Tuesday, April 27, 2010

Petang Menjengah Senja Semalam...

Relief kelas. PJK. Pelajar lelaki. Hujan renyai2.Padang lembab. Tapi cikgu tak kisah..redah ja..tapi betul2 lupa yang bahaya kalau cuaca macam tu. Mujur tak da petir atau kilat..Nau'zubillah..Syukur semua anak didik cikgu selamat bermain dengan riangnya. Sesekali bola sepak kamu dirampas dek abang senior yang main ragbi. Mereka semua seksi2 belaka. Cikgu pelik.Tak kanlah sekolah ni tak da etika pakaian waktu kamu bersukan.Loceng penamat berbunyi. 6.20 ptg. Cepat2 ketua tingkatan kamu jerit ajak kamu ke surau. Solat Asar berjemaah.

Cikgu nekad. Hujung padang tu cikgu jejaki dalam hujan renyai. Terasa berat langkah ni. Abang2 senior ragbi kamu tu pandang semacam. Gugup jugak cikgu. Tapi ini tanggunjawab cikgu.Menegur dan mengingatkan selagi mampu.

Salam cikgu beri pada mereka. Kata2 maaf cikgu mulakan dan minta izin untuk cikgu ambil sedikit masa latihan mereka.

Cikgu : kamu nak tahu tak satu benda? ttg siapa org yg plg macho?
Pelajar : Sape cikgu?
Cikgu : Ha, lelaki yang paling handsome, macho , adalah lelaki yang pandai pakai pakaian
tutup aurat.
: Mana batas aurat kamu sbg lelaki?
Pelajar : Pusat hingga lutut cikgu..
Cikgu : Bagus, pandai pun..cikgu yakin kamu ni baik2 belaka. cuma tersilap hari ni
tak macho sebab tak tutup aurat.
Pelajar : betul2..cikgu..sambil senyum beruang, senyum kambing dll.
Cikgu : ni dah solat asar, belum? kalau kamu tutup aurat, ada wuduk kat padang ni pun boleh
solat..tanah ni bukan kotor pun..
Pelajar : Ye lah..kau ni pun..kita pun asalnya dari tanah..
Cikgu : bagus kamu..leh jadi imam baca khutbah. ajak kawan2 kamu pegi solat..All the best
untuk game kamu..ingat, orang macho and handsome pandai tutup aurat.
: cari sponsor tau untuk beli seluar baru..
pelajar : k, cikgu..

salam diberi..cikgu atur langkah pulang ke bilik kaunseling. dari kejauhan terdengar jeritan abang-abang senior kamu..cikgu! jalan baik2..

Untuk semua pelajar yang cikgu sayangi..cikgu sayang kamu. sebab tu cikgu tegur kamu..Harapannya di akhirat kelak di depan Allah, kamu tak salahkan cikgu berdiam diri biarkan kamu buat silap. Jom kita saling berpesan dan tegur-menegur untuk kebaikan..Salam mujahadah buat semua pelajar kesayangan cikgu (",)

Monday, April 26, 2010

Ziarah oleh Anak Didik Ana...

Petang yang dingin. Hujan lebat yang turun mencurah bagai turut sama bersedih dengan diri ana yang sedang berperang dengan pelbagai rasa yang singgah di jiwa. Sesekali, biarlah air mata ini dingin mengalir di pipi. Tanda dhaifnya diri seorang hamba kerdil yang sering lalai dan leka..Tulisan daripada iluvislam ana baca sambil air mata dibiar mengalir. Terasa sayu dan pilu mencengkam kamar hati...Mungkin banyak perkara yang dipendam. Bukan tidak mahu berkongsi, cuma bimbang diri sendiri yang kurang atau tidak cukup mengadu dengan AllahSWT ...

Ya Rabbi...hamba redha dengan ujian-Mu...sabarkan hamba.Tabahkan hamba..Hamba akan terus melaksanakan amanah yang Kau beri..hamba lakukan semuanya bukan kerana manusia. Tapi kerana izin dan rahmat-Mu..Bantu hamba untuk ikhlas, Ya Rabb..mengasihi tanpa syarat, mencintai tanpa pinta balasan,menghormati tanpa mengharap penghargaan dan berbakti tanpa membuat perkiraan...Sabarkan hamba hingga saat bertemu dengan-Mu...

Ya Allah,hamba dambakan kasih yang Kau izinkan ini sesetia mentari yang mencintai titah penciptanya. Tidak pernah sekali ingkar atau mengharap apa-apa..Dia juga hamba-Mu yang Kau takdirkan dia sebagai ujian untuk hamba sekeluarga...Ya Ghaffur ampuni dan rahmati kami...Sesungguhnya tiada dendam di hati ini melainkan secalit rasa kesedihan saat harapan dan kepercayaan dan persangkaan baik yang dibina hancur begitu sahaja...Ya Allah, sabarkan hamba...

