Friday, December 11, 2009

Buatmu Dai'e ilallah...

Sahabat,
Saat ku lihat basah pipimu lantaran adanya air mata bening lambang dhaifnya seorang hamba, hati ini turut merintih pilu...Duhai sahabat, alangkah mulia dan bertuahnya diri kalian.Kalian terpilih sebagai dai’e dan murobbi yang mendidik anak-anak muda, tunas harapan Islam.
Alangkah beruntungnya kalian kerana bakal menerima ganjaran pahala yang tak terhingga sepertimana janji Allah SWT buat para penyeru agama-Nya...

Sahabat,
Biarpun kini sesak dadamu dan berat atma rasamu menanggung segala rasa, namun yakinlah...suatu hari nanti, apa yang kalian seru akan menjadi sedekah jariah yang bakal mengalirkan sungai –sungai pahala dan nikmat tika kita di alam baqa nanti...

Sahabat,
Yakinlah dan ingatlah selalu...Kita hanyalah penyeru dan penyampai kebenaran dari Allah Yang Maha Menciptakan. Bukan kita yang mengubah hati-hati manusia, tapi kita dengan izin-Nya boleh berusaha menanam benih-benih ilmu dan menyiramnya dengan baja qudwah ke dalam hati-hati mereka. Mogo- moga tiap bicara nasihat hari ini menumbuhkan pucuk kesedaran atau yang lebih baik lagi akan bertunaslah bunga kefahaman dan berbuahlah tindakan ke arah kembalinya mereka ke jalan Tuhan...

Sahabat,
Kita pimpin tangan mereka dengan penuh kesabaran..Biarpun acap kali tangan kita ditepis dan hati kita terhiris...

Sahabat,
Balutlah luka hati yang berdarah itu dengan janji Allah...Moga-moga dengan rahmat-Nya kita temui penawar hati itu dalam tiap doa dan tahajud cinta kita pada-Nya dalam keheningan malam....

Sahabat,
Terima kasih atas kesetiaan dan ketabahan kalian dalam melaksanakan amanah ini...Tiada janji kesenangan dunia yang mampu disediakan di jalan ini, melainkan kasih sayang ana paterikan dalam ukhuwah kerana Allah dalam getir dan letih gerak kerja kita disini...

Sahabat,
Kita tidak pernah kenal erti penat sebenarnya kerana kita menanti kerehatan abadi di jannah bersama rahmat dan redha-Nya...amin...

Diari KBS Part 1

Diari KBS 1

15 November 2009 (Ahad)
Syukur setelah hampir 12 jam berada dalam kapsul keretapi Tanah Melayu, bumi utara semenanjung yang ana rindui ini tenang menyambut pulangnya anak rantau seperti ana. Yang pasti, memang tiada siapa yang menunggu ana. Empat biji beg yang sarat muatannya ana jinjing penuh tabah…berat,memang berat, tapi berat lagi dosa seharian yang tiap manusia di akhir zaman ini lakukan…moga adanya hidayah buat kami kembali pada-Mu, Ya Rabb… Ya Allah, Ya Ghaffur, ampuni kami…, bimbinglah kami dalam redha kasih-Mu…

Saya Hanyalah Pembawa
Renungkanlah….
30:37. Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahawa sesungguhnya Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan Dia (pula) yang menyempitkan (rezeki itu). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman. (Surah Ar -Rum)

Kalau nak diikutkan kapasiti kewangan, ana kurang berkemampuan untuk menaiki teksi. Al maklumlah, kan harga tambangnya lebih mahal...Tapi lantaran yakin dan percaya yang tiap makhluk ini ada bahagian rezeki masing-masing, ana terima pelawaan Pak Wan untuk naiki teksinya. Dalam perjalanan balik ke rumah, Jalan sesak. Innalillah…ada kemalangan rupanya…Duhai hati, tabahlah…moga arwah atuk yang juga meninggal kerana kemalangan tenang di alam sana…Dalam teksi, Pak Wan mengadu atau merungut (not very sure his true feeling) “Ramai orang turun, tapi tak da yang nak naik teksi. Pak Wan dah nak patah balik tadi, tapi jumpa adik…”katanya dalam nada suara yang mendatar… Ana tarik nafas…memohon agar ada nafas hikmah dalam berbicara dengan saudara seakidah ana itu… “Alhamdulillah, syukur kan, Pak Wan…saya ni pembawa rezeki Pak Wan pagi ni…Allah gerakkan hati saya naik teksi, sebelum ni, tak rancang pun nak naik teksi…”
Pak Wan tersenyum sambil mengiyakan…”Betullah dik, rezeki ni kan dari Allah..Pak Wan hanya boleh usaha, hasilnya Allah yang nak bagi. Walau orang ramai tadi, rupanya rezeki Pak Wan ada dalam rezeki adik… ”
“Ya Pak Wan, saya hanyalah pembawa….”kata ana diiring pandangan yang jauh dilontarkan ke tanah sawah yang menghijau di kiri jalan….


16 November 2009 (Isnin)
Teratak Kasih KBS, Taman Uda, Alor Star, Kedah

Dengan Nama-Mu, Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir…Saat ini jam dunia fana ini tepat menunjukkan angka 7.59 malam masa di Malaysia. Komputer riba milik peribadi ana kini sedang setia berkhidmat memperdengarkan bacaan Surah-surah Ruqyah beserta doa untuk terapi gangguan jin . La haulawala quwatailla billah…Ya Rabb, tabahkan kami melalui tiap ujian daripada-Mu, kami ini milik-Mu, Ya Rabb…kata hati ini jarang menipu. Keadaan salah seorang sahabat dan saudara seakidah kesayangan ana yang di uji dengan gangguan jin meletakkan ana ke daerah muhasabah dan keinsafan. Ya Allah,bantu kami…

Ya Rabb, dengan izin dan rahmat-Mu, Kau kurniakan kami kekuatan untuk menginfakkan diri dalam gerak kerja menyampaikan Islam. Urusan dan kerja-kerja yang kami lakukan ini moga-moga ada nilainya dari sisi-Mu…Ya Allah, ampuni kami dalam tiap dosa, kelemahan dan kesalahan kami. Bantulah kami memperbaiki akhlak kami. Bantulah kami merajut benang-benang ikhlas dalam menjalin lembar cinta kepada-Mu…amin…

Alhamdulillah, Syukur kami pada-Mu, Ya Rabb atas kebaikan hamba-Mu dalam membantu kami. Terima kasih Pak Ngah dan Mak Ngah sekeluarga yang sudi menerima kami sebagai tamu lewat dhuha tadi. Terima kasih juga buat mujahid harapan Islam yang petang tadi sudi menyediakan juadah minum petang. Biarpun harapan untuk merasa keenakan jemput-jemput pisang tak tercapai kerana antum hanya menjadikan pisang itu, pisang bersalut tepung, usaha dan percubaan itu kami hargai.

Berehat sebentar sambil melawat laman hati dan ruang minda membawa diri ini mengimbas semula perjalanan hari ini…Ya Allah, ampuni kami….berkati usaha kami, janganlah lantaran kelemahan kami ini menjadi penghijab sinar hidayah buat bakal adik-adik seakidah yang bakal kami didik. Kurniakan kami ilham dan usaha terbaik dari sisi-Mu dalam melaksanakan amanah ini. InsyaAllah...

17 November 2009 (Selasa)
Alhamdulillah, syukur pada-Mu, Ya Rabb atas tiap anugerah dan nikmat yang Kau kurniakan...Ya Allah, tetapkan hati kami dalam ketaatan dan bantulah kami menghindar maksiat pada-Mu, Ya Rabb...
Saat kelelahan berfikir dan bekerja untuk kem ni, sempat ana refresh motivasi diri, mencari kekuatan ruhiyah agar bukan jasad sahaja yang hadir di sini, tapi redha di hati turut hadir bersama .

1 Disember 2009
Kem dah pun bermula. Berbondong-bondang waris dan peserta memenuhi sekitar kawasan Muassasah. Malam ni sakit sangat kepala. Letih benar akal nan satu saat berdepan dengan pelbagai rencah ragam manusia. Ya Allah, betapa ramai yang hanya pandai berkata itu dan ini...namun, saat diminta pertanggungjawaban, pelbagai alasan diberi...tiba-tiba ada peserta yang pengsan, tidak sedarkan diri. Ana muhasabah...sayu dan pilu hati ini saat melihat mujahidah muda harapan Islam itu bertarung dengan kesakitannya...Akhirnya, dia dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang. La haula wala quwatailla billah...entah kali ke berapa ana menaiki ambulans sebagai peneman....syukur pada-Mu, Ya Rabb atas nikmat kesihatan yang Kau anugerahkan. Walau apapun, bagi mereka yang sakit, Allah telahpun janjikan pengampunan bagi dosa mereka...Ketika sakit, dosa si pesakit akan gugur sepertimana daun-daun berguguran...Subhanallah, kerana sifat Rahim-Mu kami meniti hidup, dengan sifat Ya Ghaffur...Allah itu Maha Pengampun...kami masih menggenggam harapan untuk kembali pada-Mu...

6 Disember 2009-
Jam 3.03m.
Pejabat Gerakan dan Sekreteriat,
Muassasah, Utara Semenanjung Malaysia.
Alhamdulillah, tamat fasa pertama. Begitu pantas masa berlalu. Beberapa kes telah ana terima amanah untuk mengadakan pertemuan hati ke hati dengan mereka...Sedih dan pedih hati ini bilamana terdapat sekitar 15 % peserta perempuan dari 130 orang sudahpun ternoda.Itu belum kira pengakuan murtad anak muda yang mengikut geng-geng tertentu..Kepala terasa berat.Bahu yang memikul terasa bebannya.Namun, hanya pada-MU, Ya Allah jualah hamba-Mu ini bersama sahabat-sahabat di sini sandarkan harapan . Zikir yang menyebut nama-Mu, Ya Allah yang dipimpin Ustaz Nasae’i mengundang sayu. Terasa ada sejalur air yang mengalir bening di pipi ana...Ana aturkan langkah untuk mengambil wuduk. Membasuh anggota zahir agar suci dan teguh jiwa dan hati meladeni ujian ini. Ana bukanlah sesabar mana untuk berhadapan dengan adik –adik yang kreatif menentang arus syariat ni...Tentang perkara lain, boleh nak tolak ansur, tapi kalau dah melibatkan ketetapan yang telah tersurat dalam Al Quran dan As Sunnah, ana bertegas. Ana marahkan mereka sebab ana terlalu sayangkan mereka sebagai saudara seislam.
”Ala..kakak buat macam ni sekarang pun, balik nanti kami ulang benda yang sama...” kata salah seorang daripada mereka dengan nama yang boleh memanaskan hati...Dahla cuaca pun sedia panas menyebabkan darah ana menyirap...
”Akak tak kisah...bukan akak yang mampu mengubah atau beri hidayah pada kamu semua, tapi apa yang penting buat masa sekarang, kamu amanah buat kakak Akak bimbang jika di mahsyar nanti, kamu salahkan akak di hadapan Allah sebab tak berusaha tegur kesalahan dan kesilapan kamu....”ada sebak yang berbaur di dada tika itu...

Ya Rabb,
Pemilik dan penguasa hati-hati kami...





Selasa, 8 Disember 2009..
3.02 pm
Pondok Kelat Gelam, Gunung Jerai,

Alhamdulillah, semalam berlalu dengan penuh cabaran dan seribu pengajaran.Hari yang menghantar diri yang dhaif ini ke lembah muhasabah. Terkurung seketika diri ini dalam aksara kata ”kerehatan”...Jiwa memberontak dan akhirnya jasad tetap mahu lincah bergerak kerja seperti biasa. Ana bukan penat,jangan nilai dan hukum ana begini...Ana tetap mahu seiringan bersama sahabat. Rehat bukan jawapan untuk membaiki keadaan..Tapi akhirnya ana redha menerima keputusan yang ditetapkan...Ya Rabb, hanya pada-Mu sebagai sebaik-baik tempat pengaduan. Memang itulah yang terbaik buat diri ana semalam dan hari ini terus bermula dengan harapan yang setinggi-tingginya sepertimana tingginya puncak yang kami daki ini...

Jumaat, 11 Disember 2009
6.23 pm
Pejabat Sekreteriat KBS

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...bantu hamba, Ya Muhaimin...saat ini terasa benar keletihan dan kelelahan di medan ini... Ya Rabb, hamba tak pandai membawa diri...hamba masih teramat dhaif dalam mengumpul buih-buih sabar untuk mendepani gelombang dugaan hati dan jiwa di sini....Ya Rabb, tunjuki hamba jalan-jalan-Mu...bantu kami Ya Allah...hanya pada-Mu sebaik-baik sandaran dan pengaduan...

