Tuesday, October 26, 2010

Hari Kelima Sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling...

Allahhuakhbar...
Lahaulawala quwatailla billah...
Sejujurnya ana masih tercari-cari rentak dan momentum untuk meladeni jalan dan medan ini.
Tiba-tiba terasa kosong dan tak bermaya untuk memulakan kerja hari ini.

Tubuh masih terasa sakit. Teringat peristiwa pagi Jumaat lepas. Tidak semena-mena sekujur tubuh rasa terhalang untuk bergerak ke depan. Natijahnya, kaki tergelincir dan ana hilang keseimbangan. Sekujur tubuh jatuh mencecah lantai.

Allah...
Ana mengerang kesakitan.Peritnya tulang belakang dan pinggang hanya Allah yang tahu. Rasanya mahu tercerai pinggang dari badan...Ana pejamkan mata dan gagahi untuk bangun.
Ana khabarkan pada Kak Azani tentang kemalangan dalam rumah yang terjadi...
dan sejak itu tubuh ini benar-benar rasa kurang sihat...

Kafarah dosa-dosa..itu kata rakan-rakan dan ana akui kebenarannya...Moga terampun dosa,kelalaian dan kealpaan diri.

Dan hari ini di pejabat pun ana rasa kurang enak. Rasa serba tak kena...
Ada sesi kaunseling kelompok, ada konsultasi dengan guru mata pelajaran, ada bimbingan pelajar bagi program SPC,tengah semak laporan-laporan program terdahulu...dan paling memeningkan..ada yang mahu menumpangkan drum, gitar dan alat-alat lain yang sesaudara dengannya di bilik ini...

Mungkin..... dalam keserabutan suasana ini ana agak serabut jugak sebab medical check-up belum selesai, surat terima jawatan belum disahkan pesuruhjaya sumpah, beberapa dokumen belum difotostat.

Allah....berilah hamba jalan keluar Ya Rabb..tenangkan hamba...

Wednesday, October 20, 2010

Hari Ketiga....

Tawakkal pada-Mu,Rabbi..
Tabahkan hamba dalam berusaha..istiqamah...(^^)
Perlahan-lahan dan seboleh-bolehnya ana mahu pantas dan tangkas membaca situasi dan suasana di sini. Berusaha sedaya upaya menyampaikan dan memberi yang terbaik...

Bantu hamba, Rabbi...
Berikan hamba ilham dari sisi-Mu...

Perkara yang cuba ana istiqamahkan bersama pelajar di sini...

1. Solat Jemaah dengan mereka sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak
2. Makan bersama
3. Ziarah kamar
4. Morning call
5. Update maklumat terkini peluang biasiswa dan tempat sambung belajar
6. follow up keperluan semasa maktab
7. sediakan bahan-bahan edaran@publisiti untuk motivasi dan peringatan bersama.

Monday, October 18, 2010

Iftitah...

Subhanallah...
Alhamdulillah...
Lahaulawala quwatailla billah...
Tawakkal pada-Mu, Rabbi..

Syukur atas segala nikmat dan kurnia-Mu...
Ayah dan Amar dah bertolak balik ke Kedah pagi ni...
Morning call..
Ana diminta kenalkan diri...
Apa khabar semua?
Alhamdulillah, saya sihat luar biasa baik...

Trademark pengenalan...:)

Allah...
Sesungguhnya segala yang baik itu dari anugerah dan kurnia-Mu...
Terima kasih buat semua yang mencorakkan warna ceria di hari permulaan ana bergelar guru bimbingan dan kaunseling ini. 18.10.2010 .
Barakallahhufik...

Tuesday, October 5, 2010

Tangisan di rumah-MU....

Allah....
Aduhai hati...
susahnya nak menjaga segumpal darah ini...
akal kadang kala kalah...
jasad pula hanya mengikut tanpa bertingkah....
Ana memang benar-benar rindukan solat jemaah...
Ana sebagai makmum...Ana tak cukup tegar @ layak menjadi imam...

Lalu, diri yang agak degil ini nekad. Telekung dilipat kemas. Ana meredah kegelapan malam...
Terasa syahdu. Ada bayu ketenangan yang berziarah walau hati berdebar kencang.

Hati yang nekad tadi tidak putus -putus berdoa...

"Selamatkan perjalanan hamba, Rabbi..."
"Hamba terlalu rindukan -Mu"
"Hamba mahu menziarahi rumah-Mu"
"Hamba mahu mengadu pada-Mu"
"Hamba mahu menangis sepuas-puasnya di rumah-Mu "
"Hati yang degil ini hanya selalu akur dengan panggilan iman di rumah-MU..."
"Hamba mahu berdamping dan dekat pada-Mu"
"Hamba mahu hidup dan mati dalam redha-Mu"

Tiba-tiba ada langkah yang berderap di belakang ana. Berderau darah ana.

Hati kembali berdoa.

"Ampunkan hamba Rabbi.."
"Selamatkan hamba dari fitnah atau niat buruk hamba-Mu"
"Moga diri hamba tidak terlihat dalam pandangan mereka"

Ana perlahankan langkah. Biar dia mendahului. Ada kelibat lelaki bergamis dan berserban...seorang pak cik. Dia juga menuju ke arah yang sama. Surau Al - Firdaus.
Ana menghela nafas lega.

Sebaik sahaja tiba, hanya ada seorang jemaah wanita. Ana cepat-cepat bertelekung dan takbir di angkat...