Pelajar : Assalamua'laikum..
Ana: Diam menyepi. Salam dijawab sahabat seperjuangan ana di sini,
Ummu Al- Syarif
Pelajar : Boleh saya jumpa Cikgu Hazwani? Cikgu ada?
Ana: Cepat2 ana kesat air mata. Ana paling ke arahnya sambil mengumpul
kekuatan untuk senyum...
: Ya, Zul..kamu apa khabar? kenapa ya nak jumpa cikgu?
Pelajar : Saya alhamdulillah, cikgu. Saja ja datang sini. Nak ziarah cikgu.

dan kami berbual seketika tentang jihad taalim dirinya. Terharu sebenarnya di petang yang hening begini menerima tetamu dan ziarah dari anak didik ana. Dia datang cuma seketika. Benar-benar hanya untuk menjadi tetamu dan ziarah ana.

Apapun, Syukur, Alhamdulillah...moga datangnya dia berziarah sebagai tetamu bersama rahmat dan pulang membawa puing-puing mazmumah dan dosa...Ya Rabb, ampuni dan rahmati kami...kami ini hamba -Mu, hati-hati kami dalam genggaman-Mu...Ya Rabb...tabahkan hati-hati kami dalam bertatih menggapai redha-Mu..amin, Ya rabbal a'lamin..

Apabila Hatimu Di Uji...

sumber : http://www.icrawl.org

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)


* Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.



* Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.



* Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”


* Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Thursday, April 22, 2010

Terus Bertatih, Melangkah dan Berlari...

Hakikatnya kehidupan...
Bermula dari saat pembaringan,
Dan akan berakhir dengan talqin di tanah perkuburan...
Sejak dilahirkan,
Kita ada amanah untuk ditunaikan,
Ada tanggungjawab untuk dilaksanakan,
Ada janji yang perlu dilunaskan...
daN dalam melalui denai musafir ini, mahu tidak mahu kita perlu untuk terus bertatih, melangkah atau berlari selagi termampu...BERUSAHALAH...TABAHLAH..BERSABAR DAN DIRIKANLAH SOLAT...ALLAHHUAKHBAR!!!ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA..MUJAHADAH DAN ISTIQAMAH...

Kerana Kau Adalah Ammar...

Jilbab Yang Kau Pakai...

Monday, April 19, 2010

Rindu Berbisik Lagi...

Saat ni ana benar2 rindukan mak,ayah dan macam-macam lagi perkara yang ana minat, suka dan sayang yang memang membuatkan ana rindu...rindu sangat masa2 dulu..namun hakikatnya, here and now.

Ana perlu kuatkan hati, tabah dan redha..Ya, REDHA menerima keputusan terbaik dari DIA Yang Maha Esa..disini kembara jasad dan hati ini ditakdirkan...maka, saat rindu berbisik lagi, ana pesan pada diri...

Bersabarlah...
Saat kau rasa lemah
Sebenarnya Allah mahu dirimu istiqamah...
bermujahadah, mengenal erti dan tanggungjawab sebagai khalifah...
Bukankah kau pernah memegang sebuah janji,
Hidup dan matimu hanya untuk Rabbi?
Berjalanlah dengan qanaah,
Bersyukur dalam tiap langkah dan helaan usia...
Kerana perjalanan ini tidak lama...
bila-bila sahaja kau akan dipanggil pulang kesisi-Nya..
Bukankah kau mahu syahid dalam cinta-Nya?
bukankah kau damba redha dan kasih-Nya?
dan andai perlu, biarlah air mata menjadi salju mendingin resah dan bara rindu dihatimu...
Selamat bermujahadah wahai diri yang punya rindu lantaran anugerah rindu dari Allah Yang Maha Satu...

Buat-buat Semangat...

Ahad malam Isnin. Bermula jam 8 hingga 10 malam adalah detik yang dirasakan amat perlahan bergerak, Mujahadah hati, jiwa dan perasaan serta jasad ini hanya Allah Yang Maha Tahu..kalaulah dapat dilihat kemalasan dan perasaan - perasaan negatif tu, mesti tak sanggup nak tengok...
Salam diberi. Baik, kita mulakan kelas dengan bacaan Al-Fatihah. Selesai surah dibaca. Ana tatap satu persatu wajah puteri2 ASPURI di kelas ana. Macam-macam ada.Sebetulnya, ana mahu mencari atau menumpang secebis semangat daripada mereka kalau2 ada. Namun, hampa.
Ana mula untuk panaskan kedinginan kelas yang masih dalam mood beku baru balik dari rumah. Cikgu tak nak ada sesiapa pun dalam kelas cikgu ada masalah tulang belakang. Tolong duduk tegak-tegak. Atau sesiapa yang nak baring, boleh baring kat tengah ni dan kita bacakan dia Yaasin beramai2. Cikgu nak kamu dalam kelas ni, kalaupun tak da semangat, buat2 bersemangat. Soalnya apa yang kamu rasa sekarang tolong letak tepi. Dalam kelas ni kita ada misi penting. Cikgu tak nak ada sesiapa yang bersekongkol dengan iblis, syaitan dan sia2 kan masa kelas kita.
Ingat pelajar, kita tak ada banyak masa bersama.Andai saat ini cikgu dipanggil pulang, cikgu nak kamu tahu yang besar sangat impian dan harapan cikgu pada kamu. Cikgu nak kamu bangkit daripada mimpi2 zaman remaja kamu dengan semangat baru untuk Islam. Kamu wajib menjadi aset ummah untuk kembali kepada Allah...mengajak manusia kenal Allah..dan panjang jugak celoteh ana sebelum kelas benar2 bermula...terima kasih buat kalian puteri2 ASPURI yang boleh buat2 semangat di kelas semalam:)