Friday, November 13, 2009

Hati Sahabat...

Tertarik untuk ana kongsikan kisah tentang dua insan yang bersahabat. Si A dan Si B..Suatu ketika semasa dalam suatu kembara yang panjang, Si A dan Si B melalui kawasan gurun yang tandus dan panas.
Tiba-tiba, kepanasan cuaca itu mendorong Si A mengamuk, memarahi Si B dan menampar mukanya. Oh...alangkah sedihnya hati Si B...jadi, selaku manusia biasa yang tidak mahu memendam perasaannya, Si B tuliskan di atas pasir...Hari ini A telah menamparku, memarahi aku dan menyakiti hatiku...jadi sekarang kupindahkan semua perasaanku ke atas pasir ini... dari kejauhan, Si A mengintai perbuatan Si B. Kemudian, perjalanan diteruskan. Tapi kali ini mereka telahpun selamat tiba ke kawasan yang dekat dengan sungai. Maka kesempatan ini di ambil oleh kedua sahabat ini untuk mandi manda. Tiba-tiba, Si B yang tidak cekap berenang hampir lemas. Dan, sepantasnya demi kasih seorang sahabat, Si A selamatkan Si B. Selepas peristiwa tu, Si B menulis sesuatu di atas batu. “Hari ini aku bahagia dan gembira. Bersyukur dan berterima kasih pada Si A yang sudi menyelamatkanku...ku ukir rasa yang baik ini di sini...” Sekali lagi Si A memerhatikan tingkah laku Si B dari kejauhan...Perjalanan diteruskan. Lalu Si A bertanya kepada Si B..
Si A : B, kenapa semasa aku menampar muka engkau hari tu, kau tuliskan perasaan kau di atas pasir, sedangkan tetap ada batu dikawasan itu...
Si B : Aku tulis rasa yang tidak baik di atas pasir hari tu supaya angin yang bertiup memadamkannya dan ku harap perasaan marah atau kecewaku dengan sikap engkau turut di bawa angin lalu...tidak lagi disimpan dalam hatiku...
Si A : dan kenapa hari ini kau tuliskan perasaan kau di atas batu, sedangkan ada tanah di situ yang sama dengan pasir?
Si B : Ku tulis kebaikanmu sahabat, kebahagiaan hatiku hari ini agar ia kekal dan tetap segar dalam ingatan dan hatiku. Aku mahu mengenang segala kebaikan dan jasamu supaya aku tetap hanya melihat kebaikanmu dalam kita bersahabat....
Renungkanlah, moga hati kita seperti Si B, sahabat...tetap teguh memandang kebaikan dari orang lain dan melupakan kesalahan mereka.Ingatlah selalu. kemaafan itu adalah hadiah terbaik buat sahabat dan satu kebahagiaan sebenarnya...

Monday, November 2, 2009

Jika Akak Ditakdirkan Gila...

Saat ana keseorangan dalam musafir ke Darul Quran petang Khamis lalu, tiba-tiba lamunan ana dikejutkan dengan mesej yang penuh tanda tanya dari seorang adik yang ana kenali dalam satu program.
Akak,adik nak tanya sikit, kalau ditakdirkan diri akak gila, akak terima tak?(22.10.09)
Lahau la wala quwataillah billah...berat dan dalam persoalan dia...Ya Allah, bantulah hamba menaip aksara terbaik memberikan jawapan pada dia. Jawapan yang bernafas dakwah agar tenang hatinya, Ya Rabb...(monolog hati ana ) Lalu, dengan izin Allah dan pinjaman ilham dari Allah Yang Maha Pemberi Kurnia...ana reply mesej dia.

Takdir Allah wajib kita terima dik..gila pada perkiraan manusia bukan masalah selagi kita masih waras untuk beribadah pada Allah ...kita milik Allah dik.Bagi orang gila, telah terangkat pena taklifan...tiada dosa bagi mereka. Orang gila lebih mulia disisi Allah di akhirat walau nampak hina di mata dunia...akak tahu adik kuat...sebab itu Allah pilih untuk uji adik...

Akak..adik tak kuat akk...


Satu lagi mesej ana terima daripada dia...sebetulnya, dia sedang berhadapan dengan ujian Allah buat dirinya...memang perit untuk menerima hakikat diri. Lahir ke dunia dan tidak sempat untuk mengenal insan yang melahirkan. Dia hanya mengenal dunia melalui ihsan ibu dan ayah angkat yang mengasuh dan menjaganya dari kecil. Benar, hati mana yang tidak terusik saat tahu bahawa diri bukanlah berada dalam naungan ibu ayah sendiri. Tapi menumpang kasih pada insan yang sudi. Walau apapun bagi sesiapa yang bernama anak angkat, usah bersedih. Anda bertuah sebenarnya kerana kasih sayang yang terlalu banyak yang anda kecapi walaupun bukan dari darah daging sendiri...Ibu dan ayah angkat itulah yang telah banyak berkorban dan mendidik anda. Menginsankan anda sebagai mukmin yang bertaqwa. Kenal agama, kenal Tuhan yang Maha Pencipta. Itu paling penting. Anda tetap bertuah selagi miliki iman dan Islam dalam diri. Lalu, mesej dia ana balas bersama segunung harapan agar di tabah dan redha hadapi ujian ini.
Kita semua lemah dik, Yang Maha Kuat itu hanya Allah..Kekuatan itu milik Allah..Banyakkan baca Ya Qahhar...mohon kekuatan daripada Allah...adik, ayuh kita ubah cara kita berfikir apabila berhadapan dengan masalah...bersangka baik dengan Allah,dik...

Kemudian satu lagi mesej singgah di inbox handphone ana yang dhaif itu.

Nasihatkan adik, akak...
Bismillah, bantulah hamba dan dia Ya Muhaimin...hadirkan ketenangan di
hati kami...mesej tadi ana reply.
Adik bagi akak atau sesiapa sahaja yang bercakap memang mudah.Tapi akak faham apa yang adik tanggung sekarang ni memang berat dan sukar..apapun adik, kita kembali pada Allah.Andai sedih, derita atau kecewa kita di dunia ini, minta Allah sabarkan kita.Tunggu dan carilah hikmahnya.Moga-moga atas derita inilah Allah mahu mengampuni dosa-dosa kita..mengangkat darjat kita disisiNya..adik...dunia ini penjara bagi mukmin.Namun, andai kita tetap dalam iman dan ketaatan, kita mohon kebebasan abadi di syurga dengan rahmat Allah SWT...
InsyaAllah...dengan rahmatNya...moga adanya pertemuan semula bagi kita di taman-taman syurgaNya...derita dunia hanya sementara kerana dunia ini sifatnya fana. Dan andainya akak ditakdirkan gila...tak pernah pula akak terfikirkan keadaannya...Tapi harapannya biarlah kegilaan akak pada jihad dan perjuangan. Gila untuk bersungguh-sungguh berusaha menyampaikan dakwah...Gila-gila untuk melakukan yang terbaik demi keagungan Islam. Gila untuk menyonsang arus zaman demi mempertahankan syariat dan akidah umat....Allahhuakhbar...

Oh Seri...

Adik :Akak...dalam banyak-banyak binatang, binatang apa paling berseri-
seri...muka dia cantik sangat walaupun tak da make-up, tak guna pun
produk-produk kecantikan ni...
Ana : Jap..jap, akak nak fikir...macam tahu...(lama jugak konon2nya berfikir,
tapi fikiran melayang entah mana-mana...)
Adik: Teet......dah2..masa dah tamat..
Ana: (Muka pasrah...kalah...)x tahu...(kan bagus terus -terang)
Adik: Dengan muka berseri-seri sebab rasa menang...SERIGALA...

Teka -Teki Ulat

Ni teka-teki yang ditanya oleh Jackie Chan dalam satu cerita…
Ada tiga ekor ulat jalan dalam satu barisan..
Ulat yang pertama berkata , ”ada dua ekor ulat di belakangku...”
Ulat yang ketiga pula berkata , ”ada dua ekor ulat di hadapanku...”
Dan ulat yang kedua pula berkata, ”tiada ulat di hadapan dan di belakangku...” jadi, kenapa ulat yang tengah tu cakap macam tu?
Dia bukan buta untuk melihat, dia juga pandai mengira untuk tahu berapa kawan- kawan ulat dia..ulat kedua jugak waras...dia bukan ulat gila yang tidak sedar tentang dunia sekeliling dia.. ha...jawapannya ialah...ulat kedua tu BERBOHONG...hm, fikir2kanlah..kalau ulat pun berbohong, sesiapa yang kaki temberang tu, samalah dengan ulat pembohong tu...dia tak pa lah, ulat...kalau bohong pun tak da dosa...tapi, bagi kita yang manusia ni..bohong tu dosa tau...

Malam Pertama

Perjalanan pulang setelah ziarah keluarga sahabat ana diiring sejuta rasa. Mata nan sepasang ini sudah tidak lagi mampu untuk membendung titisan jernih ini untuk mengalir. Pipi yang terasa panas dek air mata, redha menjadi saksi tangisan hati ini saat mengenang apakah nasib malam pertama mereka di alam barzakh…dan apakah pula nasib malam pertama ana sendiri kelak saat jasad tanpa nyawa ini bersemadi di sana…
Tanah kubur yang jauh terpencil dari kamar indah dan selesa di rumah…Yang ada di sana hanya kesepian dan hening suasananya dilihat pandangan zahir mata manusia…Sanak saudara dan insan-insan tercinta hanya memandang sepi dan sudah pasti tiada siapa yang menemani…
Ya Allah…kematian itu saat kami pulang menghadap-Mu…maka, saat malam pertama buat hamba berkelana di negeri sana, maka selamatkanlah kami dari fitnah dan seksa transit pertama bernama kubur itu, Ya Rabb…

Thursday, October 15, 2009

Kebaikan Yang Terhimpun

Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam empat pekara :
1.Percakapan
2.Diam
3.Pandangan
4.Gerak
Tiap-tiap perkataan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia...
Tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka...Tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan ikhtibar adalah lalai...dan tiap-tiap gerak yang tidak disertai dengan perhambaan adalah kosong...Namun, moga-moga rahmat Allah melingkungi hamba-hambaNya yang menjadikan:
1.Percakapannya sebagai zikir
2.Diamnya sebagai tafakur
3.Pandangannya sebagai ikhtibar
4.Geraknya sebagai perhambaan
5.dan daripada lisan dan tangannya manusia mendapat kesejahteraan.

Misi 114

Lahau la wala quwataillabillah...
Syukur pada-Mu, Ya Allah...saat keletihan diri ini dalam meredah belantara dunia, kau hadirkan ilham seusai Solat Asar tadi...alunan Mathurat membelai lembut jiwa dan hati ini...Ya Rabb...Al Quran terjemahan yang telah ana beli pada Disember 2007, sebelum menyertai Kem Bina Sahsiah itu ana peluk erat. Naskah kalam wahyu ILahi itu ana kucup. Ya Allah…berbicaralah dengan hamba-Mu…(teringat pesan Ustaz Iman ketika tazkirah Ramadhan lepas, ‘Jika mahu berbicara dengan Allah, solatlah…dan jika mahu Allah berbicara dengan kamu, bacalah Al Quran, fahaminya…tadabur…’)…
Surah Thaha ayat 1-11 ana baca…selepas itu, hati ana terdetik untuk membaca Surah Al Mursalat…Subhanallah…terlalu banyak pengajaran darinya…
perulangan ayat ’’
celakalah pada hari itu, bagi mereka yang mendustakan kebenaran…’’
benar-benar menggetarkan hati ana…
Tegas amaran Allah buat mereka yang mendustakan kebenaran…
Maka terdetiklah ilham untuk MISI 114. Habiskan bacaan terjemahan Al Quran...Jujur setelah 23 tahun usia ana meniti kehidupan, belum lagi terdetik di hatini untuk ana tahu dan explore isi kandungan Al Quran...Allah, malu diri ini pada-MU...bagaimana mahu mengaku cinta, sedangkan kalam cinta dari-Mu, belum lagi hamba baca penuh rasa kasih dan cinta.... Ya Allah, izinkan kami dekat pada-Mu...sentiasa dalam bimbingan rahmat dan kasih-Mu, selamatkanlah kami dari tipuan dunia...Amin, Ya Rabbal A’lamin...

Catatan: Kisah benar perkongsian dari seorang sahabat.
11.10.2009

Surat Fatimah Gemparkan Kota Baghdad!


