Monday, February 14, 2011

Lantera Rindu....

Salam ke atasmu duhai kekasih Allah...
Ya Rasulullah...
kiranya saat ini engkau ada di sisi kami....
alangkah malunya kami dengan keadaan kami ini....

Ya Rasulullah...
dalam kedhaifan dan serba kekurangan kami,
kami cuba telusuri jalan dakwah yang telah engkau mulai....

Ya Rasulullah...
moga rahmat darimu memayungi,
syafaat darimu menanti kami....

Ya Rasulullah,
sahutlah salam rindu kami,
dalam alunan selawat dan juraian air mata,
kerana lantera rindu kami kekal mekar di dalam jiwa...