Friday, August 26, 2011

Lantera Rindu

Bismillah...Ya Rahman...Ya Rahim...
Malam tadi ana benar-benar disapa sayu dan pilu...
Sebak... dan air mata turun mencurah-curah...
hening malam 26 Ramadhan itu menghantar ana ke daerah rindu...
Rindu yang rencam...

ana rindu akan pertemuan dengan-Mu, Rabbi.
Tapi hamba malu dan alangkah sedikitnya bekal untuk dibawa pulang.

ana rindu rasulullah saw.dan andai baginda ada di sisi,terlalu banyak perkara yang ana mahu adu dan tanyakan..:(...

ana rindukan taufik dan hidayah dari Allah untuk ana dan insan-insan yang ana sayang...

ana rindukan abang jasmi yang dulu...
ana benar-benar rindu suara abang yang syahdu laungkan azan memecah bening senja kampung kita...
ana rindu nak dengar suara abang bertakbir raya di belakang imam...
abang....kembalilah...kembalilah abang yang dulu...

ana rindukan ketulusan waktu kecil dulu...
ana rindu nak bermanja dengan arwah tok wan...tok wan cha dan arwah tok wan mat.moga kalian tenang dan bersama ruh para hamba yang diredhai dan dirahmati Allah...

ana rindukan diri yang iffah dan bersangka baik dengan Allah...

ana rindukan diri yang tekun dan ikhlas dalam ibadah...

Ya Allah..ubatilah rindu ini...dan andai air mata ini adalah lantera rindu yang benar,izinkan hamba terus menangis....

Allah.......................Allah........................Allah............................

Besar Sangatlah Tudung Awak...



Bismillah...Subhanallah,Alhamdulillah, Allahhuakbar!
La haulawala quwatailla billah...

"Besar sangatlah tudung awak"komen seorang yang berstatus ustazah pada ana suatu hari.

Ana senyum. Pipi terasa panas menahan malu di hadapan guru-guru yang lain. Saiz tudung ana dipertikai. Hati beristighfar.Kepala ligat memikir mencari ilham terbaik membela syariat. arahan Allah dalam surah an-nuur dan surah al-ahzab jadi kekuatan.

"Ustazah,kita tadabbur surah an-nuur dan surah al-ahzab ya jika saya tak salah...andai salah,betulkan. "ana bertutur lembut.

"Lagipun tudung ni membantu saya untuk solat dalam perjalanan dan di mana-mana. Saya suka berjalan dan tak bawa telekung. Jadi, bila nak solat., tudung ni,jilbab ni jadi telekung. Alhamdulillah senang. Allah bagi kemudahan. Islam tak menyusahkan."jelas ana.

Ustazah tersebut tersenyum sambil pegang dan membelek-belek jenis kain tudung ana.

"Kainnya memang tebal sikit ustazah. Bimbang kalau nipis jarang dan tak syarie. Saya banyak kelemahan ustazah...tapi kalau dalam hal bertudung ini Allah beri rezeki dan kekuatan. Saya ikut semampunya...InsyaAllah'
jelas ana sambil disambut beliau..

"Oh...ooooooo"
:)pesanan ana buat diri dan teman-teman muslimah, teguhkanlah diri menjaga tudung labuh kita.
Biar ada yang mempertikai,kita tabahkan hati menegakkan syariat. Memang kita ada banyak kelemahan,tapi jika Allah dah beri hidayah untuk kita menutup aurat sepenuhnya dengan tudung besar dan labuh. Pertahankahlah!Moga Allah memberkati...ameen...

Monday, August 22, 2011

Ziarah Kasih Ramadhan II

Alhamdulillah...syukur pada-Mu,Rabbi atas segala nikmat dan anugerah...
Tahniah buat semua anak didik cikgu dalam kumpulan La Tahzan. Kamu berjaya akhirmya hadir "on time" untuk siri ziarah kita yang kedua. Tak ada yang kena tinggal dan dengar leteran cikgu.:)...

Rumah Pertama.
Pengalaman yang baru.Mendebarkan. Ketibaan kami disambut dingin seorang ayah berusia 63 tahun. Seraut wajah yang telah dimamah usia tanpa secalit senyuman meresahkan kami. Tergagap-gagap Amar selaku ketua kumpulan berbahasa menerangkan kehadiran kami. Ana pula kelu seribu bahasa. Selesema dan demam yang di alami benar-benar membuatkan ana rasa penat dan hilang idea.

Akhirnya pak cik tersebut minta kami tunggu kepulangan isterinya dari masjid terdekat yang ketika itu mengadakan solat sunat tasbih. Subhanallah...tekun dan gigih mereka beribadah di bulan mulia ini.

Hampir sejam menanti. Masa kami terisi dengan bertanya latar belakang keluarga kepada si anak.

Tiba-tiba si ayah pulang.Tapi kali ini dengan raut wajah berbeza. Dia mula bercerita. Ada genangan air jernih di matanya. Dia bercerita dari lubuk hati seorang ayah yang terluka.