Fatimah adalah seorang saudara perempuan seorang mujahid yang terkenal di daerah Abu Gharib, yang berasal dari sebuah keluarga yang terkenal kebaikan dan ketaqwaannya. Suatu hari pasukan AS menyerbu rumahnya, dengan tujuan menangkap saudaranya. Namun karena mereka tidak dapat menemukannya, pasukan AS menangkap Fatimah dengan tujuan memaksa saudaranya menyerahkan diri.
Surat tulisan tangan Fatimah, baru-baru ini berhasil diseludupkan keluar dari penjara Abu Gharib, surat ini menggambarkan penderitaan para tawanan wanita akibat perbuatan terntara AS. Segera surat ini tersebar dan menghebohkan kota Baghdad, mengirimkan gelombang yang akan terus berlanjut ke seluruh Iraq. !
Mafkarat al-Islam berhasil mendapatkan salinan surat tersebut.
Bismillahirrahmanir rahiim.
*Say He is God the One; God the Source [of everything]; Not has He fathered, nor has He been fathered; nor is anything comparable to Him.* [ Qur*an , Surat 112 *al-Ikhlas*]
Saya menulis surat Al-Ikhlas ini karena mempunyai erti yang mendalam bagi saya, dan menimbulkan getaran di hati orang-orang yang beriman.
Saudaraku mujahidin di jalan Allah* Apa yang dapat kukatakan padamu?
Saya katakan, rahim-rahim kami telah terisi dengan janin akibat perkosaan yang dilakukan keturunan kera dan babi itu. Mereka telah menodai tubuh kami, meludahi muka kami, dan merobek-robek Al-Quran untuk digantungkan ke leher-leher kami. Allahu Akbar.
Tidakkah kau mengerti tentang kejadian yang menimpa kami? Betulkah kau tidak tahu ini terjadi pada kami? Kami saudaramu, dan Allah akan meminta tanggungjawabmu tentang kejadian ini kelak.
Demi Allah, tidak semalam pun kami lewatkan di penjara ini kecuali mereka mendatangi salah satu dari kami untuk melampiaskan nafsu setannya. Padahal kami selalu menjaga kehormatan kami karena takut kepada Allah. Takutlah pada Allah! Bunuhlah kami bersama mereka! Hancurkan mereka bersama kami! Jangan biarkan kami di sini agar mereka bisa bersenang-senang memperkosa kami, sesungguhnya ini adalah sebuah perbuatan dosa besar di sisi Allah. Takutlah pada Allah akan urusan kami. Biarkan (jangan serang) tank dan pesawat mereka. Datanglah pada kami di penjara Abu Ghurayb.
Saya saudaramu karena Allah. Mereka memperkosa saya lebih dari sembilan kali dalam satu hari. Bisakah kau bayangkan? Bayangkan salah satu saudaramu diperkosa. Bersama saya ada 13 gadis, semuanya belum menikah. Semuanya telah diperkosa didepan mata kami semua.
Mereka melarang kami untuk sholat. Mereka mengambil pakaian kami, dan membiarkan kami telanjang. Saat surat ini saya tulis, seorang diantara kami telah bunuh diri setelah diperkosa beramai-ramai. Seorang tentara memukulnya di dada dan paha setelah memperkosanya, lalu menyiksanya. Gadis itu kemudian bunuh diri dengan memukulkan kepalanya ke tembok penjara, karena dia sudah tidak sanggup menerima ini. Meskipun bunuh diri dilarang oleh Islam, saya memaklumi perbuatannya.
Saya hanya berharap, semoga Allah mengampuninya, sesungguhnya Dia Maha Pengampun.
Saudaraku, saya katakan padamu lagi, takutlah pada Allah. Hancurkan kami bersama para tentera itu, agar kami bisa beristirahat dalam damai.
Tolonglah kami, tolonglah kami, tolonglah kami! *
Waa Mu*tasimah!.
Surat ini telah berakhir, namun penderitaan penulisnya dan para muslimah belum berakhir.
Hatta mataa haadza s-sukuut !!
Ini yang sudah kesekian kalinya terjadi..
Entah berapa lagi akan segera menyusul
Kelmarin, hari ini dan besok
Begitu seterusnya..
Ya Rabb nasyku ilaika da’fa quwwatina
Wa qillata hiilatina
Allahumma n-shurna nashran adziima
Allahuma ‘alaika bil haaula l-kuffar
Allahuma ‘alaika biman adzaa l-muslimin.
Catatan : Sebarkan agar semuanya bisa mengetahui keadaan ini.
Wajazaakallahu khairan

Saudara seakidah kesayanganku…puteri-puteri harapan ummah yang kini hidup bebas dan merdeka di tanah air kita yang aman dan dilimpahi kebahagiaan.
Jika di penjara sana atau mana-mana pusat tahanan perang, muslimah yang beriman menangis mengharap secebis pakaian untuk menutup aurat, batin mereka terseksa untuk menjaga maruah?tubuh mereka merana lantaran derita diperkosa…tapi keadaan sebaliknya berlaku pada remaja wanita muslimah kita di negara ini, disekitar kita…
Saudaraku muslimah,
Apakah kita sudah tidak tahu erti pakaian sempurna menutup aurat itu untuk menjaga diri? Tutup aurat dan tubuh sebagai perintah Allah…tergamakkah kita yang merdeka ini mendedah aurat dan diri diperkosa secara pandangan penuh noda mana- mana lelaki?
Fikirkanlah…kita bukanlah terlalu miskin hingga tak mampu membeli sehelai tudung menutup kepala…kita bukanlah terlalu fakir untuk membeli baju yang saiznya lebih besar agar longgar pada tubuh bila dipakai..Malah, kita bukanlah terlalu papa untuk membeli kain yang tebal agar tidak nipis mendedah warna dan kulit pada tubuh….Malah kita juga bukan terpenjara untuk “ bertelanjang “ tanpa mempeduli maruah dan harga diri…

Tergamak juga kita abaikan perintah Allah kerana sedang asyik sibuk mengecap nikmat dunia….SOLAT…kita ada cukup masa, tempat dan segala kemudahan untuk sempurnakannya. Jadi, apa alasan kita?
AL QURAN…bukan sekadar hiasan di hujung rak…membiarkan sepi tanpa disentuh dan dihayati samalah seperti kita melihatnya dicarik-carik syaitan dan nafsu dalam diri…
Maka, renung dan fikirkanlah…

Saturday, October 10, 2009

Diari Syawal 1430H

Saat ini hati nan satu ini teruji...Jiwa dan nafsu yang ganas memberontak...Rasa terlalu jauh dari medan untuk diri dan hati ini membaiki lompang-lompang yang dihasut mazmumah....Lalu, ana taipkan mesej untuk mereka yang selalu mengaku sebagai sahabat...Tapi rupanya ana silap. Tidak ada seorang pun yang memberi respon atau hadir memberi kekuatan...

Ya Allah...dimana temanku saat diri ini kebuntuan,
dimana sahabat dan saudara seakidahku saat hati ini jauh dari saff perjuangan...
Ya Rabb...izinkan rohku terbang mencari makna dan hakikat...
dan andai tiba saatnya, maafkan diriku...
halalkan tiap jasa dan kebaikan kalian,
doakan husnul khatimah milik kita semua.amin...

Lahaula wala quwataillah billah...cukuplah Allah sebagai wakilku...Cukuplah Allah sebagai pelindungku...hanya pada-Mu, Ya Rabb hamba serahkan jiwa dan diri ini...Ya Allah...ampuni tiap dosa dan kekhilafan diri ini...Terlalu dhaif diri ini tanpaQahhar, Mu...terlalu keras hati ini tanpa Latiff dari-MU....pimpinlah hamba pada jalan yang Kau redhai...Ya Rabb, saat tiada pun makhlukmu yang hadir menemani, Kau tetap hadir sebagai sebaik-baik teman dan sandaran...Syukur pada-Mu, atas ujian keseorangan yang Kau hadirkan...Saat diri berasa lemah, hamba yakin Kau tetap mahu hamba istiqamah dan tabah melalui musafir panjang di negeri fana ini...Ya Allah...hamba mahu selamanya berada dalam damba pengabdian seorang hamba pada-Mu...biarpun jasad hamba bersama manusia, tapi hati hamba bersama-Mu...Ya Rabb...ajarkan pada hamba ilmu yang membawa hamba mengenal dan taat kepada-Mu...kurniakan hamba kekuatan beramal dan melaksanakan ketaatan pada-Mu...anugerahkan jua kekuatan diri dan hati ini jauh dari maksiat dan dosa, Ya Ghaffur...ampuni hamba...
Ya Rabb...amin...Ya Rabbal A’lamin....

Friday, October 9, 2009

Saat Kalam Wahyu Berbicara...


Satu mesej yang diterima petang tadi membawa diri yang serba dhaif ini ke daerah muhasabah. Kalam wahyu ILahi ana tatap berkali-kali. Terjemahan Surah Al Isra’ ayat ke 16 dan 17 itu cukup menyentuh hati...saat bumi dan kalam berbicara seiringan, apakah kita sebagai manusia tidak mahu mengambil ikhtibar dan pengajaran?
Satu kejadian gempa bumi (tempat biarlah dirahsiakan) telah berlaku pada jam
17.16...dan angka itu bermakna...Bacalah Al Quran Surah ke-17 (Surah Al Isra’)
ayat 16 dan 17...disana ada jawapannya...

Ringkas dan padat mesej yang diterima. Al Quran terjemahan milik Umie kami tatap bersama-sama...Lahaulawala quwataillabillah...terjemahannya begini...

17:16. Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

17:17. Dan berapa banyaknya kaum sesudah Nuh telah Kami binasakan. Dan cukuplah Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Melihat dosa hamba-hamba-Nya.

Dan disini ana sertakan sambungan terjemahan seterusnya. Moga-moga kita mengambil ikhtibar dan manfaat daripadanya.

17:18. Barang siapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka Jahanam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.

17:19. Dan barang siapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalas dengan baik.

17:20. Kepada masing-masing golongan baik golongan ini maupun golongan itu Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi.

17:21. Perhatikanlah bagaimana Kami lebihkan sebagian dari mereka atas sebagian (yang lain). Dan pasti kehidupan akhirat lebih tinggi tingkatnya dan lebih besar keutamaannya.

17:22. Janganlah kamu adakan tuhan yang lain di samping Allah, agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan (Allah).

Sunday, October 4, 2009

Bingkisan Kembara Bas Belia Mabims 2009

Puisi ini ditulis pada 7 Ogos 2009,
Orchard Building, Singapura.(4:07 pm)

Apa yang harus daku khabarkan,
Saat hatiku bukan untuk insan,
Atau hadir dalam wadah kehidupan...
Saat kemeriahan urusan,
Daku mahu hatiku tetap bersama-Mu, Tuhan...
Tuhan,
Saat disapa jutaan godaan,
Hamba dambakan iman sebagai teman,
Saat disapa ombak wahan,
Hamba harap hadirnya taqwa menunjuk jalan...
Saat hati sedang kepenatan,
Titipkan hamba nur ketabahan dan keredhaan....

Bingkisan dari Kembara Bas Belia Mabims 2009,

Jika dulu kita berjuang dengan pedang dan senjata, kini kita perlu berjuang dengan tinta dan aksara di medan maya.”
Setinggi penghargaan ucapan terima kasih buat semua...
Sepanjang kembara, Alhamdulillah, Ana berada dalam kumpulan tiga bersama:

1.Ustaz Ahmad Khusyairi (Singapura ) sebagai fasilitator dan
2.Haji Amir (Brunei)
3.K. Hajar (Brunei)
4.K. Seri (Singapura)
5.Desny (Indonesia)
6.Mirzar (Indonesia)
7.Izzat (Malaysia)
Maaf atas kelemahan dan tidak dapat memberi komitmen terbaik pada hari akhir sebelum tugasan di hantar. Ada hal keluarga yang perlu di uruskan dalam talian. Apapun, jazakallahukhair atas ukhuwah dan kerjasama semua. Moga adanya pertemuan dan dikumpulkan semula dalam redhaNya dan dalam tiap doa yang dipinta.

Saturday, September 26, 2009

Kembali ke Medan Juang...

