berusaha baiki diri dan tambah ilmu serta kemahiran untuk dapat ”lesen memandu.”Soal kenderaan itu,akan ada apabila tiba masanya. Andai tiada lagi nafas di dunia moga ada yang menanti di akhirat sana.Amin....