Allah.....laju ja air mata ini menitis.
Tak mampu lagi di sekat. Ana cuba tumpukan sepenuh perhatian pada tiap yang dibaca..
dan ana masih menangis lagi....

"Rabbi...
Izinkan tangisan yang Kau anugerahkan ini, membasuh dosa dan noda hamba...
Izinkan tangisan ini melebur karat mazmumah di dada...
Izinkan tangisan ini menjadi arca cinta seorang hamba..
Izinkan tangisan ini menjadi penguat mujahadah sebelum hamba pulang ke alam baqa...
Izinkan tangisan ini mengadu segalanya...."

Sekalung Penghargaan....

Alhamdulillah....syukurlillah...

Diberi ruang masa dan kesempatan...

Ana pandang handphone yang banyak berjasa, tapi dah pun semakin uzur akhir-akhir ni...

Lalu ana taipkan mesej berikut....

Salam wbth, moga tenang dan bahagia serta dikurniakan kekuatan iman dalam melaksanakan amanah dan kewajipan.Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan salam penghargaan atas segala jasa,pertolongan dan doa sepanjang ukhuwah yang terbina.insyaAllah, 9 Oktober nanti (hari konvokesyen) saya dan rakan-rakan. Jika berkelapangan, silalah datang ke upm J...

Apapun,mohon doa dan sokongan semua agar kita istiqamah dalam kebaikan..sekian,terima kasih (^_^)

Lalu, ana tekan butang sending options dan memilih send to many...

Ana sendkan pada semua VVIP in my life yang bukan berkonvo bersama nanti...maknanya sahabat-sahabat yang sama - sama naik ke pentas tak dapatlah mesej ni...

Walau apapun salam penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih buat semua.Sepanjang empat tahun yang cukup bermakna kalian hadir mengisi bilah waktu yang ada. Kalian menjadi teman dan pelengkap jiwa dalam melalui denai kedewasaan. Terima kasih semua dan di doakan segala kebaikan itu mendapat ganjaran terbaik dari sisi Allah SWT...ameen...

Dan ini antara mesej yang ana terima dan sangat berkesan di jiwa selain ucapan tahniah dan terima kasih atas jemputan...

· doa agar terus berjaya dalam apa jua urusan kebaikan.

· Orang berjuang sering menangis lemah disisi Allah SWT, tetapi Allah SWT kuatkan dia di sisi manusia. Berjuanglah kerana Allah, berbahagialah hati walaupun payah, kerana itulah jalan ke Jannah.

· Peringatan tentang keadaan diri yang telahpun memegang suatu amanah...Ilmu yang ada adalah amanah dan perlu digunakan untuk menyampaikan kebenaran.

InsyaAllah...

BoBo...

Allahhuakbar!

Seharian malah bawa ke malam ana dan Mak Su berada di tadika. Kerja-kerja menyiapkan hidangan bagi rumah terbuka bukan mudah rupanya...Jujurnya inilah pengalaman pertama membuat sekian banyak kerja-kerja rumah,masak-memasak...Penat sangat rupanya..

Jam di Seri Kembangan ni dah pun berinjak ke angka 11.00 malam..InsyaAllah, kerja-kerja hampir siap.Akhir sekali ana jinjing plastik sampah ke luar..

Subhanallah....

Comelnya dia...KUCING yang selalu lepak di kawasan tadika ana. BOBO ana namakan dia...tak tahulah kenapa, tapi ana bahagia dan senang ja nak panggil dia BOBO...:)

MasyaAllah...

Matanya tepat merenung ana.

Bobo, lapar ? tanya ana..

Ops,lupa..dia kucing...mana boleh cakap.Mujur dia tak jawab cakap ana..Kalau tidak, alamat sesaklah nafas; terkejut..he2...)

Kesian...Allah Yang Maha Pemurah kurniakan rasa kasihan yang membuak-buak di hati ini. Allah...sayu dan kesian sungguh merenung matanya...Bobo tak leh cakap.Tapi dia bertuah jadi kucing.Tak da amanah. Tak da taklifan. Tak da dosa paling utama.

Mak su, Bobo lapar..ada makanan tak?

Bila dia bagitahu? Hai dah faham bahasa kucing ke?

Dak cek...rasa-rasa dan teka ja..Bobo tengok Mak Lang penuh harapan..nak makanan.

Lalu, seketul ayam yang sebahagiannya di jamah Mak Su ana beri pada Bobo...

Dia menggonggong ayam tersebut dan hilang di sebalik kepekatan malam.

Allah..itu rezeki Bobo malam ni..

Syukur Ya Allah diberi peluang menjadi wasilah @ penyampai rezeki kepada makhluk-Mu..tak dapat nak bersedekah dengan manusia..harapannya membantu haiwan ini dikira sebagai amal jariah...ameen..

Hm, sebenarnya kucing dan haiwan ni pun selalu berdoa kepada Allah.

Pernah dikisahkan seorang a’bid pernah terlantar sakit disebabkan doa seekor burung dan dia disembuhkan dengan izin Allah lantaran doa seekor ibu kucing.

Pengajarannya; jom rajin-rajinlah bersedekah samada kepada manusia atau haiwan.

Jangan membazir,terutamanya makanan dan masa (umur) sebab membazir amalan syaitan.

Berlakulah ihsan kepada semua makhluk Allah yang baik dan tidak mengundang mudarat. Mereka ada hak dan rezekinya di bumi ini..

Sekian, kita jumpa lagi Bobo..Selamat beramal.