Alhamdulillah, syukur pada-Mu, Ya Rabb atas segala nikmat yang masih dipinjamkan buat hamba-Mu yang dhaif ini...saat ini ana telahpun selamat tiba di kampus hijau ini setelah lebih seminggu berada di negeri kelahiran bersama insan-insan tersayang.
Ya Allah… alangkah sedih dan hibanya hati ini saat meninggalkan mak, ayah, adik-adik dan semua yang ”disayangi”…ini baru perpisahan dunia. Bagaimana pula saatnya perpisahan terakhir yang bakal jauh membawa kita ke alam lain ??? Sama-sama kita ambil iktibar dan pengajaran atas tiap kejadian dan detik berlalunya umur…Syawal yang masih ada ini, sama-samalah dimanfaatkan untuk membaiki diri dan amalan…InsyaAllah..
Salam perjuangan dan selamat kembali ke medan juang masing-masing. Moga ketabahan hati mengiringi tiap langkah bersama mujahadah menjadi hamba Allah yang menyahut seruan al fallah...amin...

Monday, September 14, 2009

Bacaan Al Quran dengan Tartil


Bingkisan perkongsian nota yang ana catatkan semasa kuliah abi tadi...
Menurut Saidina Ali KW, bacaan secara tartil ini bilamana bacaan dibaca dengan tajwid, penyebutan mahraj huruf yang betul dan kenal tempat berhentinya.
Manakala Ibnu Kathir pula menyatakan tartil itu bermakna Al Quran dibaca dengan perlahan-lahan, tidak tergesa-gesa, difahami ayat-ayatnya, tadabbur...
Hikmahnya?
1.Yakinlah setiap kali ayat Al Quran dibaca, pasti ada ilmu baru yang akan diberi Allah SWT,
Bagi orang yang beriman, apabila dibacakan ayat-ayat Allah, maka bertambahlah imannya
2.Jadikan Al Quran sebagai penyubur jiwa
Apabila iman subur dijiwa, sakinah (ketenangan) akan dihadirkan ke dalam hati. Justeru, kerana ketenanganlah tentera Badar tidak gentar hadapi musuh dan pemuda Ashabul kahfi membuat keputusan menyelamatkan iman
3.Dengan bertambahnya iman juga akan kuatlah jiwa yang tidak akan bosan atau futur dalam perjuangan, tidak kenal erti putus asa. Sesungguhnya, perjuangan itu nyata bersama tindakan
4. Pesan Nabi, hiasi rumahmu dengan bacaan Al Quran
5.Rumah baru yang dibacakan Surah Al Baqarah di dalamnya , syaitan akan takut untuk mencerobohnya. Syaitan terpaksa guna remote control la kalau nak ganggu juga ahli rumah tersebut
6.Bacaan Surah Yaasin sebelum tidur untuk elak gangguan dan dijanjikan pengampunan dosa. 7.Pastikan juga tidur dalam keadaan berwuduk
8.Membaca Al Quran dengan keimanan adalah sebaik-baik (seafdal) zikir

Dimana Julaibit???





Wildan Al Qahhar : Membangun Kekuatan Ummah Memerangi Kezaliman


Bidadari Besi: Pencetus Gelombang Perjuangan
Julaibit merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang dikenal sebagai pemuda lembut. Beliau tidaklah segagah para pahlawan perang ketika zamannya.

Malah, beliau juga bukanlah soladadu hebat di medan tempur. Namun, sebagai murobbi agung yang mengenal hikmah dalam tarbiyah, Rasulullah SAW telah pergi meminang seorang gadis mukminah buat Julaibit. Alangkah gembiranya hati sang ayah menyambut kedatangan Rasulullah meminang anak gadisnya. Tetapi, kegembiraan itu pudar apabila dinyatakan pinangan itu untuk Julaibit. Maka bermesyuaratlah sang ayah, si ibu dan si gadis. Gusar hati sang ayah untuk melepaskan anak gadisnya kepada pemuda lembut bernama Julaibit itu. Begitu jua resah hati si ibu. Namun, kemantapan iman si gadis mukminah bersuara. Pinangan Rasulullah rela diterima kerana yakin akan pilihan terbaik dari Rasul mulia.

Setelah berkahwin, Julaibit telah bersama pasukan tentera Islam menyahut panggilan jihad. Semasa peperangan tersebut, Rasulullah tercari-cari kelibat Julaibit yang tidak kelihatan dimana-mana. Lalu, para sahabat diperintahkan untuk mencarinya. Rupa-rupanya, hanya jasad tidak bernyawa Julaibit yang ditemui pada jarak yang agak jauh dari medan pertempuran. Dia gugur syahid bersama bilangan sepuluh orang musuh yang terbunuh....

Jadi, pengajarannya;
1. Cari kekuatan dan kehebatan diri dalam perjuangan
2.Pesanan buat para pemuda yang semestinya tidak lembut, gunakan kegagahan untuk gerak kerja Islam
3.Pesanan buat para muslimah, yakinlah pada jodoh yang telahpun terukir tintanya di Luh Mahfuz..bagi yang dah bergelar zaujah, jadilah pendorong dan pembakar semangat dan kesedaran untuk para suami turun ke medan jihad
4.Bersangka baiklah dengan tiap ketetapan yang tiba di pulau kehidupan. Pasti ada hikmah dan ganjarannya
5.Tidak layak bagi kita insan biasa menghukum atau menilai orang lain...maka zikir dan fikir-fikirkanlah


Saturday, September 12, 2009


Bangunlah sebelum mata terpejam buat selamanya...lepaskan diri,jasad dan hati dari belenggu iblis dan nafu yang ganas dalam diri...

AWAS IKATAN KETIKA TIDUR!

Tidur.satu nikmat buat setiap makhluk. Semasa tidurlah jasad yang letih dan penat berkhidmat bagi kerajaan diri mengenal erti rehat. Tapi, waktu kita yang bernama manusia ini tidurlah sang iblis dan syaitan mengikat kita dengan tiga ikatan...Isk..Isk..sibuk sungguh si iblis ni nak ikat-ikat anak adam...
Baik, ikatan-ikatan tu ada caranya untuk di lepaskan atau dirungkaikan. Caranya:
1.Putuskan ikatan pertama dengan menyebut nama Allah dan doa sebaik
sahaja mata terbuka dan minda berfungsi.
2. Bawalah diri mencari sumber air dan berwuduklah agar terlerai ikatan kedua
3.Jom Solat untuk bebas sepenuhnya dari belenggu iblis dan hawa nafsu yang menuntut
rehat berlebih-lebihan...
Hm...malas beribadah tu penyakit nafsu yang diubati dengan mujahadah

Friday, September 4, 2009

Diari Ramadan (Part 3)

5 Ramadan 1430 H

Petang Menjengah Senja(6:55 pm)
Teringat ana tentang firman Allah SWT dalam Surah Yusuf ayat: 103:
dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau sangat menginginkannya”

Hujan lebat yang turun membasahi bumi mengundang tangis di hati ana. Puas sudah ditahan air mata dari mengalir bukan pada tempatnya...Ya Allah, tabahkan jiwa hamba.Khabar dari Pulau Lagenda yang baru sahaja ana dengar menggugah segenap rasa. Ana sayangkannya. Ana inginkan dia yang dulu...tapi masa adalah sebahagian ujian buat manusia. Kisah silam insan yang signifikan dalam hidup kami menjadi kayu ukur hujahnya.. ...”Bila dah tua nanti, sempat berubah.Life begin forty, lagipun @@@ kan macam tu”... Ya Allah, hilang sudah tiap bicara mahupun suara. Ada kepedihan yang merajut di tangkai hati hamba-Mu yang dhaif ini...Ya Allah di ambang umat-Mu dikhabarkan dengan berita kegembiraan tika menerima nikmat-Mu ketika berbuka puasa, izinkan hamba memohon pada-Mu agar dibukakan hatinya pada jalan yang Kau redhai...Izinkan, Ya Allah sinar hidayah menyuluh jiwanya untuk kembali pada-Mu, Jangan Ya Allah, Kau biarkan dia di bawa arus dunia....Dia anak yang baik. Cuma teruji dengan mainan dunia. Sedarkan dia, Ya Allah...Didiklah dia dengan kasih sayang-Mu, hanya pada-Mu kami memohon dan meminta...Kumpulkan kami dalam rahmat-Mu...amin, Ya Rabbal a’lamin...

6 Ramadan 1430H

12:03 pm
Bilik Tutorial A3-15
Dewan Kuliah Akademik Pusat (DKAP)
Universiti Putra Malaysia

Dekatkan akal dengan hati untuk mengetahui masalah diri,
Dekatkan hati dengan Allah untuk membantu diri menyelesaikannya...
Dekatkan diri dengan manusia untuk mengetahui masalah mereka,
Dekatkan diri dengan Allah untuk membantu mereka menyelesaikannya...
Kesimpulan mudah, namun perlaksanaannya memerlukan mujahadah...”Dekatkan diri bersama hati tentunya dengan Allah SWT untuk mendapat jawapan dan penyelesaian dalam setiap permasalahan” moga hati dan diri kita terus istiqamah untuk dekat pada-Nya...

Ya Allah, ampuni hamba atas sikap berlebih-lebihan dalam urusan dan kelemahan hamba dalam menjaga syariat-Mu...Ya Allah, pimpinlah hamba pada jalan-Mu, bantulah hamba membaiki akhlak dan diri....amin, ya rabbal a’lamin...

JIHAD TIBA (28.8.2009)

Subhanallah, Alhamdulillah, Syukur pada-Mu, Ya Rabb atas anugerah perasaan yang Kau kurniakan. Ana happy sangat bila dapat mesej Humairah.
” Salam akak, saya dah belikan akak ikan, nanti carikan nama ya..”
”Baik, thanks a lot my dear princess...akak happy sangat adik hadiahkan akak ikan...dah lama akak nak belajar jadi (pengasuh)...ada teman akak kat bilik ni...”
Setelah difikir-fikirkan, ana namakan ikan yang dihadiahkan Humairah tu, ”JIHAD”.pendek dan ringkas tapi bermakna. Kalau si Merah Biru(ikan Humairah) dinamakan Ahmar Al Azroq, ana pilih JIHAD sebagai ingatan pada diri tentang perjuangan. Apapun, moga JIHAD membantu ana berdisiplin dan bertanggungjawab memeliharanya sebagai amanah dengan baik...
”Selamat datang JIHAD ke Kamar Mahabbah”

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.

(Surah Al Maidah ayat 35)

Kamar Puteri As Syariff
3:43 am
8 Ramadan 1430

Ya Allah, dalam keheningan dinihari ini, lunakkan hati hamba pada kebaikan. Hilangkan kekerasan dan kedegilan hati yang membelenggu diri, Ya Rabb…bawalah ingatan yang tidak baik ini jauh dari akal hamba, Ya Allah…bantulah hamba memperbaiki akhlak dan tingkah laku dalam meladeni sahabat-sahabat hamba, saudara seakidah yang Kau kirimkan kasih sayang antara kami… Ya Ghaffar, ampuni dosa dan keterlanjuran kami…maafkan kelemahan dan kelalaian kami...Ya Rahim…tabir Ramadan pada sepuluh malam pertama hampir tiba ke penghujungnya…tiap masa yang berlalu tidak akan berulang. Tiap umur dan waktu yang Kau anugerahkan ini , Ya Rahim, Kau iringkanlah dengan kekuatan melaksanakan ketaatan pada-Mu, kekuatan meninggalkan maksiat dan larangan-Mu, Ya Qahhar….Hamba mohon dengan sangat, Ya Allah…bantulah hamba dalam melalui tiap detik kehidupan ini…bantulah kami dengan rahmat-Mu, Ya Rabb…Amin, Ya Rabbal A’lamin…

Di mana Abu Bakar As Siddiq

Acapkali dalam menjalin benang-benang ukhuwah ini,
Teringat daku pada kisah Abu Bakar,
Mampukah diri?
Menjadi sesetia dirinya ...
Tetap teguh dalam tiap langkah sahabat,
Biar diri parah di uji hebat...

Benarkah diri ?
Mengaku sebagai sahabat…
Sabar memimpin menyatakan yang benar,
Redha ditinggal ketika diri di dalam sukar....

Sanggupkah diri?
Mengubat luka di hati sahabat,
Biarpun jiwa sendiri menangis tanpa di ubat....