Wednesday, April 7, 2010

Bersedia Mengisi Kemenangan...

Lahaulawala quwataillabillah...sekali lagi ana kembali ke medan perdebatan @ perbahasan. Tapi kini ana di kerusi guru pengiring. Sebetulnya, keputusan saat-saat akhir membantu para pelajar yang mewakili sekolah. Sesi latihan seadanya asbab keadaan kesihatan diri sendiri yang di uji..Maafkan cikgu kerana tak dapat 100 % bersama kalian. Hari Pertandingan, semuanya berjalan dengan baik hinggalah detik pengumuman keputusan. Usul "Sektor Pertanian Pemangkin Kecemerlangan Ekonomi Negara" diterima dewan. Pengumuman itu bermakna sekolah kami akan mara ke pusingan seterusnya.

Tapi,kami tidak bersedia mengisi kemenangan. Para pelajar tidak dimaklum awal untuk bersedia untuk menang. Mereka tidak bersedia mara ke pusingan seterusnya.Akhirnya, sekolah kami menarik diri.

Ikhtibarnya, dalam banyak perkara kita sepatutnya berfikir sebagai seorang juara. Kita wajar bersedia mengisi kemenangan dan mara ke mana-mana medan dengan paradigma seorang juara. Jangan sesekali mengaku kalah sebelum berundur. Tak rugi kita bersedia dan bersangka baik pada diri sendiri.

Dalam banyak hal yang perlu kita lalui dalam hidup, bersikap optimislah..yakinlah pada diri dan hargai setiap peluang. Akhir sekali setelah berusaha, tawakal dan redhalah dengan ketetapannya. Bukan soal kalah atau menang, tapi melalui hidup ini adalah soal kita mengisi kemenangan dan menghargai peluang. Hayyaalal fallah!

Friday, April 2, 2010

Kerana Ini Jalannya…

Allahuakhbar…Lahaulawala quwatailla billah…hasbunallahhiwani’mal wakil…Allah..
Memang letih dan penatnya terasa. Menjadi seorang guru di kelas terakhir dan mengajar mereka yang tidak mahu di ajar menuntut kesabaran dan iltizam yang bukan sedikit.
Ana akui, diri ini bukanlah sesabar mana. Tambahan pula, kudrat suara ini bukanlah gegak-gempita. Tahap kebisingan gabungan 31 orang pelajar ana itu cukup menguji tahap kesabaran diri.
Akhirnya, biar kalam berbicara. Ana tuliskan semua arahan di papan putih.Macam cikgu kelas pendidikan khas pulak.
Mereka belajar di makmal. Sebelum keluar, ana sekat mereka di pintu. Ala-ala mengamuk meluahkan apa yang tersirat di minda. Harapannya mereka faham. Hm..kefahaman itu bukan milik mutlak guru. Kefahaman itu kurnia daripada ILahi..InsyaAllah..moga mereka faham..
Setelah melalui sekatan di pintu,
Pelajar: terima kasih, cikgu.
Pelajar : wa aini, lau se’.
Tak kisahlah apa-apa. Paling penting, ini jalannya.
Jalan dakwah dan tarbiyyah…
Selagi bernafas, medan pendidikan inilah wadah jihad dan pengabdian seorang hamba yang mengimpikan syahid dalam redha Rabbi…Ana bukanlah sehebat para srikandi ummah terdahulu, para sahabiah Rasulullah SAW…namun, besar harapan dan impian mengikut jejak mereka…Amin…
Kerana inilah jalannya…
Ana akan terus bersabar,
Bertahan, berfikir mencari jalan,
Menyampaikan khudwah dan pesan,
Menyeru mereka kembali mengenal Tuhan…
Moga, kelak ada dalam kalangan mereka akan menjadi Umar akhir zaman, ada klon saidina Uthman bin Affan, ada Khalid Al-Walid memimpin kebangkitan Islam di akhir zaman…Allahukhbar!!!