"Jaga maruah! jaga maruah!"
"Apabila duduk dekat antara lelaki dan perempuan, maka tersasarlah kamu dari landasan..."
"tolong kembali pada agama."
"tugas ibu bapa mendidik..selebihnya kamu perlu menjaga diri sendiri..."

Rumah Kedua.
Rumah pertama dan rumah kedua ini mereka berjiran. Kehadiran kami di sambut si kecil Ramadhan yang keletah. Sangat comel dan ceria anak kecil itu. Kami terhibur dan asyik tersenyum. Sapaan ramah si ayah dan layanan mesra si ibu serta kehadiran adik-beradiknya yang ramai begitu membahagiakan. Kami dapat rasakan aura kebahagiaan keluarga mereka biarpun hidup serba sederhana. :)...cuma kami tidak dibenarkan bertemu wajah dengan kakak kedua keluarga ini yang sakit.

Rumah Ketiga.
perjalanan ke daerah pekan dan hampir ke kawasan paloh inai agak meletihkan. bahang panas dan debu berterbangkan membawa kami jauh menerawang berfikir dan mentafsir...

Ya Allah...betapa hanya Engkau Yang Maha Tahu akan keadaan tiap hamba-Mu.
Tidak Kau ciptakan segala ini sia-sia.

Kami tiba saat terik mentari 35 darjah celcius. Ketibaan kami disambut baik si ibu. kami diberitahu yang salah seorang ahli keluarga tersebut ber ada di hospital kerana menghidap talasemia. Jadi,kami sepakat ke Hospital Pekan.

Ana terharu melihat keikhlasan anak didik ana. Fadhil sukarela meletakkan peserta kami yang bertubuh kecil itu di ribaannya. Manakala yang lain-lain pula duduk berhimpit dalam van maktab. Kami seramai 16 orang dalam van tengahari itu.

Thursday, August 18, 2011

Ziarah Kasih Ramadhan 1432H

Alhamdulillah.Kepenatan sepanjang dua minggu mencari calon yang sesuai dan layak hilang separuh saat kaki menjejak rumah pertama yang kami ziarahi. Nawaitu di hati diluruskan.

"Rabbi,terimalah langkah kami ini sebagai jihad di jalan-Mu.Kami di sini meneruskan tugas kekasih-Mu.Ziarah ini bersama ruh dakwah dan ukhuwah Islamiah.Kami bersaudara kerana rahmat kasih-Mu"

Rumah Pertama kami jejaki dengan suasana sepi menguasai hening pagi semalam. Kemudian, barulah ada bicara dan tangisan yang menginsafkan. Buat anak didik cikgu dan kita semua,TABAHLAH. Ujian dan kesusahan itu bukti kasih-Nya.

Rumah Kedua pula kami lawati dengan alunan irama kesedihan yang masih berbekas. Kehilangan orang tersayang membawa bersama segala impian dan kegembiraan. Hanya hati yang tabah dan rasa redha pada takdir ketentuan menjadi obor kekuatan. Anda semua kuat wahai anak -anak didik harapan ummah.

Rumah ketiga pula kami jejaki setelah memanjat puluhan anak tangga. Ketika itu,pijar mentari menyambut kedatangan kami. Panas yang membahang mengingatkan kami akan perjuangan Rasulullah SAW dan sahabat terdahulu yang banyak menempa kejayaan di bulan Ramadan.

Nasihat seorang ayah dan diiringi titisan air mata dari seorang anak puteri menggugah perasaan.
"Allah dah takdirkan pak cik jadi orang susah. Jadi, pesan pak cik untuk anak-anak belajarlah bersungguh-sungguh. Jangan jadi susah macam pak cik sebab tak da pelajaran"

dan ziarah siri pertama itu selesai jam 12.30 tengahari semalam. Jazakallahhukhairan khatheer kepada semua pihak yang memberi sokongan dan bantuan secara langsung dan membantu ana disaat diri kelelahan menggalas amanah ini. Salam penghargaan buat Kak Kiah yang menaja beras, Ustaz Lukman Anas yang berkonvoi bersama dua puterinya, Encik Zamri yang menjadi pemandu kami dan Kumpulan La Tahzan serta semua yang sudi menerima kunjungan Ziarah Kasih Ramadhan. Semoga rahmat,keberkatan,redha serta kasih-Nya mengiringi nafas kita sebagai hamba dan khalifah-Nya.Amin.

Tuesday, August 9, 2011

Mangkuk Yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut...


Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu.


Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).


Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".


Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".'


Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yangtak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Awak Tak Perlu Makan...

Daya fikir dan hati beristigfar.Astagfirrullahhal a'zim...
Nafsu yang masih liar ini merenggus.
Hati yang cuma ada sekelumit iman merintih. Ada air mata yang bergenang.
Sinis amat dialog itu.
"Awak tak perlu makan...awak kan tengah berjimat cermat..."
"awak kan berjimat...makan sahaja apa yang ada.."kata-kata itu tajam menusuk gegendang telinga dan sampai ke pangkal hati sambil ana lihat yang bercakap enak menjamah makanan tajaan Barat itu.