14 Ramadan 1430 H
Wahai **** yang ana sayangi dengan sepenuh hati, saat jam dunia menjengah ke angka 3.00 pagi, mata ini masih basah dengan tangisan memohon agar terampunlah dosa-dosa kita, dijabah dan dikabulkan doa-doa kita....
***, saudara kesayangan ana yang pernah sama-sama berdiam di rahim bonda yang sama. Ayuh kita mohon pada Ilahi agar dilunakkan hati yang keras dan tegar pada belaian hidayah dan nur Ilahi. Kita ini tidak pasti, sampai bila pinjaman usia dan umur serta nafas kita di bumi ini... mungkin sekejap lagi Izrail datang membawa kita pulang ke negeri abadi. Maut menjengah mengajar kita erti sakitnya mati.... jika tiba saat itu, dunia dan seisinya sudah tiada erti. Nafsu yang acapkali kita turuti pun bahkan turut mati tanpa nisannya sendiri.***, bagaimana perlu ana khabarkan lagi? Tentang akidah yang menjadi ikatan rabbani antara kita dan Allahhu Rabbi...tentang perintah Ilahi agar kita tunduk dan patuh pada ketentuan amanah yang tertulis sejak azali...lahirnya kita sebagai musafir cuma di bumi, membawa amanah khalifah dan hamba yang bakal ditanya dan diadili...apakah lantera hidup ini, kita penuhi dengan pengabdian sejati hamba yang diredhai atau bergelumang dosa ditunggangi nafsu di dalam diri???...ingkar pada perintah Ilahi, namun masih angkuh merangkul nikmat yang diberi....
Maka,
Ya Allah, jangan disia-siakan puasa kami..kami dhaif , Ya Rahman ...bantulah kami membina peribadi dalam madrasah Ramadan ini.... Moga terbukalah pintu hati insan-insan yang hamba sayangi dan meyayangi hamba untuk kembali kepada fitrah rabbaniyah...

Wednesday, August 26, 2009

Diari Ramadan (Part 2)

2 Ramadan 1430

Saat mentari di puncak ubun2...
Alhamdulillah, syukur pada-Mu, Ya Rabb atas nikmat usia yang masih tersisa...Selawat serta salam buatmu, Ya Rasulullah SAW...kami ini umat di akhir zaman yang merindui pertemuan denganmu...nantikan kami bersama syafaatmu,wahai kekasih Allah...

Sebentar tadi ”my twin” calls...lama kami berbicara. Tentang ujian Ramadan yang diharapkan mentarbiyah hati dan jiwa menjadi lebih baik…Rindu pada pertemuan, harapannya dibawa dalam pertemuan melalui doa-doa yang dipinta…
Subhanallah…indahnya kasih sayang yang Kau titipkan dalam hati-hati kami. Kasih yang disandarkan atas tali akidah Islamiah yang Kau tetapkan…
teringat ana pada kata2 As Syahid Hassan Al Banna” Demi Allah Yang Esa, sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta-Mu, menitis air mata tatkala merasa semakin jauh…Tetapi janji Allah tetap segera dan mekar tanpa pengkianatan, keranaku tetap yakin, Allah mengatakan(Wajiblah cintaKU, kepada orang2 yang berkasih sayang kepadaKU)”
“my twin”msj, memberitahu yang entah mengapa hati nan satu yang ada itu berasa sayu…
My dear sis, Syukurlah andai hati masih mampu bersedih…kesedihan itu baik sekiranya kesedihan itu menjadi jambatan membawa kita mengingati Allah Yang Maha Menciptakan, memberi anugerah setiap rasa dan perasaan…Moga tiap air mata yang mengalir sepanjang Ramadan ini menjadi pembersih hati, menjadi saksi bahawa dhaifnya diri dalam melewati tiap ujian dan mehnah di dunia ini…Menangislah selagi mampu…Sedangkan Rasul mulia yang tiada dosa itu juga memohon dari Allah SWT agar dikurniakan sepasang mata yang mampu menangis ke hadrat-Nya…inikan pula kita yang selalu dikejar bayang-bayang dosa lantaran kejahilan dan kelemahan terpedaya dek bujukan nafsu…Moga air mata yang juga kurnia darinya menjadi titisan rahmat menyelamatkan kita dari an-nar yang sengsara dengan izin dari Allah Yang Maha Luas Rahmat dan kurnia-Nya…so, bersedihlah dalam landasan iman dan taqwa. Kerana dalam kesedihan itu ada bahagia bagi mereka yang memandangnya sebagai kurnia dari Yang Maha Kuasa…

Saat ini juga teringat sahabat-sahabat seperjuangan di Kedah dan Perlis. Mungkin semalam kalian telah bertemu, mengatur gerak kerja bagi kem untuk remaja yang bakal berlangsung hujung tahun nanti...Tahniah buat kalian dan maafkan ana kerana tidak mampu berkumpul bersama. Harapannya kita terus istiqamah di jalan dakwah ini kerana inilah jalan kita menurut sunnah Rasul Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW…Biarpun medan kita berbeza, namun matlamatnya sama…menyampaikan dustur ILLahi kepada tiap hati insan di bumi…InsyaAllah…Jauh di sudut hati, ana kagumi keikhlasan, kegigihan dan usaha kalian,moga nawaitu kita selalu luruskan dan sentiasa dalam lembayaung rahmat keredhaan Allah SWT…amin…


5 Ramadan
12:59 am
Kamar Puteri Al Syariff
Masria, Kolej Canselor

Dengan nama-Mu, Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahim...
Baru selesai diskusi panjang bersama sahabat2 yang Kau anugerahkan Ya Allah, dalam musafir sendirian di bumi-MU ini...Alhamdulillah, syukur pada-MU, Ya Rabbi atas anugerah kehadiran mereka yang selalu mengingatkan hamba pada tanggungjawab dan hak mereka sebagai saudara yang berpaut pada tali akidah yang sama. Hari ini kami raikan ulang tahun kelahiran Ummu Umar yang ke-23... Subhanallah, dalam usia belia itu, Ummu Umar bakal menggalas satu amanah besar penghujung tahun ini. Dia bakal meladeni bahtera baru kehidupan bersama seorang ”pemimpin soleh yang Kau pilihkan untuk-Nya, Ya Allah” Maka Ya Allah hadiahkan buat mereka apa jua yang terbaik dari sisi-Mu, jalan kehidupan dalam redha-Mu dunia dan akhirat..amin..

Sebelum itu...
Isk..isk, dalam sibuk2 tengok sahabat2 lain beramal ibadah, sempat pula ana tengok tv. Macam biasa, memang cerita ntah apa2...tapi disebabkan terkunci dari luar, tak dapat masuk bilik, terpaksa jugalah menjadi penunggu setia di bilik tv. TV bagus kalau rancangannya ada unsur mendidik masyarakat kepada kebaikan. Tapi banyak keadaan sebaliknya sekarang...Ana tengok cerita Tari Tirana. Bagi adik2, tak yah jadi penari ya...banyak lagi hobi lain yang best...Tapi apa yang dapat difikirkan bersama ialah dialog wataknya tentang betapa yakinnya dia pada jodoh yang telah ditakdirkan dan doa.
”Kalau Tuhan dah tetapkan jodoh kita, walau terpisah tujuh lautan pun, kita tetap akan bersama..tapi kalau dah ditakdirkan kita tiada jodoh, andainya hanya tinggal kita berdua sahaja dalam dunia ni, kita tetap tidak akan dapat bersama...apa yang mampu sekarang, kita berdoa! Selainnya kita serahkan pada Tuhan....” kata si pelakon itu bersungguh-sungguh...hafal ayat drama pulak...hu...hu...tak patut...
Apapun, betul jugak apa yang dikatakannya. Sepatutnya,dalam setiap keadaan keyakinan soal takdir dan ketentuan ini kita letakkan total 100% diserahkan pada Allah SWT. Kan rukun iman tu, Percaya kepada qadak dan qadar...Tak perlulah resah gelisah hadapi hidup dengan memikirkan jalan penghujung cerita, paling penting tunaikan tanggungjawab kita dengan usaha. Usaha menjadi hamba Allah yang terbaik. Jangan sombong atau malas berdoa. Kan Allah dah janji, Pintalah pada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan...Jadi, nape nak susah hati lagi...formulanya sempena Ramadan dan harapnya berterusan selagi masih bernyawa...
Doa
Usaha
Istiqamah (berterusan, berkekalan)
Tawakal




Teladan Ketam

Entah mengapa dalam banyak2 cerita yang dikongsi, ringan pula jari ini bekerjasama dengan minda untuk menulis tentang istimewanya makhluk Allah bernama ketam...Teringat peribahasa yang memandang enteng ketam dan usahanya ;”bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan betul”Begitu bunyinya. Memang ketam itu fitrahnya berjalan miring...mana mungkin mampu menyuruh atau menjadi tauladan mengajar anaknya berjalan betul...Tapi, lupakah kita pada niat murni sang ibu ketam atau Mrs Crab yang mahu mengajar anaknya berjalan betul...Sekurang-kurangnya, ibu ketam sedar tentang melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bermakna proses pendidikan perlulah bermula dari kecil. Malah Mrs Crab sedar yang dirinya tak mampu tapi dia bersikap positif dan bersangka baik pada generasi mudanya. Bagi Mrs Crab, biarlah generasinya belajar berjalan di jalan yang lurus dari awal kelahiran agar tidak berada pada tahap yang sama dengan dirinya.
Signifakannya ketam dengan kita?
Banyak.... bagi mereka yang mahu mengambil ikhtibar darinya...
1) Kita memang banyak kelemahan dan kekurangan macam Mrs Crab contohnya, tapi itu bukan alasan untuk kita tidak mahu mengajak orang pada kebaikan. Sebab kita yakin yang orang lain lebih baik dari kitalah kita mengajak mereka kepada kebaikan(kembali pada nilai hidup Islam yang sebenarnya)
2) Setiap insan tercipta dengan naluri dan hati yang mahukan kebenaran dan hidup dalam panduan...Jadi, kajian dah buktikan kewujudan ’God Spot’ dalam diri manusia...Jadi, imanlah jawapannya. Kembali pada Allah, yakni Tuhan Yang Maha Menciptakan untuk memastikan berada di jalan yang betul...
3) Bersangka baiklah dalam hidup ini. Terima keadaan hidup seadanya. Kita adalah kita sebagai manusia. Ada tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah-Nya..kita tak leh jad Mr Crab sebab Mr Crab tak buat dosa walaupun jalan miring. Tapi kita yang jalan dah betul n sempurna, cepat-cepatlah bertaubat dan berhenti tinggalkan dosa.Takut2 jalan hidup kita miring pulak di akhirat sana...

Petang Menjengah Senja(6:55 pm)
Teringat ana tentang firman Allah SWT dalam Surah Yusuf ayat: 103:
”dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau sangat menginginkannya”

Hujan lebat yang turun membasahi bumi mengundang tangis di hati ana. Puas sudah ditahan air mata dari mengalir bukan pada tempatnya...Ya Allah, tabahkan jiwa hamba.Khabar dari Pulau Lagenda yang baru sahaja ana dengar menggugah segenap rasa. Ana sayangkannya. Ana inginkan dia yang dulu...tapi masa adalah sebahagian ujian buat manusia. Kisah silam insan yang signifikan dalam hidup kami menjadi kayu ukur hujahnya.. ...”Bila dah tua nanti, sempat berubah.Life begin forty, lagipun @@@ kan macam tu”... Ya Allah, hilang sudah tiap bicara mahupun suara. Ada kepedihan yang merajut di tangkai hati hamba-Mu yang dhaif ini...Ya Allah di ambang umat-Mu dikhabarkan dengan berita kegembiraan tika menerima nikmat-Mu ketika berbuka puasa, izinkan hamba memohon pada-Mu agar dibukakan hatinya pada jalan yang Kau redhai...Izinkan, Ya Allah sinar hidayah menyuluh jiwanya untuk kembali pada-Mu, Jangan Ya Allah, Kau biarkan dia di bawa arus dunia....Dia anak yang baik. Cuma teruji dengan mainan dunia. Sedarkan dia, Ya Allah...Didiklah dia dengan kasih sayang-Mu, hanya pada-Mu kami memohon dan meminta...Kumpulkan kami dalam rahmat-Mu...amin, Ya Rabbal a’lamin...

Sunday, August 23, 2009

SMS dari kalian...(part 1)

Maaf, yang lain belum sempat taip...agak busy, tapi tak nak biarkan laman ini terbiar sepi:-)

Ahlan wa sahlan Ya Ramadan...Datangmu dinanti, pergimu ditangisi...
Di awalnya kerahmatan, pertengahannya keampunan, dan diakhirnya pembebasan dari api neraka..perbanyakkan amal ibadahmu di dalamnya untuk menjadi insan bertakwa...Amin...Selamat berpuasa._-cinta ramadan-
Kbs Ut Shazwani

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadan...Ya Allah, abaikanlah puasa umat Nabi Muhammad jika apabila sebelum memasuki bulan Ramadan dia tidak melakukan tiga perkara:
1. Tidak memohon maaf terlebih dahulu daripada kedua orang tuanya,
2. Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri
3. Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah SAW pun mengucapakan amin tiga kali...Oleh itu saya ingin memohon ribuan kemaafan bagi kekhilafan yang lalu.Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati dan sentasa menjaga ibadah puasa kita.amin...
Beloved Sibling -Long Muslihah

Sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan, adalah seribu kali lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan,
Sejernih wajah kerana wuduk yang sempurna, adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung permata.
Sesuci hati hanya kerana ILLahi,itulah hakikatnya cinta abadi...
Semoga Ramadan kali ini memberi erti yang lebih bermakna buat kita semua...selamat menyambut Ramadan al Mubarak...
Ayah Zul Sekeluarga

Malam ini nafas ini menjadi TASBIH,
Malam ini tidur ini menjadi ladungan ZIKIR pengabdian pada ILLahi,
Malam ini doa-doa ini DIIJABAH,
Malam ini pahala akan diganda,
Tapi semua itu tidak akan terjadi tanpa maaf TULUS darimu,
Untuk itu, izinkan kedua tapak tangan bertangkup memohon maaf pada lisan yang tidak terjaga, pada janji yang tidak terlaksana, hati yang kadangkala berprasangka dan mana-mana tingkah yang mengugah jiwa...
Salam Ramadan Al Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa.Semoga diberkati, dirahmati dan diredhai Allah SWT dan diampuni segala dosa...amin...
IUI Normi

Rasulullah SAW bersabda, barangsiapa melaukan puasa di bulan Ramadan semata-mata kerana keimanan, mencari ganjaran , nescaya diampuni dosa-dosanya yang lalu...(HR bukhari & Muslim)
Assalamualaikum ...buat sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, selamat menyambut kedatangan Ramadan yang mulia, moga kita insan yang terpilih disisi Allah bagi merasai manisnya nikmat keampunan, rahmat dan redhaNYA...Jaga hati,iman dan amal...sama-sama kita saling ingat mengingati...Barakatillah...
Beloved Sibling Ngah Ummu Mujahid

Karnival Ibadah
Sempena Bulan Ramadan
Tarikh: 1 hingga 30 Ramadan
Tempat : Seluruh Dunia
Acara-acara menarik : Sahur, puasa, solat terawih, qiyamullail, zakat fitrah, sedekah, tadarus Al Quran , zikrullah dan banyak lagi...
Hadiah menanti : Pahala seribu bulan (Lailatul Qadar), Doa dimakbul, sihat tubuh badan, diskaun pengampunan dosa 100%, dan banyakkkkkk lagi....
Cepat!!! GANJARAN LUMAYAN daripada ALLAH SWT sementara STOK UMUR DAN USIA masih ADA...
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi urusetia karnival: Rujuk dan tataplah Surat Cinta dari Allah SWT, yakni Al Quran , sunnah dan hadis, serta alim ulama...
Kembara Dakwah: DQ Amalina

Ya Allah seandainya kehidupan ini lebih baik bagi kami, maka hidupkanlah kami dalam redha-Mu, namun seandainya kematian itu lebih baik bagi kami, maka matikanlah kami, Ya Allah... dalam keheningan Subuh tika jasad kami menyembah sujud di hadapan baitul haram menghadapkan wajah kami ke hadrat-Mu di bulan Ramadan yang mulia ini...amin...
Maaf atas atas salah dan silap...Harapannya moga Ramadan ini kita dipertemukan dengan Lailatul Qadar barakallahu li walakum...
Bas Belia Mabims DQ Izzat

Saturday, August 22, 2009

DIARI RAMADAN

Diari Ramadan adalah bingkisan dan coretan hati ana yang dengannya diharapkan dapat menjadi peringatan buat diri dan ikhtibar bagi yang lain...moga-moga segala yang baik yang dikongsi di laman ini menjadi ”saham” saat menghadap ILLahi..Ana tiada ilmu untuk dikongsi, namun impiannya sedikit coretan dari hati membuka hati para pembaca yang dirahmati untuk berfikir dan bermuhasabah pada diri...Wallahu a’lam...Bersama kita doakan Ramadan ini adalah Ramadan terbaik kiranya inilah Ramadan terakhir buat kita...
1 Ramadan 1430
Pagi;
Saat ini jam dunia menjejak ke angka tiga… mata ini masih belum punya kekuatan yang hakikatnya bukan milik hamba kerdil seperti ana untuk tidur…Sebaliknya, mata ini ingin menangis sepuas-puasnya… Memohon kepada Ya Rabbul Izzati agar terbasuhlah segala titik dosa dan noda yang bersarang di laman hati…Ramadan tiba lagi… Menyingkap detik penuh sejarah ana menjengah dunia ketika berkumandangnya azan 24 Ramadan 23 tahun yang lalu…Namun, tika direnungi…tiadalah apa jua bakti pada diri atau jalan pengabdian pada Illahi…
Ya Rabbi…bimbinglah hamba di jalan-Mu….

Petang menjengah senja :
Lahaulawalaquwatailla billah....tahniah dan takziah, kata aishah pada ana. Tahniah sebab akak akan dapat tempoh ”dating” untuk sepuluh malam terakhir dan takziah sebab tak dapat ” celebrate” Ramadan betul-betul...ana senyum tawar. Redha dengan percaturan Yang Maha Esa dan fitrah diri sebagai hamba Allah warisan ibunda Hawa.
Nisa’ pulak tanya nape tak dapat datang usrah? Akak da pd pain,dik...nak jalan pun tak larat. Moga kesakitan ini kifarah pada dosa dan kesilapan. Ampuni hamba-Mu, Ya Ghaffar...Saat ini hati nan satu ini disapa rasa sayu yang begitu menuntut sepasang mata yang bulat ini mengeluarkan kristal keinsafan lambang kedhaifan.
Ana rindu dan teringat pada semua insan-insan tersayang yang telah pulang menghadap ILLahi di negeri abadi..Arwah kedua-dua atuk@wan (panggilan bagi atuk orang Kedah.), arwah Tok Ah yang tak sempat ana tatap wajahnya buat kali terakhir kerana lewat tiba ke kampung di Perlis hari pemergiannya. Sampai ja hari tu, lahad dan mula ditimbus tanah...Ya Allah, masih adakah pertemuan semula buat kami semua?Tempatkan mereka dalam kalangan hamba-Mu yang diredhai.Ana juga teringat pada arwah Tok Nyang Che Ah yang ana angkat jasad kakunya beberapa bulan lepas, ana iringi jenazahnya dengan duduk disisi tubuh kakunya dalam van jenazah...Apa khabar kalian di sana?... Ramadan pastinya menjanjikan kerehatan buat kalian...Ya Allah...kiranya ini Ramadan terakhir hamba...izinkan hamba kembali kehadrat dan redha-Mu...Rahmati hamba dan semua insan yang hamba sayangi dan menyayangi hamba, insan yang membantu diri ini dan diri ini hulurkan bantuan...semua hamba-Mu yang masih punya Islam dan mahu mengenal jalan pulang...Ya Allah, moga Ramadan juga membuka pintu hati para hamba-Mu yang belum kembali pada fitrah Islam...orang- orang Asli yang pernah hamba ziarahi dan tidak mampu dilawati.amin...

YA ALLAH, IZINKANLAH...

Ya Allah...
Izinkan Ramadan ini menjadi benang-benang kasih,
Menjahit semula sejadah cinta hamba yang dhaif ini....

Ya Allah...
Izinkan Ramadan ini menjadi debu-debu rahmat,
Membina semula kota pengabdian seorang hamba yang sering alpa...

Ya Allah..
Izinkan Ramadan ini membawa gerimis taqwa,
Menyubur semula ladang hati yang lama tandus...

Ya Allah...
Izinkan Ramadan ini menjadi pendidik jiwa,
Meniti al falah sebagai khalifah dan hamba...

Ya Allah...
Izinkan Ramadan ini menjadi bekal untuk di bawa,
Saat hamba pulang ke negeri baqa...

2:11 am, Sabtu
Kamar Mahabbah,
(314, Mahsuri)
Kolej Canselor, Universiti Putra Malaysia,
1 Ramadan 1430 hijrah

Tuesday, August 18, 2009

Doa Bonda

Syukur pada-Mu, ya Allah atas segala nikmat yang Kau kurniakan. Saat diri teruji dengan keadaan kesihatan yang tidak sesegar selalu. Satu suara di hujung talian telefon bagai memberi sejuta kekuatan...

" Mak tengah buat apa tu?"tanya ana dalam suara yang masih lemah.
" Mak baru ja sudah solat sunat hajat untuk akak...baru empat rakaat, ingat nak tambah lagi...
akak macam mana? dah kurang demam tu...siapa yang jelumkan.?.."tanya emak bertubi-tubi.ana kelu sejuta bahasa.Ada titisan air jernih yang mengalir panas di pipi. Hati berulang kali melafaz syukur.Syukur atas anugerah seorang bonda yang sentiasa sudi mendoakan, malah bersolat hajat untuk anak yang punya banyak kelemahan ini...
Itulah hati bonda selalu dekat pada tiap anaknya dalam tiap bingkisan doanya...Sahabat-sahabat yang disayangi, ingatlah jika saat ini kita lemah dan kelelahan bertarung dengan badai ujian...Bersangka baiklah dan yakinlah selalu...nun di satu sudut di teratak desa tempat kita di lahirkan atau dibesarkan, masih ada sepasang tangan yang ditadah memohon doa demi kebaikan dan kejayaan kita...Jadi, tergamakkah kita menghampakan tiap doa dan harapan yang dipinta bonda? fikir dan renungkanlah...tiada bonda yang lupa mendoakan anaknya melainkan anak yang sering alpa menzahirkan usaha dalam menjadi insan yang terbaik, anak -anak akhiratyang meniti perjuangan di laman dunia bersama bekal taqwa...

Friday, August 14, 2009

Saat Menatap Wajah Kalian

Alhamdulillah…selesai kembara diri yang dhaif ini bersama saudara-saudara seakidah yang amat disayangi. Program Bas Belia Mabims 2009 telahpun tinggal kenangan dan sejarah. Terima kasih dan setinggi- tinggi penghargaan buat semua sahabat dan teman yang mendoakan dan memberi sokongan.
Deman dan terasa lemah seluruh tubuh. Moga-moga sakit ini menjadi kifarah penebus dosa. Buku dan nota-nota bagi subjek Pengujian dan Penilaian ditatap sepintas lalu.Kepala terasa berat dan dengan bekal tawakal setelah hanya secebis usaha, ana dan Umie melangkah ke fakulti. Exam 9.30 malam…Syukur sekali lagi. Sempat untuk mengawali waktu “dating berjemaah” .
Aishah dan Syida sebenarnya lebih dulu setia menanti di surau. Salam menjadi mukadimah pertemuan. Khabar diri masing-masing ditukar.Tiba-tiba ana lihat ada air jernih yang mengalir di pipi salah seorang daripada mereka.
Sahabat...menangiskah dirimu?
Kepalanya mengangguk lambat-lambat. Terlihat berat dan perit jiwanya berhadapan ujian...Exam dunia ini bukan persoalan utama, namun hisab di akhirat yang perlu diingat bersama dan saat menatap wajah kalian, teringat ana pada janji Tuhan bahawa kehidupan ini hanya sekadar ujian bagi melihat siapa hambaNya yang paling teguh dan kekal berpasak pada roh keimanan...

Sunday, July 26, 2009

Cara Membina Motivasi Diri



1.Tarik nafas dan fikirkan dari mana datangnya kurnia nafas dan nyawa yang
dimiliki? Jika jawapannya dari hatimu bahawa Allah Yang Maha Memberi Kurnia, maka teruskan pembacaan...


2.Fikirkan semula apakah prinsip atau matlamat hidupmu? Kalau jawapannya hidupku, ibadahku dan matiku kerana Allah @ apa-apa matlamat yang bervisikan akhirat seperti kerehatan abadi di syurga atau keredhaan Ya Rabb Yang Maha Mulia, maka bersyukurlah...dan teruskan pembacaan...


3.Kemudian, tadahlah tangan ke langit memohon kepada Allah Ya Rabbul Izzati agar diri hambaNya yang kerdil seperti kita beroleh semangat@motivasi@apa-apa sahaja perkara yang membuatkan kita rasa tenang @ bahagia dalam kelana panjang dipentas dunia...


4.Setelah itu, harapannya diberi kemampuan dan kelapangan untuk berwuduk dan solat sunat 2 rakaat, pohonlah dan pintalah bersunguh-sungguh apa sahaja tika saat paling dekat seorang hamba dengan Allah SWT iaitu ketika sujud....paling penting, mohon keampunan dan rahmatNya...