Ana tunduk. Memujuk sekeping hati dan teringatkan pesan serta suruhan Ilahi.Dunia ini ujian. Dia yang bercakap adalah ujian buat ana.

Sememangnya ana berjimat tentang makan. Tidak mahu membazir atau bermewah. Makan sekadarnya untuk ibadah. Bukan untuk bermewah apalagi bermegah. Jadi,maaf andai ana memang tidak mahu di ajak semudah-mudahnya menjamu selera secara berlebihan di restoran-restoran mahal.

Kerana dalam rezeki dan pendapatan yang ada,ada lagi hak mereka yang memerlukan dan dalam kesempitan.
Andai dengan harga RM5 ana dah mampu hilang lapar dan dahaga,kenapa nak dibazirkan RM35 ke RM55 untuk satu perut sahaja.

Saat ini,teringat kisah kezuhudan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Salam Al - Farisy misalnya.

Kezuhudan Salman Al-FarisyAbu Nu'aim mengeluarkan dari Athiyah bin Amir, dia berkata,
"Aku pernah melihat Salman Al-Farisy ra. menolak makanan yang dihulurkankan kepadanya, lalu dia berkata, "Tidak, tldak. Kerena aku pemah mendengar Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,'Sesungguhnya orang yang lebih sering kenyang di dunia akan lebih lama laparnya di akhirat. Wahai Salman, dunia ini hanyalah penjara orang Mukmin dan syurga orang kafir'.Di dalam Al-Hilyah, 1/198, Bahagian terakhir dari hadits di atas, "Dunia ini hanyalah penjara orang Mukmin", merupakan riwayat Muslim.

dan saat ini ada titisan air yang panas mengalir pipi ana. Rabbi...ampuni kami kerana berlebihan-lebihan dalam urusan kami..berkati apa yang kami makan dan minum agar hati kami tetap lunak berpaut pada
cinta-Mu,tidak kalah dihenyak nafsu...ameen...

Bekal Seorang Dai'e

Bismillah...Ya Rahman,Ya Rahim...
bantu kami Ya Muhaimin....
Titipan tinta yang pernah ana tulis dalam suatu majlis ilmu....
Bekal seorang dai'e :
1.Keikhlasan
2.Kesederhanaan
3.Kesungguhan
4.Kepedulian dan keprihatinan
5.Kejujuran
6.Fikirkan ummat

Ringkas...namun payah untuk dicari sebagai bekal melaksanakan amanah di medan ummah ini.

Monday, August 1, 2011

Yang Bernama Remaja

1.Mahu dilayan sebagai orang dewasa dan mahu meniru cara hidup orang dewasa walaupun belum masanya untuk mereka.
2.Mahu dicintai dan mencintai.
3. Mahukan masanya tidak terluang. Jika ada ruang kosong pastilah dia akan hanyut dalam angan dan tipuan fantasinya.
4.Perlu tahu tujuan dan matlamat hidupnya usia remaja itu tidak sia-sia.

Hak Kepada Otak

1. Makanan manis yang berkhasiat seperti madu.
2. Kurma atau kismis
3.Badam
4. Memikirkan kekeagungan ciptaan Allah dan mengingati Allah.

Otak Kanan

Individu yang dominan dan sering menggunakan otak kanan lazimnya :
- kidal
-kuat merajuk / emosional
- suka dipuji / menarik perhatian
- daya imaginasi tinggi
- sukakan perkara seni

Halaqah Kami

Alhamdulillah, senja menjelang 1 Ramadan semalam benar-benar bermakna. Kami duduk bersama dalam halaqah membaca Al-Quran...syukur atas kesempatan dan hidayah yang dianugerahkan oleh Allah...

Rabbi,terimalah amal kami...
Redhakan kami dan berkati hidup kami di dunia dan di akhirat...
ameen...

Kami itu merujuk kepada Farhana Mohd dan juga Kak Hanifa Maosin:)

Rindu Ramadan....

Subhanallah,alhamdulillah...
setelah hampir setahun menanti, tetamu yang mulia itu tiba lagi.
Ramadan...26 tahun lalu,bulan mulia ini menyaksikan ana lahir ke dunia fana ini ketika azan maghrib 1406 Hijrah berkumandang. Hening senja itu ana menangis buat kali pertama. Dan hingga hari ini ana bahagia andai sepasang mata ini tetap mahu menangis...menangis atas dosa dan kealpaan, menangis kerana mengubat bara rindu akan sebuah pertemuan kerana perjalanan menuju pertemuan itu terlalu banyak dugaan...

Rabbi...pertemuan dengan-Mu itu satu kerinduan...
moga ramadan ini melerai sejuta rindu dalam sendu tangis dan pengabdian seorang hamba mengumpul bekal sebelum pulang menemui-Mu...