5.Selesai solat, bertebaranlah di muka bumi ini untuk meneruskan usaha....tapi ingatlah, bukan kita yang menjadi penentu utama keberhasilan setiap usaha, tapi Allah jualah yang Maha Memberi Kurnia...usah sedih andai kita belum berjaya di dunia kerana kejayaan itu dikumpul malaikat di syurga sana...


6.Senyumlah dan lafazkan syukur kerana kita sebenarnya punya motivasi abadi di dalam diri iaitu selagi iktikad dan akidah yang teguh di sandarkan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, atas landasan Islam sebagai Ad deen, kita tiada masa untuk kecewa, boring atau duduk2 sahaja. Kita punya banyak tugas untuk agama tercinta, kita ada misi penting untuk ummah tersayang dan kita ada amanah sebagai khalifah yang disandang ....:-)


Sumber: Ilham kurniaan Allah tika dinihari...Subhanallah, Alhamdulillah Allahhuakhbar!!!
2:30 am
24 Julai 2009 / 2 Sya’aban 1430H
Kamar Mahabbah, (314 Mahsuri)
Kolej Canselor, UPM, Serdang, Selangor

Puisi Buat Teman


Puisi ini didedikasikan buat diri yang sering alpa dan teman-teman,sahabat dan sesiapa sahaja yang bergelar saudara-saudara seperjuangan yang amat disayangi...biar tiada khabar antara kita, tiada pertemuan jiwa dan sering memendam rasa menjeruk atma, diri ini amat menghargai kalian semua...ayuh baca penuh penghayatan tau J..Biar ada gaya orang berpuisi...

Duhai teman,
Mengapa kau gusarkan?
Pada dunia yang bakal kau tinggalkan..
Mengapa kau runsingkan?
Pada harta pangkat dan kemuliaan,
Yang mungkin membuat kau lupa akan makna perjuangan...
Duhai teman,
Sudah terlekakah engkau pada janji yang mahu kita kotakan?
Lahir ke dunia sekadar persinggahan,
Untuk kau kumpul bekalan,
Untuk kau seru pada kebaikan,
Untuk kau bergelar dai’e di jalan Tuhan...
Duhai teman,
Kita ini anak akhirat di akhir zaman...
Lahir kita tika jahiliyah jadi sanjungan..
Para pendakwah dianggap kafilah dagangan..
Terasing dan disisih zaman....
Justeru,
Mengapa perlu kau menangis dan merintih sayu?
Kerana di tanganmu ada warisan Nabimu...
Dipundakmu ada amanah Tuhan Yang Maha Satu...
Di sisimu ada senjata bernama doa dan ilmu...
Seiring denganmu ada nur ILahi membimbing mujahadahmu...
Sederap langkahmu ada malaikat yang menunggu tibanya syahid mengakhiri hujung nafasmu....
23 Julai 2009 / 1 Sya’ban 1430 H
1:19 am
Kamar Mahabbah, (314 Mahsuri)
Kolej Canselor, UPM, Serdang, Selangor

Kenapa Perlu Bersabar?

Sabarlah teman kerana sabar itu cabangnya iman
Ah...nak bercakap memang mudah. Sekadar menggerakkan lidah yang tidak bertulang. Namun, hakikatnya untuk bercakap pun perlukan kudrat daripada Allah SWT. Jadi bercakaplah apabila tiba waktu dan haknya. Sebelum bercakap dengan orang lain. Apa salahnya kita katakan pada diri sendiri...”Wahai hamba Allah yang tabah, bersabarlah” Kenapa? Kerana kita yakin pada janjiNya..
Dan Allah menyukai orang-orang yang bersabar..(Surah Ali Imran:146)
Dan sabar itu ada tiga kumpulan:
Sabar dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT
Sabar dalam meninggalkan maksiat yang menjadi hobi dan kegemaran
Sabar dalam menempuh musibah yang menimpa
Sabar dalam kumpulan pertama, dijanjikan Allah SWT 300 darjat di syurga di akhirat kelak, sabar kedua, dikurnikan 600 darjat dan
sabar yang ketiga akan dikurniakan 700 darjat di syurga.
Renungkanlah sejenak, apakah tujuan terakhir dan cita-cita tertinggi seorang makhluk ciptaan Allah SWT seperti kita jika bukan syurga dan keredhaanNya? Andai kita bersaar dengan apa jua yang berlaku di dunia fana ini, yakinlah segalanya akan berakhir dan sebagai umat Islam kita ada akhirat sebagai wadah menerima anugerah dan pembalasan...Jadi kenapa dikhuatir pada dunia yang akan berakhir, sedang kita punya akhirat yang kekal abadi...

Saturday, July 18, 2009

Air Tangan Dae’i

Suasana hening menyambut ketibaan kami. Gerimis yang menitis, bagai air mata para malaikat yang sedang khusyuk bertasbih memuji keagungan ILahi. Bayu pagi lembut menyapa jasad kami yang berbalut sepasang pakaian yang rata-ratanya berwarna jingga. Warna tema bagi peserta Program Kembara Dakwah Belia-belia Malaysia 2009.
Perkampungan Orang Asli Sungai Melut yang terletak di Dengkil itu kami ziarahi bersama misi menyampaikan dustur Ilahi. Terlalu banyak pengalaman yang ingin dikongsikan, insyaAllah satu persatu yang terdaya dengan izin dari Yang Maha Esa akan dinukilkan di sini.
Dalam kemeriahan acara sukeneka di padang, ana mengambil langkah mengundur diri. Keadaan diri yang baru sahaja pulih setelah mengalami alahan pada hari sebelumnya menuntut ana membataskan penggunaan tenaga.Isk, macam nak jimat bateri ja...Apa-apapun, destinasi yang membolehkan ana membantu, tentulah di dapur. Tugas pembantu kan taklah seberat mana. Setibanya di dapur, rupa-rupanya dah ada dua orang peserta belia membantu...
Subhanallah, syukur pada-Mu, Ya Allah, masih ada para dae’i muda ini yang sedia membasahkan tangan untuk menyediakan hidangan buat semua yang hadir.
Sambil-sambil sediakan rencah tu, jangan lupa baca doa ya, minta Allah lembutkan dan bukakan pintu hati mereka kepada Islam”pesan ana bersama hadiah senyuman keharuan melihat kegigihan belia-belia PERSAK dan AJK dari JAKIM bertungkus-lumus memasak.
Sesungguhnya besarlah harapan agar usaha para dae’i ini memjadi iftitah atau permulaan kepada lembutnya hati insan. Air tangan dae’i diharap menjadi rencah terbaik menawan hati insan-insan yang mencari jalan pulang mengenal Allah Ya Rabbul Izzati... Dakwah bukan sekadar berceramah dan duduk selesa di tempat sendiri. Tapi dakwah masa kini menuntut kita berusaha meladeni keperluan asas yang hakiki. Jika makanan jadi santapan jiwa, izinkanlah air tangan dae’i menjadi pencetus wacana manusia melihat indahnya akhlak Islam yang murni ini...

Catatan: Tahniah kepada Shahrul dan sahabat yang ambil tender uruskan ayam...dah macam upin dan ipin...ayam...

Tuesday, July 14, 2009

Salam Penuh Kasih Buat Kalian

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Peyayang…Ya Allah, satukan hati-hati kami kerana mengasihi-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu…amin…
Sedetik pertemuan yang tidak pernah kita fikirkan telah menjalinkan sebuah ikatan ukhuwah Islamiah yang cukup mendamaikan dan menenangkan. Syukur pada-MU,Ya Allah atas anugerah kebahagiaan yang Kau titipkan dalam mahabbah Ikatan Ukhuwah Islamiah ini. Biarapun hanya sekadar lapan hari kita bertatih bersama dalam lapangan ummah di medan dakwah, segala mehnah dan ujian berserta kenangan tepahat kukuh dalam ingatan. Saat ini hanya bingkisan doa yang mampu dikirimkan sebagai hadiah buat kalian, sahabat dan adik –beradik iui- suria, shahrul, adillah,anuar, syakir,zuhdi, hafiz, sa rasat, azlan, ain dan normi

Wednesday, July 1, 2009

Bingkisan Hati Mujahidah

WARKAH MAHABBAH LILLAH DARI ADIKMU……
insan kerdil yang menumpang di bumi ALLAH SWT…
Dengan lafaz ta’awwudz dan Bismillah….
Assalamu’alaikum wbt..Buat tatapanmu sewaktu suka ataupun duka..
Ukhtiku..Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.Kakakku yang sangat aku cintai..Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat daku janjikan kepadamu jalan ini akan senang untuk lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.Ukhtiku..Seringkali ku cuba menyelami jiwamu…Sungguh,di dasar hati ini ku kagumi jiwamu..Dirimu punyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri yang di beri oleh ALLAH, yang bukan semua orang memilikinya..Yang mampu memberi sumbangan pada ISLAM..
Ukhti….
Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali juga kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa?... Kerna dia membawa yang haq.. Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa?.. Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misi yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq.Tidak lupa juga junjungan besar kita,kekasih ALLAH…juga tidak lepas daripada diuji kesusahan dan keperitan.Walau dijanji oleh ALLAH dalam pemeliharaannya..T’imbau sejarah perang Uhud.Tatkala musyikin mekah menyerang..bagaimana pipi Rasulullah saw junjungan tercinta ditembusi rantai besi.Gigi Rasul pembawa risalah Islam yang patah,serta beberapa kecederaan lagi.Membuktikan bahawa berada di jalan ini bukan suatu yang mudah.. luka,perit dan kesusahan itulah pakaian kita..Teringat kata-katamu……tatkala jiwa ini di usik kesedihan..kata2 yang sedikit sebanyak membujuk hati ini untuk terus bertahan dalam landasan perjuangan.Justeru kata2mu membuatku mengingat kembali kata2 seorang pejuang islam,ulama dan mursyidul yang amat kita kagumi,. “Amanah ini untuk kita,.Amanah ini untuk orang seperti kalian”.Kata2 yang membawa diriku bermuhasabah ,apa yang sebenarnya ada pada diriku,menyebabkan ALLAH meletakkan diri ini dalam saff ini?...hanya ALLAH yang tahu kerna ku tahu diriku tiada kudrat untuk membuat sesuatu tanpa izinNYA..

Bukanlah daku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi ukhti,yang pasti ingin daku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Daku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan daku dan dikau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.Ukhti mahmudah...Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan dirimu. .Tarbiyyah ALLAH padamu melalui makhluk cukup untuk mendidik dirimu teguh di atas jalan ini. Dirimu dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Kadang kala tidak dinafikan,sendu datang mengusik hati.Jangan dikau risau akan itu kerna ALLAH sentiasa ada di sisimu..bukankah dalam firmanNya,ada dikatakan sesungguhnya ALLAH yang menjadikan seseorang itu tertawa dan menangis..sangat indah kata2 ini.Cukup untuk menafsir bahwa tanpa izin dan kudratnya kita tidak mampu untuk berbuat pape….Segala sesuatu yang berlaku adalah dariNya,di bawah pengamatanNya.Waktu,keadaan dan manusia hanyalah asbab lahiriah yang menjadikan sesuatu perkara itu berlaku..Yang pasti, biar siapa sahaja pun , biar apa sahaja kata orang padamu,dikau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Daku yakin padamu,kerna dirimu adalah kakakku...=)Ukhti yang dikasihi..Tidak dapat daku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat daku memberi kegembiraan apatah lagi nama dan pangkat. Tapi akan daku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku sepanjang waktu.semoga dirimu teguh dalam jalan ini .Akan daku bersamamu melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan daku luka dan berdarah bersamamu.,akan daku menyapu air matamu. Kerna kita adalah saudara yang saling mencintai kerna Nya...
Akhirul kalam,ku memohon maaf seandainya dalam perjalanan seharian kita bersama,ada khilaf yang daku lakukan yang mengusik tangkai hatimu.Sungguh,diri ini insan biasa yang punya banyak kelemahan..daku mungkin bukan adik dan teman terbaik buatmu….Apa yang pasti,dibalik tayangan tabir di Masyar suatu waktu nanti,akan kulihat segala detik2 kehidupanku yang telah dilalui dan salah satunya adalah detik dan kenangan bersamu..Moga kita bertemu di sana di bawah lembayung Ihsan ILLAHI.Mungkin dirimu yang menjadi saksi pembela buat diriku seandainya diri ini diseru sebagai golongan kiri..’Iya zubilllah..Sungguh,daku bersamamu.
Sayang dirimu kerana ALLAH..
Tulus,Adikmu tercinta;
~Aishah~

Kita Mampu Berusaha

Dengan nama-Mu,Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Fattahhu Ya A’lim…
Tulisan kali ini didedikasikan khas buat adik-adik tersayang yang menghadiri Nadwah Kepimpinan Remaja Islam di Masjid Negara , anjuran Imind Consultant..
Sekadar perkongsian bersama buat adik-adik tersayang yang masih berada di alam persekolahan.Alangkah indahnya peluang yang adik-adik miliki sekarang. Zaman persekolahan merupakan kesempatan waktu untuk kita mengejar ilmu, merencana dan mencorak halatuju membentuk siapa kita tatkala diri menjadi dewasa. Sekolah menjadi satu transit kehidupan yang bakal mendewasakan dan mematangkan anak kecil yang punya impian yang besar .
Namun, impian itu perlu disertai usaha yang gigih. Lalu dalam bertatih sendirian mengejar impian kedewasaan, hadir insan bernama teman atau sahabat yang berada dalam satu perjuangan menuntut ilmu dalam saff yang sama..Tapi, entah mengapa teman yang ada tidak sehaluan pula. Usaha mengajak mereka mengenal agama, mengenal Tuhan Maha Pencipta, mencatur amanah sebagai khalifah mentadbir maya di pandang sepi dan terasa seperti sia-sia..Usah begitu adikku, yakinlah yang usaha murni kalian itu ada nilaiannya disisi-Nya...
Adik-adik yang disayangi, serikandi harapan ummah yang tabah...dan para mujahid gagah yang bakal mengembalikan kegemilangan ummah...Secicip pesanan buat kalian, yakinlah bahawa kita hanya mampu berusaha dan menyeru rakan atau teman yang masih terleka untuk kembali kepada fitrah hidup dalam syariat dan agama...Tapi kita bukan pemilik mutlak hidayah dari Yang Maha Esa...Bukan kita yang menumbuhkan benih keinsafan atau kesedaran, tapi kita mampu dengan kudrat anugerah Allah untuk berusaha menanam benih itu. Kita semai benih nasihat dengan penuh kasih sayang...Kita mampu berusaha, usaha dan terus usaha kerana bukan kita yang menjadi penentu hasilnya...Kita berusaha menyampaikan nasihat dan kebaikan bukan untuk kepentingan peribadi, tapi dalam menunaikan amanah sabagai dai’...Sesungguhnya kita mahu cemerlang akademik dan paling penting cemerlang akhlak dan ilmu sebagai bekal ke negeri abadi...

Redha Hadirnya Mereka

Setiap insan mempunyai kehebatan, mereka adalah khalifah Allah yang terpilih. Fahamilah, insan yang ada di sisimu sudah termaktub dalam kitabNya yang azali, telah disusun
oleh Allah yang Maha Bijaksana.

Mereka ditetapkan menjadi ibu, bapa , suami, isteri, anak-anak, adik beradik, saudara, guru dan sahabatmu di alam ini.

Mereka adalah yang terbaik disisimu. Jangan memandang rendah akan kekurangan mereka,
mungkin kekurangan mereka itu yang menjadikan dirimu kuat.

Mungkin disebabkan kekurangan mereka itulah juga yang menolak kamu ke syurga kerana keberkatan kesabaranmu ke atasnya.

Hargailah kekuatan mereka, kekuatan itulah yang membantu kelemahanmu yang membawamu ke syurga.

Mereka adalah pasukan pilihan Allah padamu, pilihan Allah adalah yang terbaik. Bersamalah dengan mereka ketika susah dan senang.

Setiap mereka ada hak atas dirimu di dunia dan akhirat. Mereka boleh membawa kamu ke syurga dan mereka juga boleh mengheret dirimu ke neraka.

Hargailah setiap insan yang ada disisimu, sayangi mereka, hulurkan tanganmu ketika mereka memerlukan bantuan, berkorbanlah demi kasih sayang.

Berhati-hatilah dengan syaitan yang sentiasa cuba memecahkan pasukan pilihan Allah. Sesungguhnya engkau memerlukan mereka dan mereka memerlukanmu dalam kehidupan yang penuh penderitaan dan cabaran.

"Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya."
(Al-Adiyat:6)

Daripada http://langit-samawi.blogspot.com/

Friday, June 12, 2009

Aku Ingin Hati Yang Kuat

Aku ingin hati yang kuat,
Yang tabah untuk berjuang,
Yang ikhlas untuk berkorban,
Yang istiqamah dalam ketaatan,
Yang berani menentang kebatilan…

Aku ingin hati yang kuat,
Yang gigih menyampaikan dakwah,
Yang qanaah menempuh susah,
Yang pasrah dalam bermujahadah,
Yang redha dengan keputusan Allah…

Sukida Camp: 11 November 2008 .9:40 am

RINTIHAN CINTA

Wahai Tuhanku…izinkan daku,
Menjadi tetamu di mihrab cinta-MU…
Merintih sayu, meratap pilu,
Pada dosa dan kealpaan dulu…

Wahai Tuhanku…izinkan daku,
Menjadi tamu ke daerah nasuha pada-MU…
Memohon dan meminta,
Agar masih ada ruang kebebasan dari an-nar yang sengsara…

Wahai Tuhanku… izinkan daku,
Menangis pada hamparan sejadah di hadrat-MU,
Merayu redha-MU, menggemis cinta dari-MU…

Wahai Tuhanku…izinkan daku,
Melayar bahtera kelanaku…
Melunaskan segala rinduku pada-MU,
Menuju pulau cinta milik-MU,pemilik segenap cinta…

5 Mei 2009,
Kamar As Sakinah, Masria...
1:59 am

Madah Ibnu Qayyum

Dalam hati manusia ada KEKUSUTAN,
Tidak terurai kecuali MENERIMA KEHENDAK ALLAH…
Dalam hati manusia ada KEGANASAN,
Tidak hilang kecuali BERJINAK DENGAN ALLAH…
Dalam hati manusia ada KESEDIHAN,
Tidak hilang kecuali seronok MENGENAL ALLAH dan baik muamalah dengannya…
Dalam hati manusia ada API PENYESALAN,
Tidak padam kecuali REDHA dengan suruhan, larangan dan qadha Allah serta BERSABAR hingga menemuinya…
Dalam hati manusia ada HAJAT,
Tidak terbendung kecuali dengan KECINTAAN padaNYA ,MEMOHON kepadaNYA,
sentiasa BERZIKIR kepadaNYA, IKHLAS sebenarnya kepada Allah…
Andai dunia dan seisinya diberi tidak akan dapat membendung si insan itu…

(madah Ibnu Qayyum menerangkan hakikat dan sifat hati manusia.
Dipetik dari Kitab Madrij Al-Salukin )

TUDUNG LABUH vs AURAT

Teman dan saudara seakidahku …Masihkah kalian ingat detik penuh kepiluan, saat kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW menghembuskan nafas terakhir dengan panggilan ummati…ummati…ummati…Tapi kini, bagaimana pula sahutan kita saat Rasulullah tinggalkan Al Quran dan As Sunnah sebagai pedoman dan panduan?Dalam kesibukan perjuangan menuntut ilmu ini misalnya, apakah kita berkesempatan mengamalkan sunnah baginda demi meraih secebis keberkatan?keberkatan…bukan sekadar untuk ejaan, tapi suatu anugerah yang diperlukan untuk menggapai kejayaan. Kejayaan yang seruan untuknya kita dengar lima kali seharian tatkala azan…kejayaan di sini dan kejayaan di negeri abadi.
Namun, sebelum tiba ke destinasi terakhir itu, ujian akan tiba silih berganti. Biarpun siapa kita, tiap yang bernama manusia akan teruji. Contohnya bertudung labuh untuk menutup aurat, tapi diri terjebak maksiat.Hakikatnya, bertudung labuh bukan bermakna akidahnya bagus dan sempurna, tapi inilah jendela bagi aurat, aurat pula jendela bagi maksiat.. Jika tergamak mendedahkan aurat pada umum, bermakna sanggup juga membuka jendela bagi kemaksiatan. Tetapi andai jendela tertutup, pintu amukan nafsu dan kekisi hasutan syaitan tetap ada. Hal ini bermakna, insan bertudung labuh juga makhluk biasa yang kadang kala gagal mengemudi bahtera nafsu dan bisikan noda. Walau bagaimanapun, itu bukan tiket untuk membuka aurat dan menghukum seluruh peribadinya.
Selaku makhluk ciptaan yang mulia lantaran akal yang dikurniakan, tentu kita dapat memahami jalan-jalan syaitan memasuki hati. Salah satu daripadanya ialah hubungan intim seorang wanita dan lelaki ajnabi atau bercouple . Tatkala couple ini bertemu, ingatlah teman ketiga mereka ialah syaitan yang gigih memperindah jalan ke lorong neraka.Andai diri tahan azab dan seksa di negeri sana, ketuklah minda, pilihlah jalannya… jalan selamat menutup aurat dan tinggalkan maksiat atau….
Cantik pakai tudung labuh,kerana perkara terpenting bukan sahaja cantik luaran tetapi cantik dalaman.Tetapi lebih indahnya kalau cantiknya akidah dan akhlak.

Pesan Buat Diri…(Ya Allah kuatkan kami pada jalan ketaatan pada-MU)

InsyaAllah, setiap detik yang berlalu dari tiap bilahan saat dalam kehidupan sesingkat ini mahu dipenuhi dengan amal kebaikan .Namun, acapkali kelalaian datang bersinggah ke laman hati. Oh kelalaian, pergilah dari daerah hati ini yang memburu cita menjadi daie.
Ana teringat pada bait aksara yang dihantar oleh seorang sahabat tercinta, ”Sesungguhnya daei yang sebenar adalah lebih kuat dari hakikat alam dan keseluruhannya. Ketika alam ini hancur, cita-cita daei untuk menyampaikan Islam tidak pernah hancur ...(Syed Qutb) ” Ana bermonolog pada diri. Menjernihkan nawaitu sebelum turun ke lapangan ummah. Bertemu anak-anak remaja Islam yang sedang mekar meniti sonata zaman awal remaja. Jujur ana katakan bahawa setiap kali halaqah baru mahu dibentuk dalam mana-mana nadwah atau kem yang dihadiri, pasti hati ini bergetar hebat. Jantung terasa bagai berhempas pulas melaksanakan tugasnya.
Masakan tidak, dengan keadaan diri yang teramat dhaif ini sudah pasti bukan upaya ana mengubah hati-hat manusia. Tapi atas sandaran harapan dan keyakinan pada janji ILLahi, ana akan teruskan cita sebagai daei. Berusaha menabur benih kesedaran, membangunkan mereka yang terlena dalam buaian kelalaian...
Wahai anak-anak akhirat di muka dunia, bangunlah dari lena. Lunakkan hati kalian pada jalan mengenal Tuhan, yakinlah saat hatimu disentuh dengan Nur ILLahi, tiada lagi yang akan menjadi rindu dan curahan cinta mu selain mengenal Allah hu Rabbi yang menjadikan dirimu dan seluruh alam ini ...Wallahua’lam...

Thursday, June 11, 2009

Bismillahirrahmanirrahim…(Jangan Bunuh Nyamuk)…

Buat saudara seakidah yang dikasihi, pesan seorang ustaz, jangan bunuh nyamuk atau cicak hatta semut sekalipun di dalam masjid kerana jasad haiwan-haiwan ini akan menjadi bangkai yang akan mengotorkan masjid… Jadi, kalau terjumpa haiwan-haiwan ini yang telah mati, sila keluarkan ia dari masjid. Semoga keikhlasan perbuatan memelihara kebersihan rumah Allah SWT diberkati...latihlah diri untuk buat perkara kebajikan yang kecil jika belum mampu berhijrah secara total.Mudah-mudahan apabila jasad terlatih dengan kebaikan, hati pula bakal dilunakkan pada jalan ketaqwaan...InsyaAllah...

Monday, June 8, 2009

Dengan Nama-Mu, Ya Allah...Ya Rahman, Ya Rahim...

Alhamdulillah, selawat serta salam ke atas rasul junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW...InsyaAllah, bait-bait aksara tanpa suara ini hadir ke laman maya bersama harapan meneruskan usaha menyampaikan dan berkongsi...semoga coretan dhaif di laman ini dapat menjadi iftitah atau titik permulaan bagi hati-hati yang dilunakkan dalam mencari cinta hakiki kepada Allah yang Maha Menciptakan segalanya...